22 Jan 2011

PRK Tenang: Pertandingan Dua Penjuru - PAS Lawan BN

Pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN menurunkan bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebagai calon menggalas misi besar bagi mengekalkan penguasaan BN yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Pada masa sama, PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon yang akan bertanding.

"Mohd Azahar menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi dan Normala pada jam 9.10 pagi. Tiga bantahan diterima dan selepas masa bantahan tamat, tiada calon ditolak.

"Oleh itu, calon-calon yang disahkan bertanding bagi DUN Tenang ialah Normala Sudirman dari PAS dan Mohd Azahar Ibrahim dari BN," katanya.

Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman akan mendahului nama calon BN dalam kertas undi.

LAPORAN LINTAS LANSUNG

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

calon bn tu mengandung bape bulan ek