5 Dis 2010

[Bergambar] Proton Wira Dihempap Trak Askar Dalam Kemalangan Ngeri, 5 Maut

5 sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri dekat PD

Gambar: NGERI..kemalangan maut membabitkan 4 kereta dan satu trak askar sehingga menyebabkan lima maut di tempat kejadian di KM19.6 Jalan Pantai, Pasir Panjang, Port Dickson, awal pagi tadi.

PORT DICKSON, 5 Dis (Bernama) -- Lima sekeluarga terbunuh manakala enam yang lain termasuk anggota tentera cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 19.6 Jalan Pantai-Pasir Panjang-Linggi dekat Kampung Bukit Tembok di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh berkata, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Said Lakan, 58, isterinya Rosnani Buyong, 50.

Kedua-duanya berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Turut terbunuh anak perempuan mereka Nordiana Mohd Said, 30, suaminya Saipul Naaim Mat Dan, 36 dan anak mereka Mohammad Harith Firdaus Saipul Naaim, 4, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk di kepala dan anggota badan dalam kejadian pukul 11.15 pagi, katanya.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat di sini mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mayat yang tersepit.

Mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson.

Tiga lagi termasuk pemandu sebuah kenderaan yang lain turut cedera tetapi identiti mereka tidak diketahui.

Katanya, kenderaan yang dinaiki oleh keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Port Dickson ke Melaka dan diekori oleh sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka.

Lori tentera terbabit pula datang dari arah Kem Terendak, Melaka menuju ke markas tentera di Port Dickson dan diekori oleh dua buah kenderaan lain, katanya.

Salah sebuah kenderaan yang datang dari arah Port Dickson dipercayai memotong kereta keluarga malang itu tetapi tergesel bahagian belakang lori menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kenderaan yang dinaiki lima sekeluarga itu," katanya.

Akibatnya, lori tentera seberat 3 tan itu terbalik ke sisi dan dan tiga anggota tentera mengalami kecederaan ringan, katanya. -- BERNAMA







4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masya Allah, dasyat betol... remuk habis keta tu...

Tanpa Nama berkata...

Jika tragedi seperti itu melibatkan bas awam, sering kali dikaitkan dengan permasalahan pemandu. Mabuklah, ngantuklah, tak berlesenlah dan macam-macam. Bagaimana dengan pemandu trak askar seperti yang dilaporkan itu..?

Apabila ada pihak cuba melihat punca sesuatu kemalangan bas mingkin disebabkan oleh kenderaan lain, lalu dipelekehkan, pemandu bas juga yang mereka tudingkan, apakah insiden ini kereta yang terlibat juga clear, tak salah, malah mangsa...? Kepada siapa segala tuntutan ganti rugi nak dikemukakan...?

din tok diah berkata...

Sabar Anon 0823, ini mesti kerja makhluk asing, SPRM mesti siasat segera !

drebar tua berkata...

Ya perlu banyak bersabar anon 08:23.. Mungkin sdr salah seorang drpd pmd bas yg paling berhemah sebab tulah comment sdr agak emosional... Tapi apa yg diperkatakan org trhdap pmd bas yg trlibat dgn kmlangan mkin ada kebenaran dan juga brsandarkan pada saksi so jangan pertikailah. Mkin sdr bukan seorg pmd bas dari spesis yg dinyatakan. Tak perlu nak pertikai pmd trak askar tsbt...