Beit Hanun: Sekumpulan penduduk Palestin yang marah mengepung dan melempar kasut serta telur ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie sejurus beliau tiba di Gaza, lapor wartawan agensi berita antarabangsa AFP semalam.
Sambil membawa sepanduk berbunyi ‘Keluar dari Gaza’ mereka menahan kereta dinaiki Alliot-Marie sejurus selepas ia melintasi pusat pemeriksaan Hamas di bandar Beit Hanun di utara Gaza, lalu memukul dan menumbuk kenderaan itu.
Sebilangan penunjuk perasaan melempar kasut ke arah kereta terbabit, manakala seorang lagi melompat ke atas bumbungnya dalam apa yang disifatkan bantahan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie ketika menemui ibu bapa askar Israel yang ditahan Hamas, Gilad Shalit sehari sebelum itu.
“Pada pertemuan itu Bapa Gilad, Noam Shalit meminta Alliot-Marie menggesa Kesatuan Eropah (EU) ‘mengecam penahanan Gilad sebagai jenayah perang’,” lapor wartawan itu.
Bagaimanapun, sejurus selepas itu, sebuah stesen radio awam Israel menyiarkan berita di laman webnya yang berbahasa Arab menyatakan Alliot-Marie berkata ‘EU mesti mengecam penahanan Gilad Shalit sebagai jenayah perang.
Ketika semakin ramai penunjuk perasaan mengepung kereta Alliot-Marie, dua kanak-kanak yang ketakutan dan menangis dicampakkan ke bahagian tayar depan konvoi kenderaan itu dan mereka dibiarkan di situ selama beberapa minit sebelum ditarik anggota keluarga masing-masing.
Tidak jauh dari situ, seorang penunjuk perasaan melaungkan slogan menggunakan pembesar suara, mengutuk kenyataan ‘jenayah perang’ yang didakwa dikeluarkan Alliot-Marie manakala seorang lagi memegang gambar besar Alliot-Marie dengan tanda palang berwarna merah di bahagian mukanya.
Polis Hamas bagaimanapun berjaya menyuraikan penunjuk perasaan dan membenarkan Alliot-Marie melepasi sekatan. – AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan