11 Jan 2016

PAS Cukup Tertekan & Terdesak, Halang Ahli Sertai Program Amanah & DAP

KETERLIBATAN AHLI PAS DALAM PROGRAM/AKTIVITI PARTI-PARTI POLITIK LAIN

ADALAH dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 27 Rabiul-awwal 1437 bersamaan 8 Januari 2016 telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan Ahli-Ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Parti Amanah (PAN) dan DAP.

Sehubungan dengan itu, demi untuk memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran Perlembagaan dan Arahan Parti, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan dan ketetapan seperti berikut:-


i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat;

ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas);

iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan PAS.

Saudara/i dipinta dengan SEGERA menyampaikan Arahan ini kesemua peringkat Parti di bawah pentadbiran Saudara/i. Kerjasama dan perhatian semua pihak berkaitan bagi menjaga keutuhan parti amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung

–Harakahdaily

ULASAN GB

Untuk mengelakkan dari tersalah lapor, GB mengambil kenyataan di atas terus dari Harakahdaily.

Dari kenyataan yang dikeluarkan itu, amat jelas kini bahawa PAS kini benar-benar berada di dalam situasi tertekan dan terdesak. Sehinggakan menghalang ahli-ahli PAS untuk menyertai mana-mana program parti lain khususnya AMANAH dan DAP.

Anehnya di dalam kenyataan itu tidak disebut parti-parti selain dari PKR atau UMNO (BN). Dengan kenyataan itu, bererti ahli-ahli PAS dibenarkan menyertai aktiviti PKR (tahniah Dato Kamaruddin Jaafar dan Dato Mohamad Taib kerana PAS seperti mengiktiraf pemindahan kedua-dua ahli PAS ke parti itu) dan juga komponen BN khusus UMNO.

Umum mengetahui pekeliling itu dikeluarkan PAS kerana khuatir ahli-ahli PAS yang tinggal sejemput itu akan terus meninggalkan PAS setelah seegitu ramai ahli-ahli telah mengucapkan sayonara kepada parti itu untuk menyertai parti-parti lain terutama AMANAH.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seluruh pimpinan dan ahli PAS kini menghadapi masalah sakit jiwa yang parah.

Dengan pekeliling itu juga akan menjauhkan PAS dari orangramai. Tiada siapa berani menjadi ahli PAS lagi kerana "anda akan dihalang menyertai mana-mana aktiviti anjuran AMANAH dan DAP".

Ada satu lagi kenyataan (dari malaysiakini), Naib Presiden PAS yang juga PJ PAS Selangor menyatakan AMANAH sebagai musuh baru PAS. Kita hanya mampu tersenyum melihatkan gelagat pimpinan PAS tersebut. Ia mengesahkan lagi dakwaan bahawa PAS memang di dalam keadaan tertekan dan terdesak sekarang ini.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... PAS sedang akan terus menggali kuburnya sendiri...

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lol..hang ni GB..apa la hang ni.. ni la menunjukkan PAS semakin kuat. Akidah ahli sentiasa dijaga kukuh untuk terus bodoh mcm pemimpin PAS juga..

Untuk pengetahuan.. kat atea aku.. tinggal 3-4 ekor ostat2 berserban saja dok bertahan dgn PAS. Lain2 ostat dah blah dah..

Ostat2 berceramah di Youtube pun lari dari PAS.. mmg lawak haramjadah sungguh la depa2 ni..

Tanpa Nama berkata...

Ini parti tak untung tapi selalu rugi. Serban tu tak menunjukan dia tu bijak cuma nak nampak islamiklah konon.Cuba panjat pokok kelapa boleh tak? Lain zaman nabi.

Tanpa Nama berkata...




i. Ahli-ahli PAS DIWAJIBKAN mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau aktiviti UMNU dan BN di semua peringkat;

ii. Ahli-ahli PAS TIDAK PERLU mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain TERUTAMA UMNU DAN BN(selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas);

iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan PAS KECUALI YANG BERKAITAN KERJASAMA DENGAN UMNU DAN BN.

Saudara/i dipinta dengan SEGERA menyampaikan Arahan ini kesemua peringkat Parti di bawah pentadbiran Saudara/i. Kerjasama dan perhatian semua pihak berkaitan bagi menjaga keutuhan parti amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

PASUG

–Harakah tak laku

Dol berkata...

deris kata nk jadi penasihat utk semua.

tak pulak disebut kecuali PAN dan DAP

ini sudah tk wala dan bertentangan dgn perlembagaan PAS

jadi apa asas memutus terus hubungan apa bentuk pun dengan PAN dan DAP? semata2 dendam kesumat dan untuk menjaga hati umnu.

PAS sendiri yg memusuhi golongan progresif dan kini mula merasa ancaman dpd mangsanya sendiri

kpd umat melayu islam yg masih bersama PAS hanya kerana melibat kelibat ulamak pas dan melibat kibaran bendera yg berimej parti islam.. inilah masa utk kaji semua dgn ilmu dan akal yg waras siapakah yg memimpin pas sekarang.

inilah masa nk memahami apa itu islam sebagai rahmat kpd alam. sebagai pemimpin yg bermanafaat kpd semua manusia khas rakyat malaysia.

pas sebagai parti pemecah belah tidak layak memerintah malaysia.

mereka akan bersikap memusuhi bukan islam terutama org cina.. sedangkan cina lebih dulu islam dpd org pas. malah dikatakan Nabi saw
menghantar Saad Abi Waqas rdh ke china utk berdakwah sehingga beliau meninggal disana tnpa sempat berjumpa Nabi saw lagi. (semak sejarah utk kepastian)

sedangkan PAS dengan adanya kaum cina yg masih buta dpd islam didepan mata, telah menolak dan memusuhi mereka. dan berhasad dengki kerana kehebatan mereka lbh dpd melayu islam PAS. PAS bukan mengambil ini sebagai peluang dakwah yg luas tp mengistihar mereka musuh islam hanya kerana PAS gagal mengurus isu hudud dengan baik.

jika pas merasa berdosa terhadap umnu kerana amanat haji hadi selama ini, hj hadi sajalah yg harus bertaubat dan memohon maaf kpd umnu. sedangkan perjuangan meolak kezaliman umnu perlu diteruskan.

tp bg menyorok kesalahan beliau, hadi telah membabitkan pas dlm membersihkan dosanya itu. penyokong pas di pantai barat rasanya tidak sgt terlibat dgn isu mengkafirkan umnu, dua imam dll.

hanya pas pantai timur yg taksub melulu tanpa ilmu sebahagian besarnya. ini kerana mereka lahir dlm pas dn sudah berassoibyah pas.. sama mcm org johor yg lahir sudah umnu.. usdah taksub dan berassobiyah umnu selamanya.

itu kalau kita anggap hadi berbaik dgn umnu kerana merasa berdosa dgn amanat beliau. jik bukan sebab itu maka ap lagi yg boleh dikatakan selain dpd hadi dan pasug hendak meraih duniawi dpd umnu.

terlalu banyak tuduhan DAP agen asing, anti islam anti melayu, nk jadikan malaysia negara kristian dll.

tp tk satupun dibawa ke mahkamah dan berlaku tangkapan. silalah bertindak ikut undang2 kalau tuduhan semua tu betul mengancam negara. jika tiada bermakna ia semata2 mainan politik jahat pasug dan umnu semata2.

malah apa yg dikatakan sebagai Red Bean Army pun sampai hari ini tiada tindakan undang2 diambil. Mcmana nk tangkap mereka sedangkan mereka adalah agen2 umnu bn btn yg menyamar semata2.

Semuga kezaliman akan binasa tnpa mengira warna baju merah jambu atau serban 3 lilitan atau berlogokan telur penyu kecut


Tanpa Nama berkata...

Aku tengok pas dah mcm orang gila talak..

nick berkata...

Diaorang ni satu spesis dengan melayu2 jahil yang takut dengan salib sebab mereka sangka orang Islam akan murtad kalau terlihat salib. Kenapa PAS takut dan dendam sangat dengan DAP dan Amanah? Kalau kamu rasa berada dipihak yang benar, kenapa takut ahli2 kamu pi dengar ceramah atau program penerangan DAp atau Amanah? Reaksi PAS ini hanya membuktikan bahawa pimpinan PAS sekarang ini adalah terdiri dari mereka2 yang kerdil jiwa dan moral. Melah melihatkan reaksi rakyat yang semakin curiga kepada PAS, PAS sedang dipimpin oleh orang2 yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin.

Hj Hadi, Nik Amar dan Ahmad Yaakob adalah sosok2 yang tidak diyakini oleh ahli2 PAS sendiri malah rakyat pun tak berkenan dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Mungkin kerana sedar bahawa program2 DAP dan Amanah berupaya membuka minda ahli2 PAS terhadap kekalutan kepimpinan yang sedang dihadapi oleh PAS maka keluarlah larangan "bodoh" kepada ahli2 PAS iaitu melarang ahli2 PAS menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah dalam membuat penilaian dan menggantikan akal itu dengan taat membuta tuli! Walak sudah difatwakan sebagai alat menguatkan iman manakala akal dan ilmu sudah ditolak dan dilabel sebagai agen kepada pengkhianatan dan kekafiran. PAS sudah menjadi Parti Agamawan Sombong!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...




Pekeliling tersebut lebih di khususkan kepada Husam Musa yang menjadi penasihat kepada AMANAH. Jika Idris boleh jadi penasihat kepada semua, mengapa Husam tidak boleh jadi penasihat kepada AMANAH.

Tanpa Nama berkata...



Nampaknya ayat Wal-Asr 'nasihat-menasihati' termansuh dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau hanya terpakai kepada Najib-Hj Hadi atau UMNO-PAS.

Ahli-ahli PAS perlu memerdekakan diri mereka, jangan jadi hamba pada nafsu pemimpin seperti Geng TAKIYUDDIN HASSAN !!

Ikut perintah Tuhan atau perintah pemimpin PAS. Jika PAS ikut perintah Tuhan PAS tidak buat kerja macam ini (dendam kesumat namanya )

Sepatutnya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil berat mengenai kelewatan menyiasat aduan Husam mengenai masalah kepimpinan PAS Kelantan.

omar daud berkata...

Salam:

Sebagai berfikiran terbuka dan positive,sebenarnya dgn cara "PAS berfikir" dgn menganggap HAK islam adalah HAK "exklUsive untuk ahli2 pas sahaja" dgn sEndirinya allah membuka jalan pada parti-parti pembangkang untuk bersatu menumbangkan umno/bn,tanpa pening kepala akan kerenah/sabotage dari pas.

Parti politik mana akan percaya PAS untuk berkawan,????.
SUA umno semalam dah siang2 belasah pas,parti tak boleh diharap,asyik suka gadoh!!.
MCA/gerakkan/mic/PPP..ikut mood..nak berkawanka atau tak DGN SYARAT takmahu hudud??
Parti bersatu sabah pimpinan pairin dah siang-siang tolak pas.
PBB/SUPP Serawak siang-siang lagi tak hingin dgn PAS.

Yang tinggal hanya parti "kita" dan beberapa ngo/perkasa yg tak laku sahaja bersama PAS.

Dari "TRACK RECORD,Kepimpinan pas selepas era TGNA/Fadhil nor".

1.Selalu u-turn.
2.Buat perjanjian,siap tanda tangan antara semua president bersetuju, tapi prsedint pas mungkir janji seperti "buku jingga".
3.Pemimpin-pemimpin PAS,rela suka ditipu berkali-kali sagggup masuk kalubang anaconda berkali-kali.
4.Hak dia hak dia,hak orang dia nak.
5.MEM"BAPTISKAN" pemimpin-pemimpin Umno/Najib, bila berkawan/bekerjasama dgn PAS sahaja,dah jadi suci/bersih,umpama bayi baru lahir kamuka bumi.
6.Soal/prinsip dan disiplin tak diambil kira menganggap ahli-ahli PAS suci murni umpama pop john paul, bishop2,ministry rahib yg yg bebas dari dosa dan boleh memaafkan manusia lain (wakil tuhan) tanpa rujukkan allah dan rasulnya.Pemimpin pas bebas dosa,boleh ponteng/boleh maki hamun-orang/boleh senang2 buat fatwa.Tak walaq terus jadi kapiaq.
7.Semua keputusan hanyalah berdasarkan.........."Apa untungnya aku/menantu aku/geng aku/parti aku".."Apa ruginya aku/menantu aku,geng aku /parti aku".Bukan berdasarkan "Apa yg Allah hendak/perintahkan dan disuruh ikuti cara rasulallah saw".
8.Ilmu agama hanya ada di lidah sahaja(semata-mata untuk habuan/upah di dunia),Bukan didalam hati untuk amalan yg diperintahkan oleh Allah RAHMATULALAM..

Sekian,Wallah'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

Dulu halau ahli yang tak sefikrah, bila dah berkumpul ahli yang sefikrah takut apa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dalam banyak-banyak Pemimpin PAS... rasanya Hj Hadi sorang ja yg blm pernah kena tangkap.. sumbat masuk lokap dari mula terlibat dgn PAS sehingga skrg. Pelikkan???

Tanpa Nama berkata...

Aku semakin hairan dgn pemimpin PAS...semakin hari semakin mereka benci dgn DAP..dengan Amanah lagi2 lah.didakwa nya pengkhianat...kalau sbb DAp tolak hudud, mmg dari dulu la..tp dulu pn sepentas juga dgn DAP..terima juga dap sbg pakatan...tp semenjak ketiadaan TGNA, segalanya berubah...Tika dulu aku belajar juga gaya pemikiran TGNA tntg maksud ISLAM dlm berdakwah dan keterbukaannya..tidak pernah nik aziz memaki hamun..cuma beliau cukup pantang kalau ahli pas atau pemimpin pas nak kepada umno...beliau sering mengulang pepatah supaya tidak masuk ke dlm lubang yg sama 2 kali..iaitu tidak akn bergabung dgn umno...tidak pula dgn dap walaupun sudah pernah putus hub dgn dap...bagi aku,aku pun bukan ahli atau penyokong dap..tp bagi aku, dap tu lebih baik drpd umno...bagi aku, umno tu pemimmpinnya ramai islam...tp pemimpinnya bukan xtahu tntg islam.tp buat2 xtahu...jd lah pemimpin yg zalim pemimpin yg boros duit negara tidak amanah..sdgkn mereka tahu..berbanding dap, ada ideologi mereka yg xselari dgn islam.tp itu pemikirn mereka..lahir yg bukan drpd ajaran alquran..yg hanya bersifat logik akal..jd perbezaan pemimpin umno dgn dap ini terlalu berbeza..bezanya ialah seorg tahu tntg islam tp xmahu ikut islam..seorg lagi xtahu tntg islam mmg xmahu ikut islam..org jahil blh diajar mcm dap..mereka blh didakwahkan.blh diberi hujah...mereka blh terima..tp yg sorg umno ni mereka buat2 jahil utk jd zalim...seumpama munafik...bg mereka kuasa dan kekayaan lepastu menindas...kalau kita org islam selagi kita xmenentang perbuatan zalim, ia makin memburukkan imej islam di mata umum.kononnya islam memerintah xadil pada agama lain..islam zalim..islam extreme dsb...selagi ini xperjuangkan, selagi itulah islam ini sentiasa dijauhi...itulah yg aku nampak dari sisi TGNA...Beliau cukup takut jika ditanya dihadapan ALLAH nanti tntg dakwahnya kpd bukan islam..org islam yg memerintah tidak mengikut landas islam wajar diturunkan...org yg zalim, selagi mereka punya kuasa, semakin zalim mereka.smakin kita sokong, semakin kita iring mereka ke jalan neraka.adakah kita sbg rakyat lebih2 lagi sebagai golongan agama yg mengaku faham islam, ingin melihat mereka terjerumus ke neraka???.aku juga tidak setuju dgn beberapa pimpinan dap yg tidak menjaga sensitiviti umat islam..diharap juga pimpinan dap pun bertindak pd ahli yg tidak menjaga keharmonian kaum dan agama.zmn ini zmn fitnah...hati2 dgn berita dan segalanya...org yg bijak tidak termakan umpan...

Tanpa Nama berkata...

Teman tetap menyokong Pas krn dasar Islam tapi tidak kpd Tuang Presideng dan walaun2 serta yg sewaktu dengannya

Tanpa Nama berkata...

Power bro!!!kasi adddiik ckup2..

Tanpa Nama berkata...

Depakan pewaris nabi. Boleh mansuh2kn ayat yg depa tak berkenan.

Tanpa Nama berkata...

Buat peraturan guna IT ( ikut terlintas ). macam mana nak tadbir organisasi apatah lagi negeri dan Negara. Masa tu baru Nampak tak sesuai terus buat peraturan. Lepas ni tak tahulah berapa peraturan lagi akan dikeluarkan.

Tanpa Nama berkata...

Kpda pas!! Dap blum pernah di dakwa/dikaitkan rasuah,salah guna kuasa dan zalim kpda rakyat malaysia,tp kamu pas sudah confirm jadikan dap musuh kamu(pas).
Tapi umno dah sedekat memerintah,mcm2 kezaliman,rasuah,salah guna kuasa dah dibuat pd rakyat malaysia.
Memang kamu(pas) dah tak boleh berfikir

dr.lutut berkata...

hanya sebahagian kecil ahli dan penyokong PAS keluar parti kerana tidak selesa dengan kepimpinan PAS yang ada, namun 90% bertawaquf dan memulau program parti. Mereka bukan sahaja secara terus terang mengkritik pimpinan parti yang ada, bahkan mereka mahu pimpinan ditukar.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong DS Rani Kulup sbg presiden pas!!!

kipidap!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku nak pegi juga ke majlis2 ceramah PAN, DAP & UMNO....tak hal punya laa.........

Tanpa Nama berkata...

NAK TANYA SIKIT.KALAU INGKAR PERINTAH BOLEH JADI KAPIR KE?

Tanpa Nama berkata...

AKU BEKAS AHLI PAS YG TELAH JADI AHLI PARTI AMANAH......KINI AKU TELAH MENJADIKAN PAS ADALAH MUSUH AKU,PADA AKU PAS TELAH BERTUKAR DARI PARTI ISLAM PADA PARTI MUNAFIK......AKU BERDOA SUPAYA PAS AKAN MELINGKUP

cikmatgelap berkata...

terima kasih GB.......semoga pas yg khainat pada perjuangan rakyat ni akan melingkup

Tanpa Nama berkata...

Kalau ramai-ramai ahli PAS dan penyokong pergi juga kemajlis anjuran AMANAH dan DAP atas tajaan PKR bagaimana pula tau semua ahli dan penyokong PAS hadir juga kemajlis Amanah atau Pakatan Harapan adakah AJK tatatertib akan bertindak memecat atau minta surat tunjuk sebab kenapa mereka hadir dalam majlis tersebut jika inilah matlamat PAS dan pemimpin ya ng tolol buat kepujtusan maka makin jelas dan mudahlah parti Amanah akan mendapat laba bukan bala sebab dari situ penyokong dan ahli sendiri dapat menilai betapa bengapnya pemimpin mereka bukankah lebih selesa jika dibiarkan agar dari apa yang mereka dengar dari penjelasan Amanah itu dapat dinilai baik burunya hari ini dunia media sudah terbuka begitu luas hingga tiada sempadan untuk menyekat.

Tanpa Nama berkata...

Apo bangang na Takiyudin ni?
Tak perlulah gi buat kenyataan macam tu. Tu dah kira macam promote pulak tu. Tak taulah mungkin Takiyudin ada tujuan sebaliknya.

by smart

Tanpa Nama berkata...

Hadi lah pengkhianat kpd ahli-ahli pas yg memang dh taksub kpd parti. Dia boleh senang-senang je brbaik-baik dgn umnuu, konon utk agama dan bangsa.

Yang ahli-ahli pulok, tk guna akal. Mereka langsung tak persoalkn tindakan hadi wlaupun selama ini ditindas oleh umnuuu!!

Tanpa Nama berkata...

Bercengkerama dgn umngok buleh pulak...
Vengong dah pascai ni...

Ancient Mariner berkata...

AMANAH pula janganlah melarang ahli-ahli, penyokongnya untuk.hadir ke majlis PAS. Jangan ikut rentak mereka.
Kepada penyokong PAS, kawan-kawan seperjuangan dulu janganlah terikut dengan pimpinan PAS yang ingin membawa kita terjun ke lembah kecundang.
Kerana pemimpinlah PAS terumbang ambing..kerana pemimpinlah PAS sekarang ini bagai kapal sesat di lautan.
Mari sama-sama berjuang dalam AMANAH, jauhilah sak wasangka.
Pintu masih terbuka luas..
WASALAM.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha memang lawak, PAS memang kuat. Yg beristiqamah je kekal dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...


Pekeliling ini sama juga macam serban yang di kelilingkan kat kepala lebai-lebai macam Hadi.

Habis keliling pemikiran ahli-ahli sekali di ikat dengan tindakan yang tidak tetap dan mengelirukan.

Mereka tidak nampak bagaimana akhlak sebenarnya sekiranya orang tersebut benar-benar mengikut agama.

Ikut kan Islam, dari mula lagi nak buat sesuatu mesti didahului dengan niat yang baik. InsyaAllah kesudahan nya baik. Tetapi jika di tengah tiba-tiba boleh pulak sikit-sikit 'membolehkan yang tidak boleh' makna nya awal-awal niat kita sebenarnya tidak betul.

PAS menasihati semua orang, tetapi tidak membenarkan Husam dan Nik Omar menasihati orang lain dan 'semua orang' pulak tidak termasuk ahli-ahli Amanah.

Dalam DAP ada beberapa pemimpin yang tidak jaga sentiviti agama tetapi tidak lah seteruk PAS yang mebiarkan pengaruh Zuhdi dan Mokhtar Senak merosakkan seluruh sistem dalam PAS sehingga PAS jadi macam ini.

Apabila pemimpin PAS menujuk-nujukkan kereta dan kesenangan mereka. ada pulak yang mempertahan kan kerana mereka juga banyak buat kebaikan. Ahli-ahli UMNO jadi pak turut dan mempertahankan ketua-ketua mereka kerana ketua-ketua mereka pun aktif membela anak-anak yatim dan menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan.

Kejahatan di iringkan dengan kebaikan. Caantiiiiikk !!

Azizah Husin berkata...

hak individulah nak pilih mana .

..knp nak halang plak...islam ni kan syumul...pas ni tahu hukum ke tak ye...mcm org blajar je

Tanpa Nama berkata...

presideng mu kata Pas kuat..boleh bersendirian..skarang apasal takut pulak..beginilah kalu ada presideng bangang politik..