20 Jan 2011

"Hantu" Gunting Rambut Basant Singh?

Tiada unsur khianat ke atas Basant: JLKN

KUALA LUMPUR: Tidak terdapat unsur khianat sama ada oleh pelatih mahu pun jurulatih berhubung dakwaan seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Basant Singh, bahawa sebahagian rambutnya telah digunting ketika dia tidur Ahad lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil, berkata perkara itu dirumuskan hasil siasatan lembaga siasatan dalaman yang ditubuhkan JLKN ke atas 16 orang saksi di Kem Latihan Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang, tempat Basant menjalani latihan.

"Lembaga siasatan itu yang diketuai Pengarah Operasi JLKN, Kol Sanusi Hashim, Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail (TLDM), dan Lt Thomas Anak Aungoom (TLDM) dari Kem PLKN Telok Rubiah telah memanggil 16 saksi terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan ke atas saksi dan bukti yang diperolehi, lembaga siasatan merumuskan tidak terdapat unsur khianat seperti yang didakwa Balsant, 18.

Abdul Hadi berkata, hasil laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi.

Berikutan itu, katanya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Bandar Baru, Kedah dan berharap tidak ada lagi pihak cuba membuat spekulasi berhubung kes tersebut.

Semalam, Balsant yang tinggal di Jalan Gurdwara, Ipoh mendakwa sebahagian rambutnya digunting tanpa disedarinya pada Ahad lepas ketika dia dan 10 pelatih lain sedang tidur di kem tersebut.

Dia yang menyimpan rambut sepanjang satu meter sejak lahir mendakwa rambutnya digunting sepanjang 60 sentimeter. - BERNAMA

Ulasan GB

Begitu cepat Jabatan Latihan Khidmat Negara merumuskan tiada unsur khianat ke atas Basant yang mendakwa rambutnya digunting semasa beliau tidur.

Dan begitu cepat juga JLKM Membuat laporan polis untuk melindungi diri mereka daripada spekulasi terhadap insiden berkenaan.

Ini sepastinya mengundang keresahan dan rasa tidak puashati terhadap keluarga Basant Singh dan Pertubuhan Bersatu Sikh Perak (UPSO).

Ini menyamai bagaimana SPRM satu ketika dahulu merumuskan kematian Teoh Beng Hock - tiada unsur khianat.

Sekarang, jika JLKM menyatakan tiada unsur khianat, siapa pula hantu yang memotong rambutnya di kem latihan? Dibiarkan soalan ini tergantung tanpa jawapan. Apakah begini cara JLKM menyelesaikan masalah?

Apakah ini ada disasat?

Mengulangi kes Teoh Beng Hock juga, dimana penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak diberi kuasa menyiasat siapa pembunuhnya.

Beberapa persoalan yang boleh dipertikaikan:

1) Hanya 16 orang terpilih yang dipanggil untuk disiasat.
2) Siasatan adalah siasatan dalaman - seperti perompak menyiasat perompak.
3) Laporan polis dibuat untuk melindungi mereka dari terus dipersoalkan. Sikap tidak bertanggungjawab untuk menutup kebenaran sebelum kebenaran ditemui.
4) Basant Singh dan ayahnya nampaknya tidak diberikan kepuasan dan keadilan.

Kita suka menasihatkan kepada JLKM supaya kes ini terus disiasat sehingga "penggunting rambut" Basant itu ditemui. Dan tidak wajar untuk menutup kes ini kemudian buat laporan polis untuk ugut rakyat jangan bincangkan lagi. Itu tidak menyelesaikan masalah.


4 ulasan:

Amuraria berkata...

MEMANG MACAM-MACAM KEJADIAN DIBANYAK KEM-KEM PLKN TAPI SEMUA SELALUNYA DENGAN JAWAPAN CANTIK WALAU SAMPAI ADA YANG MAUT MACAM PERNAH TERJADI TERMASUK ROGOL !
SATU LAGI JLKN PATUT SIASAT SEMUA KEM TERHADAP 'PENGANIAYAAN' PADA PELATIH-PELATIH (TERUTAMA DIKEM SRI MUTIARA BALIK PULAU PULAU PINANG)HANYA KERANA SEDIKIT MASALAH ATAU ISU KECIL KERAP KALI SEMUA AKAN DIDERA SEPERTI BERLARI DALAM PANAS TERIK, JUGA HUKUMAN-HUKUMAN LAIN MACAM TAK BERTAMADUN !
APAKAH ANAK-ANAK BANGSA DIDIDIK SEPERTI ORANG SALAH ATAU BANDUAN ? MEREKA BUKAN PESALAH ATAU DIDALAM PENJARA JADI HARAP SEMUA JURULATIH GUNAKAN OTAK & AKAL AGAR JANGAN ANIAYA ANAK-ANAK MANUSIA BUKAN BINATANG !
INGATLAH SEBELUM TERJADI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI KERANA MENDIDIK LAGI MULIA DARI MENGHUKUM ! TAKUT NANTI ADA JURULATIH YANG MACAM GESTAPO AKAN TERHUKUM PULA !

Pak Oncu berkata...

hahahahahhaah !!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Biasa mereka punya siasatan mesti tarak betul..habis itu rambut hantu potong kah,,, itu Beng Hok hantu cekik hantu tolak dia jatuh mati;;itu macam kah

Tanpa Nama berkata...

kalau pihak plkn mengaku..seperti menggali kubur sendiri laa...takan dia orang nak ngaku...orang berak tgh jalan takan nak ngaku dia yg berak.