Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.
Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmiberhubung perkara itu malam ini.
Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.
Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat. -mstar
Ulasan GB
Inalillahi wainna ilahi rajiun. Semuga roh allahyarham ditempatkan di syurga jannatun-naim.

ADUN Merlimau meninggal dunia 8.10 malam tadi
BANDAR HILIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Ia disahkan doktor yang merawat EXCO Kerajaan Negeri Melaka itu, Datuk Dr Suhaimi Mohd Uda sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kerayong selepas solat Jumaat, esok sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Chinchin, Jasin. -BH
Ulasan GB
Inalillahi wainna ilahi rajiun. Semuga roh allahyarham ditempatkan di syurga jannatun-naim.
4 ulasan:
may your soul rest in peace!
ada lagi pilihanraya ke15 diMelimau Jasin rezeki org2 disana maybe wakil PKR yg akan turun tanding lwn UMNO,pkr ni popularlah kwn2 aku kata kalau pkr lwn umno pasti ada umm,apaya,aku pun syok buku bertemu ruas...
Takziah kepada famili berkenaan. Untung la orang merlimau sebab akan datang pembangunan yang mencurah2, rezeki. Bersedia la balu allahyarham atau anak2nya untuk dipilih sebagai calon..........
Wahai org org Merlimau...inilah masanya kalau nak minta apa-apa pada UMNO. Jgn UMNO aje asyik nak belasah duit Rakyat. Hasil negara untuk Rakyat juga. Rakyat jgn jadi mcm Ahli UMNO bawahan yg sering kali diperbodohkan oleh pemimpinnya....sedangkan pemimpinnya hidup kaya raya yg melampau mcm anak si Toyo..l
Catat Ulasan