14 Dis 2010

Khir Toyo Digantung Dari Semua Jawatan Parti

Khir Toyo digantung dari semua jawatan parti

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri, Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.

Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan tersebut tidak ada hubungannya dengan pertimbangan kepentingan politik BN, tetapi ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Akhbar Sinar Harian melaporkan beliau berkata, sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya.

Menurut Tengku Adnan, yang juga ahli parlimen Putrajaya, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.

Menurut Sinar Harian lagi, Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, menerima surat dari ibupejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember - dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.

Sambil menyifatkan keputusan parti itu sebagai "prosedur biasa", Khir berkata, beliau akan mematuhi keputusan penggantungan tersebut, tetapi akan terus memberi bekerjasama, sumbangan dan menawarkan perkhidmatan untuk bahagiannya yang kini dipangku oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Katanya, penduduk Sungai Panjang tidak perlu bimbang kerana beliau akan memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Yang penting, katanya, usaha BN untuk merampas semula kerusi DUN Sekincan diteruskan.

Khir yakin Ramli akan dapat meneruskan aktiviti yang telah dirancang sebelum ini.

Ramli, 63, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar (2004-2009) sebelum menang jawatan timbalan ketua bahagian.

Semalam, sekumpulan kira-kira 200 pemuda dilapor menubuhkan Gagasan Bertindak DUN Sungai Panjang (GABUS) sebagai tanda sokongan kepada Khir dan Umno bahagian Sungai Panjang.

Diketua oleh Mohd Safar Abdullah, mereka menyerahkan memorandum sokongan kepada Khir yang dikatakan telah ditandatangani oleh lebih 300 "pengundi musa".

Safar berkata, GABUS mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu untuk mengganggu keharmonian dan perpaduan umno bahagian Sungai Panjang. -mk

Ulasan GB

3 ulasan:

otaklunyai berkata...

gantung jawatan??? itu tak da apa2 pon. makhluk ni kalau digantung terus pon bagus. kurang sekor spesis ni kat dunia ni. Bukti dah teramat nyata... mahligai bukan kecik anak... tapi nak sorok2 lagi... pihak berkuasa buta ke hapa...

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak letak jawatan adun

wak parjoe berkata...

Wak kesal betul dengan apa yang berlaku ni. Wak memang kecil hati sangat dengan pemimpin macam ni. Buat romah macam orang tak mahu mati, pentingkan duniya betul. PRU nanti wak akan pastikan anak2 wak tidak pangkah pemimpin macam ni. Dah tu ada pulak yang bangang tubuh GABUS pulak nak bela pemimpin yang camam ni. Guna akal kat lutut pun kita tau cerdik atau tak ? Ini semua kerja bodoh. Tak sangka orang kampung wak ni kurang kecerdikannya. Walaupun bebas dari rasuah, lihat la kemewahannya ! Pemimpin apa begini ? Contohilah kepimpinan Ulamak kepimpinan Rasulullah !