3 Dis 2010

Kehadiran Trak Pelbagai Guna Timbulkan Tandatanya

Trak jadi tanda tanya

TRAK serba guna yang menjadi tempat tinggal warga asing di Pantai Rekreasi Kampung Air Papan, Mersing.

MERSING: Kira-kira 500 penduduk Kampung Air Papan di sini resah dan bimbang dengan kehadiran sepasang warga asing dipercayai dari Switzerland yang menggunakan sebuah trak pelbagai guna bagi aktiviti yang tidak diketahui sejak lebih sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan, Mohd Asri Jaafar, berkata kehadiran mereka amat menggusarkan penduduk apatah lagi pasangan itu mengusir sesiapa saja yang mendekati trak mereka.

Katanya, penduduk mula merasakan sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan yang tinggal di pantai rekreasi di jalan baru Air Papan-Tanjung Resang dekat kampung itu menunjukkan reaksi tidak senang hati setiap kali ada yang menghampiri trak mereka.

Perbuatan mereka nyata menimbulkan rasa sangsi di kalangan kami dan kehadiran mereka mula diperkatakan kerana bukan saja bersikap sombong, malah akan memarahi pengunjung pantai yang cuba mendekati trak mereka untuk melihat kandungan dalam kenderaan terbabit.

Malah, penduduk juga bimbang kehadiran dan perlakuan ganjil mereka terbabit akan membuka peluang kepada mereka untuk menjalankan aktiviti tidak sihat serta boleh mengancam keselamatan orang awam, katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, trak pelbagai guna itu dipercayai dilengkapi pelbagai alat dan kemudahan canggih termasuk sistem radar, solar dan parabola yang dipasang pada kenderaan mereka sekali gus mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tujuan sebenar mereka.

Mohd Asri berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap perkara berkenaan, malah lebih membimbangkan apabila warga asing terbabit mungkin boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan penduduk berikutan tempat tinggal mereka tidak berpenghuni.
Katanya, keadaan mungkin lebih membahayakan apabila tempat mereka berteduh agak gelap, selain sikap angkuh mereka yang enggan menjawab pertanyaan penduduk mengenai tujuan dan fungsi trak mereka di kawasan mereka.

Kami merasakan seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan warga asing itu, jika tidak mereka tidak akan mengusir dan melarang sesiapa saja yang cuba mendekati trak mereka terutama pengunjung pantai yang seakan berminat untuk mengetahui perkara terbabit.

Justeru, kami sangat berharap pihak berkuasa dan yang terbabit supaya mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu dengan menjalankan siasatan dan mungkin boleh mengusir mereka sekiranya mereka boleh mendatangkan bahaya kepada kami, katanya. -BH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

warga asing mengusir rakyat tempatan?..ini dah terlalu lebih...melampau gila warga asing tu...soalannya kenapa penakut dan baculnya rakyat tempatan kat situ... tak berani bertindak ikut saluran yg betul...nak media yang lapor gak...nak polis gak bertindak...ketua kg, penghulu, pegawai daeran dan sewaktu dengannya di mana??? buat la siasatan dgn hak dan kuasa yg ada..pastu laporlah kat pihak berkuasa lain cepat2...warga asing ni bahaya coz mesia ni baik dan peramah...sila masuk...sila masuk...jgn segan...buat cam rumah sendiri...hehe

she

Tanpa Nama berkata...

Jangan-jangan agen perisik asing.

bunbinban berkata...

ni dah mencabar ketuanan melayu ni...kah kah kah... nak suh ketua kg atau jkkk amik tindakan apa ke jadah, nak suh itik ckp ngan ayam ke...kah kah kah....yg dorang tau, you go i go...kah kah kah

kadio manong berkata...

Jangan tunjuk kata orang kampung tu tak cerdik. Segera la lapor kat Polis dan Bomba. Kalau tak ada tindakan hampa pakat la ramai-ramai pi tolak lori tu masuk laut. Awat yang tu pun tak reti ka ?

perisik berkata...

PERKOSA PATUT KEHADAPAN DLM ISU NI... INI SUDAH KETUANAN ASING NIH... JGN2 UMNOAotPCO...