3 Dis 2010

Potong Segera Gaji Pengerusi SYABAS

Potong gaji pengerusi Syabas, bukan naik harga air

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas. -harakahdaily

Berita sebelum:

SYABAS Naikkan Harga Air Untuk Bayar Gaji Pengerusinya 1/2 Juta Sebulan

Ulasan GB

Yang GB pelik ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri tidak boleh menyawal sebuah syarikat kepunyaan kerajaan negeri.

Kena semak dimana tersangkutnya dan apakah yang menyebabkan terhalangnya kerajaan negeri untuk mengawal syarikat berkenaan.

GB melihat ada sedikit kelemahan kerajaan negeri untuk BERTEGAS di dalam hal ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mesti ada rahsia atau sebab gaji terlampau tinggi. Kononnya nak tolong rakyat, pasal air pun nak diniaga macam emas dan berlian.

Tanpa Nama berkata...

bumi ni Allah taala yang cipta..air ni dia yang turunkan bukan harta mak bapak pengerusi syabas...oi dah la tu jangan lar tamak makan hasil rakyat..dasar lintah melayu keparat ..kerajaan selangor batalkan saja perjanjian syabas tu..

Tanpa Nama berkata...

Antara 'taik-taik kering' peninggalan UBN di selangor. Selamat berjuang bro... Lawan tetap lawan hingga rakyat dapat nikmat kemenangan.

Tanpa Nama berkata...

Gaji besar Pengerusi Syabas ni munkin dikongsi dengan pihak-pihak lain atau sebahagiannya didermakan kepada tabung UMNO Selangor pimpinan Khir Toyo.Begitu banyak kemunkinan,ada baiknya ditubuhkan satu badan penyiasatan bebas untuk mengkaji sama ada layak atau tidak manusia ini menerima gaji yang begitu besar.

Cumi Manzui berkata...

Entah-entah sebahagiannya untuk geng AMNU kot. Tak kan dia ambil habih.
Apa-apa pun, Malaysia Boleh.
Adakah kita masih mahu harta negara dirompak dek AMNU dan sahabat-sahabat depa. You tell me......

nana baling berkata...

Gila Babi gaji sampai lebih RM400 ribu buat menatang apa. Teruk sangat ka kerja dia. Mati esok jenuh jawab ! PM yang botak dok fikir masalah negara pun dapat tak sampai RM30 ribu. Hatta gaji /elaun DYMMSPBYDPAgung dan Sultan pun tak sebanyak tu. Apa cerita ni.... Tak tau la kalau rakyat Selangor dok benngong lagi. Bengong sokong Bangang, elok la tu !

zaid ampang berkata...

Sapa yang bangang. Mereka yang bangang ialah mereka yang mencadang dan meluluskan gaji mangkok hayun tu la bangang. Kerajaan masa tu Tongong ! Bukan nak tolong rakyat tapi nak tolong mangkok tu....