10 Dis 2010

Bagi Pimpinan PR, Apa Ada Pada Blogger?

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Ulasan GB

Bagi pimpinan PR, seorang blogger PR mesti hanya mengisahkan hal-hal yang indah-indah, hal yang muluk-muluk, yang cantik-cantik, yang wangi-wangi tentang parti komponen PR dan para pemimpinnya.

Jangan kritik, jangan sentuh dan jangan dedahkan sebarang kelemahan dan kepincangan. Jika ada kelemahan utarakan secara bisik-bisik kepada pimpinan tersebut. GB jawab, jika yang didedahkan secara terbuka tak diambil tindakan inikan pula kritikan yang dilakukan secara "sirr" - satu istilah yang digunakan oleh golongan ulamak muda apabila mengkritik pimpinan kerajaan.

Ini bukan zaman rahsia-rahsia. Ini zaman IT, zaman blog, zaman FB, zaman twitter. Semuanya telus, semuanya terdedah semuanya pantas beredar.

Pimpinan yang tak mahu ditegur dan dikrtik, TURUN segera. Zaman anda sudah berlalu. Janji kita kepada rakyat dulu: membentuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan telus.

Tentang blogger PR, GB sudah ulas di

PR Telah Hilang Kekuasaan Terhadap Alam Siber

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita sokong penuh bloggers yang siar yang benar, kalau blogges macam RTM dan TV3, baik tengok TV, tak perlu buang masa

Tanpa Nama berkata...

bloggers macam GB patut disokong

Tanpa Nama berkata...

GB OK, cuma masalah PKR biar ahli dan pemimpinnya yg uruskan. PAS pun perlu direformasi...tapi bloggers pro PKR tak kecoh pun. Hidup!!! TGNA, ANWAR & LGE....HIDUP PAKATAN RAKYAT!!! HANCUR UMNO.

Kuda Trojan berkata...

Kalau GB komen seorang blogger PR mesti hanya mengisahkan hal-hal yang indah-indah, hal yang muluk-muluk, yang cantik-cantik, yang wangi-wangi tentang parti komponen PR dan para pemimpinnya....

Agak-agaknya pemimpin mana yang menyuarakan pandangan seperti itu..?

Atau orang yang membuat kenyataan seperti itu sebenarnya bermaksud kalaupun nak tegur pemimpin janganlah sampai membogelkan orang yang ditegur itu sehingga tidak berseluar dalam...?

Sebenarnya semua pemimpin Pakatan Rakyat sama ada dari kalangan PAS, DAP atau PKR bersedia menerima kritikan atau pun teguran dari para blogger jika terdapat apa-apa kesalahan atau pun kesilapan yang telah mereka lakukan.

Tapi yang menjadi sensitifnya ialah cara para blogger menegur pemimpin tidak mempunyai adab seolah-olah pemimpin yang ditegur itu seperti seorang pencacai angkat najis...?

Bagaimana GB mahu menegur TG. Nik Aziz jika orang ini melakukan kesalahan...?

Perlu diingat, setiap orang yang disokong dan dilantik sebagai pemimpin perlu dihormati. Dan cara menegurnya juga perlu berhemah dan beradab.

Apakah GB apabila dilantik sebagai pemimpin, kemudiannya GB secara tidak sengaja melakukan kesilapan, mahukah GB ditegur tanpa adab oleh blogger...?


Apa khabar GB hari ini...?

Unknown berkata...

Kuda Trojan menulis:

Apakah GB apabila dilantik sebagai pemimpin, kemudiannya GB secara tidak sengaja melakukan kesilapan...

Apakah penipuan di dalam Pemilihan PKR itu sesutau yang TIDAK SENGAJA?