Batu Pahat: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Hingga hari ini, saya tidak faham kenapa mereka sanggup buat anak saya macam tu,” kata Yatmah Abdul Rahman (gambar), 80, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh di Banting, Selangor, Ogos lalu, ketika ditanya hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dua lelaki yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.
Yatmah berkata, dia tidak tahu undang-undang, namun sebagai ibu yang melahirkan Sosilawati sukar baginya memaafkan mereka yang membunuh dan membakar anaknya itu.
Menurutnya, sejak kehilangan dan diberitahu mengenai pembunuhan anaknya itu, setiap hari dia berdoa supaya sesiapa yang melakukan jenayah itu mendapat balasan dan berharap ia setimpal dengan perbuatan mereka.
“Walaupun mereka meminta maaf, sebagai ibu saya tidak mungkin dapat memaafkannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.
Sarawanan, bekas mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan menghilangkan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu, Kamaruddin Shansuddin, 44.

2 ulasan:
Tambah sikit lagi... Jangan maafkan pembunuh berserta dengan orang2 yg terlibat melindungi pembunuh sebenar termasuk YB2 umno yg bersubahat.
Marilah kita berdoa bersama-sama ibu Yatimah semoga Allah balas setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama.
Catat Ulasan