Buaya tembaga dijumpai di pantai Teluk Chempedak
KUANTAN - Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira- kira 200 kilogram.
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.
Beliau berkata, pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.
"Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi.
Pengarah Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff berkata, reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini.
"Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain," katanya.
Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan. -Bernama

2 ulasan:
::: hello plz la...yg tangkap buaya tu budak2 surfer tula..masa pertahanan tu datang buaya tu dah ciap kene ikat..agak2 la kalo nk nama pun..org lain bersusah payah tangkap buaya..suka2 hati je...
rasa takot pulak nk ke TC sebab ada buaya,,salalu juga gi TC ,, tiba2 ada berita yang buaya muncul kat TC,, aritu da ada dah,, sekarang muncul lagi,,
Catat Ulasan