13 Jan 2011

Khusrin Pecahkan Rahsia Khir Toyo: Sultan Arah Pingatnya Digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

7 ulasan:

hate khusrin berkata...

kah kah kah.. wak khusrin nak beli jiwa PR.... kah kah kah...

kah kah kah.. wak khusrin ingat orang percaya dia neutral... kah kah kah..

kah kah kah.. wak khusrin ingat lepas nie PR puji dia... kah kah kah..

apesal wak khusrin yang bagi statement? ngapa bukan s/u sultan yang banyak daging berlebih kat muka tu bagi statement...?

kah kah kah..

Cucu berkata...

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA ORANG YG MEMBUAT DAN MENAJA FITNAH INI....!

opisboi berkata...

sbb yg lain sebuk sekodeng khaveeta..apa nak jadi dar..zul bisul pon tumpang sekaki.

Tanpa Nama berkata...

Inilah Dia Khir Toyo..Pengasa 8M Selangor...Manusia Tamak Harta Dunia..Kehinaan Tetap Dibalas Dengan Kehinaan..
Terima Kasih Ya Allah Kerana Mengabuli Doa Hambamu Ini.

Tanpa Nama berkata...

Semenjak Khir Toyol tak jadi MB, kedai penyapu mengeluh.....busines penyapu tak laris????

wa chan berkata...

Dia kira nak pemuhong jugak. Kesian kat ibu yang melahirkan hang !

Tanpa Nama berkata...

Ini bermakna Khir Toyo sudah memesongkan titah DYMM Sultan Selangor.Lain yang dititahkan lain pulak yang dia cakap.Nak tutup malu sehingga sangup memesongkan titah Sultan.Ini bukan derhaka namanya.