18 Nov 2010

Tragedi Aidil Adha, 4 Terbunuh, Majlis Khatan Tak Jadi

Empat terbunuh pulang beraya

Gambar: KERETA arwah Shaiful Fadzilah yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Slim River, malam kelmarin. Mangsa dari kiri, Shaiful Fadzilah Siti Suzana, Fikri dan Fitri.

Hajat anjur majlis khatan tak kesampaian, kereta dinaiki dirempuh treler

SLIM RIVER: Hasrat satu keluarga untuk pulang menyambut Aidiladha di kampung dan untuk melangsungkan majlis berkhatan tiga anak lelaki, tidak kesampaian apabila empat daripada mereka iaitu pasangan suami isteri dan dua anak kembar mereka maut, manakala dua lagi anak mereka cedera selepas kereta dinaiki dirempuh treler, malam kelmarin.

Yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaiful Fadzilah Shahar, 36, dan Siti Suzana Mohd Nor, 33, masing-masing bekerja sebagai kerani di syarikat pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, serta anak kembar mereka dikenali Fitri dan Fikri, 6.

Anak sulung pasangan itu, Firdaus, 8, terseliuh kaki dan dirawat di Hospital Slim River, manakala yang bongsu, Fatihah (gambar), empat tahun melecur di tangan kiri serta badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Kemalangan berlaku di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Slim River, jam 11.59 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Labu, Seremban ke rumah bapa Shaiful Fadzilah, iaitu Shahar Mohd Ariffin di Lenggong bagi menyambut Aidiladha dan majlis khatan ketiga-tiga anak lelaki Allahyarham.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Iswara yang dipandu Shaiful Fadzilah dirempuh dari belakang oleh sebuah treler sehingga menyebabkan kereta mangsa terlanggar kereta di hadapan hingga remuk dan tersepit.

“Kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan treler itu dipercayai dipandu laju dan gagal berhenti ketika kenderaan lain bergerak ke susur keluar Slim River.
“Shaiful Fadzilah, Siti Suzana dan Fitri yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Fikri pula meninggal di Hospital Slim River,” katanya di sini, semalam.

Tinjauan Berita Harian di HRPB, semalam mendapati Fatihah dalam keadaan stabil, tetapi masih trauma dengan kejadian itu.

Ibu saudaranya, Nor Azizah Shahar, 23, berkata, Fatihah masih tidak mengetahui berita kematian kedua ibu bapa dan dua abang kembarnya.

"Selepas diberi rawatan, Fatihah hanya mampu menangis dan memanggil mama serta abah setiap kali terjaga. Keadaannya masih lemah dan terkejut. Saya redha dengan kehilangan abang sulung (Shaiful Fadzilah), kakak ipar dan dua lagi anak saudara... cuma terkilan kerana tidak sempat menyambut raya bersama mereka," katanya.

Nor Azizah berkata, arwah abangnya merancang mengadakan majlis berkhatan untuk ketiga-tiga anak lelaki mereka iaitu Fitri, Fikri serta Firdaus sempena cuti sekolah ini. -BH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...sudah byk kes yg melibatkan pemandu lori/treler...tolong higlight kes melibatkan mrk ni..aku geram betul...setiap hr aku lihat mrk ni memang samseng jln raya berlesen....jpj/polis langsung x tahan..yg mrk tahan motosikal je....ajal maut memang kuasa dan takdir Ilahi..namun mrk ini(pemandu lori/treler memang kurang ajar di jlnraya..mentag2 mrk besar..dan x da kesan bl melibatkan kenderaan kecil....jpj...tolonglah...jgn dh kenyang dgn pengusaha lori...butakan sebelah mata je...tgk kt seremban tu...kenyang....

wak parjoe berkata...

Wak sokong, memang majoriti pemandu lori tidak beretika tapi nak buat macam mana memang tahap pemikiran mereka low and very low. Tu yang sedih dah la bodoh KURANG AJAR pulak ! ( Wak kata majoriti ) Elok lepas ni pemandu lori yang didapati bersalah, dilekatkan stiker pada lorinya di depan dan belakang , AWAS PEMANDU LORI INI BODOH BIN BANGANG !

Tanpa Nama berkata...

kemana perginya pihak berkuasa masa cuti aidiladha??????

Tanpa Nama berkata...

apa klas aidil adha..semua buat bodoh je..x da arahan dr abg Hisham...abg no 2 kt atas..sbr bang..nt kecik hati driver lori..dia org ni ada gak yg cerdik..x cam na leh dpt lesen...cuma dia rasa dia safe..sbb lori dia besar...so dia org pun makin besar kepala..tambah..jpj x kan tahan depa ni..dh kenyang...kena sumbat....oh M'sia tanahairku...jpj memang lubuk rasuah...bukan tuduh..kenyataan...jg puspakom..lg kubang rasuah..keta x p anta pun ..lulus gak..memang gila negaraku ni...sampai bila pun aku x tau...kena tunggu Menteri mati kena langgar dgn lori kut..