16 Nov 2010

Prof Agus: Zaid Undur Diri, PKR Yang Rugi.

Pengunduran Zaid merugikan PKR-Prof Dr Agus

PETALING JAYA: Pengunduran Dato Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan parti itu dan juga Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya.

Demikian pendapat Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Dr Muhammad Agus yusof kepada FMT hari ini ketika diminta mengulas kemelut yang melanda PKR.

Menurut beliau, penyertaan Zaid dalam PKR merupakan peluang terbaik untuk PKR bersama parti-parti lain dalam PR dalam usaha menawan Putrajaya.

"Apabila Zaid menyertai PR, ia adalah satu peluang yang baik untuk PR, khususnya PKR sendiri untuk menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya.

"Pengalaman politik beliau boleh membantu PKR. Selain itu karisma dan ideanya juga banyak menarik rakyat untuk memberikan sokongan kepada PKR.

"Namun apabila beliau keluar parti, tentulah peluang terbaik itu hilang begitu sahaja dan ini merugikan PR dan PKR sendiri
," kata beliau.

Prof Dr Agus juga berpendapat PKR terlalu banyak kelemahan hinggakan masalah-masalah yang sepatutnya boleh ditangani segera berlarutan dan membawa pengunduran Zaid.

"Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR memang menjelaskan lagi kepincangan dalam sistem pemilihan yang ada dalam PKR sekarang
.

"PKR harus lebih bijak mengatasi konflik dalam parti dan saya juga melihat PKR tidak mempunyai kecekapan menguruskan masalah-masalah dalaman parti hingga masalah dibiarkan berlarutan," ujar beliau.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut dilihat begitu lambat bertindak dan masih terperangkap dengan wabak sindrom penafian dan sindrom bisu.

"Kalau pemimpin parti segera bertindak tegas mengatasi masalah berkenaan pemilihan yang dianggap sebagai penuh penipuan oleh sesetengah calon, tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini.

"Tindakan mendiamkan diri dan berterusan menafikan aduan-aduan ahli dan calon adalah tindakan yang tidak bijak dan salah," katanya.

Prof Mohd Agus juga tidak menolak dakwaan pihak-pihak tertentu dalam dan luar parti bahawa PKR kini dikuasai oleh segelintir pihak dalam parti.

"Walaupun PKR mendakwa keadilan untuk semua, tetapi apa yang dilihat kini seperti membenarkan dakwaan bahawa PKR dikuasai oleh segelintir pemimpin dalam parti," kata beliau lagi.

Beliau turut berpendapat PKR harus lebih banyak belajar untuk menganalisa dan membuat keputusan dengan tepat dan pantas bagi menjamin kemelut dalaman dapat dibendung.

4 ulasan:

Waris berkata...

Seperti biasa pasti akan ada melayu yg menuduh prof ni agen umngok. Setakat tu jelah tahap pemikiran melayu yang boleh diketengahkan baik dalam umno, pas dan pkr. Lebih kurang sama saje cara berfikir. Aku rasa Malaysia hanya boleh maju seperti korea dan taiwan mengambil masa paling kurang 200 tahun lagi. Tak perlu banding dgn jepun atau eropah.Dah jauh sgt tu. Selagi melayu yg majoriti di malaysia ni masih layu serta otak beku maka jgn mimpi nak maju. Terpekiklah masing2 menyokong pemimpin masing2 dgn slogan2 harapan yg hanya tinggal harapan.

Tanpa Nama berkata...

Nobody is indispensable.

-lobai google

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA MAJU TAPI MELAYU AKAN TERUS LAYU.....MALAYU MAJU DGN KES ROGOL, DADAH, RASUAH, KAWIN BINI & SUAMI ORG...POLITIK KOSONG, GILA KUASA, ANAK LUAR NIKAH, REMPIT....USTAZ & USTAZAH MENJADI SYAITAN BISU???

free force berkata...

Asalam professor agus,,, Selama ini belum saya terbaca tulis yg cukup baik dan rasional??? Betul prof,,, tidak boleh di nafikan zaid membawa sau idea yg cukup baik untuk pr,,, rakyat member2 sangat setuju dgn idea yg cukup bernas dari zaid, bah kan semua kaum boleh terima idea zaid. Namun ahli pkr dan pkr sndiri,,,seolah ketakutan dgn kedatangan zaid dalam pkr. hingga pemilihan yg berlaku di ragui ketelusan nya??? Persoalan prof, pkr bukan lemah dari aspek pengurusan dalaman,,, ia nya lemah bila mana ada tangan2 yg mempunyai kuasa mengunakan kuasa untuk kepenting kumpulan dala pkr,,, hingga keadaan tidak terkawal, yg rugi pkr sendiri,,, bukan sikit jumlah pendokong pkr di luar sini telah merasa ragu dan tak puas dgn apa yg berlaku??? Inilah hasil dari bila mana ketelusan dan keadilan untuk semua tidak di utamakan dan di tegakkan.....tq