Kampung kian terhakis
Gambar: SEBAHAGIAN penduduk Kampung Nelayan Benut menunjukkan kesan hakisan yang semakin serius dan mengancam keselamatan penduduk.
Nelayan dekat Sungai Benut bimbang rumah bergoyang setiap kali air pasang
PONTIAN: Kira-kira 300 penduduk Kampung Nelayan berdekatan Sungai Benut, di sini, bimbang dengan keselamatan dan keadaan rumah masing-masing berikutan tanah serta kediaman mereka terancam akibat hakisan yang serius.
Masalah hakisan tanah yang semakin teruk sejak lima tahun lalu itu kini semakin membimbangkan terutama apabila kejadian air pasang sehingga menyebabkan penduduk terpaksa mengalih pelbagai barangan ke kawasan yang lebih selamat.
Seorang penduduk Mohd Amin Shang, 58, berkata ketika ini hakisan tanah sudah menghampiri kawasan kediamannya, sekali gus mengancam keselamatan beliau sekeluarga jika berlaku berlaku kejadian air pasang serta aliran air yang deras.
Katanya, pelbagai cara dilakukannya untuk mengelak daripada berlaku hakisan dengan mencacakkan kayu dan membuat benteng namun tidak berhasil, sebaliknya kayu yang dicacakkan itu dihanyutkan air.
“Kami sekeluarga ingin tempat tinggal yang selesa, namun pendapatan sebagai nelayan tidak menentu apatah lagi apabila musim tengkujuh dan laut bergelora menyebabkan sukar untuk turun ke laut mencari rezeki.
“Jika air pasang rumah akan bergoyang... selain air masuk ke dalam rumah, pada masa sama binatang berbisa termasuk ular bakau mungkin ikut sama masuk ke kediaman,” kata nelayan yang mempunyai tujuh anak dengan seorang daripadanya masih bersekolah dan 12 cucu, itu.
Ibu tunggal, Esah Salim, 52, pula berkata, beliau sekeluarga kini berasa tidak selamat terutama apabila waktu malam dengan rumah mula bergoyang ketika air pasang menghempas dinding dan tiang yang dijadikan sebagai penahan rumah.
Beliau yang kematian suami empat tahun lalu mempunyai enam anak, dengan seorang daripadanya masih bersekolah, berharap boleh memiliki kediaman lebih selesa dan selamat tetapi sehingga kini hasrat berkenaan belum tercapai.
Bacok Ratab, 56, pula berkata setiap kali air pasang, penduduk terbabit terpaksa menghentikan aktiviti lain selama dua jam untuk menunggu air surut.
“Ada penduduk terpaksa mengalihkan barangan penting seperti motosikal atau kenderaan masing-masing ke tempat lebih selamat. Keselamatan penduduk juga tidak terjamin ketika air pasang... rumah akan bergoyang kerana aliran air deras selain tanah akan terhakis sedikit demi sedikit,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Hasni Muhamad ketika dihubungi berkata, hakisan yang berlaku sejak lima tahun lalu itu sememangnya boleh mengundang perkara yang tidak diingini khususnya kepada penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Benut.
Katanya, mengikut laporan diperoleh setakat ini, 10 buah rumah menghadapi masalah itu dan akan dipindahkan ke tapak baru yang di kawasan perkampungan lain dalam masa terdekat tetapi pembinaan rumah itu perlu ditanggung sendiri oleh pemiliknya.
“Saya sangat berterima kasih kerana mereka yang terbabit setuju untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat di tapak yang disediakan. Tindakan lanjut yang sewajarnya akan dilakukan dalam masa terdekat demi kesejahteraan penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan