14 Jun 2010

Perginya Hassan Shukri Sehari Selepas Muktamar PAS Ke 56

Hassan Shukri meninggal dunia

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kiri) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9 pagi esok di Surau Taman Melewar. -mk

Ulasan GB

Pemergian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri sebaik sahaja Muktamar PAS Ke 56 melabuhkan tirainya.

GB sebelum ini telah menulis betapa perlunya PAS menghargai tokoh-tokoh PAS sebagai agenda di dalam muktamar atau ap-apa program yang perlu dianjurkan oleh parti seperti Anugerah Maal Hijrah dan seumpamanya. Petikan:


Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.


Sehinggalah semalam, PAS masih tak lakukan kerja-kerja menghargai mereka yang telah bertungkus-lumus untuk parti. Jangan kata blogger, yang dihadiahkan herdikan "Luncai", sehinggakan seorang bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang semua ahli lama PAS mengenalinya sebagai artitek yang telah mendraf Perlembagaan PAS, Allahyarham Ustadz Hassan Shukri, dilupakan.

Inilah PAS yang ada kini.

Apa-apa pun kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan TAKZIAH. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semuga dihimpunkan Allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan ditempatkan di syurga jannatun-naim.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah,
Alhamdulillah, ini masa sdr Hassan terlebih dahulu dijemput, masa kita entah bila. Bersedialah... Al-fatihah...

http://paklongonline.blogspot.com/2010/06/hassan-shukri-masa-kita-entah-bila.html

hussin berkata...

amiin.