20 Jan 2011

[Bergambar] Al-Quran 500 Tahun Akan Dipamerkan Secara Online

London - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi












5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa mat saleh yg jaga...itu lah kelemahan manisia ilsam zaman kini..huh

Tanpa Nama berkata...

kenapa umno tak beli...kata perjuang islam.....

zuraimi berkata...

semoga org yg2 dlm gambar tu dapat hidayah & taufik....amin

mukhtar berkata...

kesedaran masyarakat islam secara amnya dan malaysia khususnya tentang peri pentingya pemeliharaan dan pemuliharaan (conservation) khazanah sejarah islam masih terlalu rendah...aku yang bekerja di muzium amat sedih dengan keadaan masyarakat tentang perkara ini. jika kita tidak mahu barat menjaga khazanah islam, maka kita perlulah membuat anjakan paradigma tentang conservation di malaysia...

jangan salahkan PAS atau UMNO atau PKR tentang hal ini... salahkan diri sendiri. tanya diri sendiri adakah kita kerap mengunjungi muzium2 di malaysia atau adakah kita selalu mengambil tahu tentang warisan melayu atau islam?

Tanpa Nama berkata...

salah kan mukhtar....sebab dia keje kat muzium tak pernah pun aku dgr dia promote bab2 mcm ni.... yang tau salah kan org...