10 Dis 2010

Tuduhan Hishamuddin Mengada-ngada, MCA Tuntut Minta Maaf

MCA gesa Hishammuddin Hussein untuk mohon maaf

Timbalan Ketua Pemuda MCA Mah Hang Soon menggesa agar Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein memohon maaf kepada seluruh ahli MCA berikutan tuduhannya terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini

Mah Hang Soon berkata, tuduhan Hishammuddin Hussein telah bercanggah dengan semangat Barisan Nasional yang disaran Perdana Menteri Najib Razak, terutamanya apabila PM Najib telah menyetujui pandangan Chua Soi Lek secara terbuka, iaitu komponen parti BN harus berkongsi kedudukan yang sama rata dalam hubungannya sebagai rakan parti. Sebagai Naib Presiden UMNO, Hishammuddin seharusnya menyokong PM dengan tindakannya.

"PM telah membuat kenyataan bahawa parti komponen BN seharusnya peka antara satu sama lain, barulah BN diperkasa. Hishammuddin Hussein pula menuduh Chua Soi Lek secara terbuka, mengingkari hasrat PM yang sebenarnya."

Tuduhan Hishammuddin mengada-ada

Tuduhan Hishammuddin Hussein bahawa Chua Soi Lek seharusnya menggunakan saluran dalam Majlis Tertinggi BN untuk membangkitkan ketidakpuasan mahupun mengutarakan cadangan ini turut dikritik Mah Hang Soon sebagai "mengada-ada".

"Pada hakikatnya Konvensyen BN adalah mesyuarat tertutup untuk parti komponennya mengentengahkan pandangan diri dalam sesi dialog. Chua Soi Lek sekadar mengemukakan cadangan MCA, dan tindakan ini selari dengan 'menggunakan saluran sebaik-baiknyanya', sebagaimana yang dikatakan Hishammuddin Hussein."

"Sebaliknya Hishammuddin membuat tuduhan terbuka di lobi parlimen, dan tindakan ini umpama menampar muka diri, kerana mengabaikan sepenuhnya bahawa Majlis Tertinggi BN adalah mekanisme yang sesuai," kata Mah Hang Soon.

Mah Hang Soon menambah, Hishammuddin Hussein turut berada dalam konvensyen tersebut ketika Chua Soi Lek mengetengahkan pandangan, maka Hishammuddin seharusnya berdialog dengan Chua pada ketika itu juga, dan bukannya bercakap kepada media selepas itu. Tindakan sedemikian akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap BN.

"Hishammuddin seharusnya memohon maaf kepada seluruh ahli MCA berikutan kata-katanya itu, kerana beliau telah menjejaskan semangat perpaduan yang didukung dalam Konvensyen Barisan Nasional," simpul Mah Hang Soon.

*Kenyataan media Mah Hang Soon selaku Timbalan Ketua Pemuda MCA, diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Cina. -MR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MCA dan Chua sama saja tak bermaruah, kalau dalam islam dah kena rejam agaknya, nauzubillah, wallahhualam

zaid ampang berkata...

Dari segi maruah memang Chua dah OUT sebab tu wanita mereka; sokongan berbelah bahagi. Beliau masih diterima kerana berani bersuara, berani menuntut yang kononnya hak. Beliau juga perlu berbuat demikian, perlu berani seba tak ada pilihan, kerana perlukan sokongan, kalau tak dia dah lama OUT....