5 Okt 2010

Perlu Jadi Lembu 2 Tahun Sebelum Bertanding?

Ramai menolak saranan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mencadangkan kepada parti supaya mengadakan sistem iaitu mengutamakan kesetiaan sebelum boleh bertanding.

Katanya, dua tahun pertama setelah menyertai PKR adalah untuk melihat dan menguji kesetiaan.

"Selepas dua tahun barulah mereka bertanding jawatan parti, mungkin cara ini lebih baik kepada parti," katanya ketika ditemui selepas berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak semalam yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Seorang pengunjung blog GB menghubungi GB menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk Azmin melakukan demikian kerana setiap orang berhak, sebagai ahli berdaftar, untuk menyertai pertandingan mana-mana jawatan hatta Presiden sekalipun.

Ada juga seorang pengunjung blog GB menamakan dirinya "mz" meminta GB mengulas mengenai "Trojan Horse" di dalam PKR.

Meraikan demokrasi dalam parti politik bermaksud bahawa semua orang boleh menawarkan diri untuk merebut apa-apa jawatan dalam parti. Sama ada mereka akan mendapat pencalonan dan sokongan itu soal lain. Yang penting, demokrasi membenarkan pertandingan, malah menggalakkannya.

Apakah seseorang itu perlu dilembukan selama dua tahun sebelum dibenarkan bertanding di dalam PKR?

GB memikirkan hal yang demikian kerana belum pernah berlaku dan tidak sepatutnya ada had atau tempoh keahlian di dalam mana-mana pertubuhan politik atau bukan politik untuk melayakkan seseorang ahli bertanding mana-mana jawatan di dalam parti.

Persoalan kini apa ukuran kesetiaan? Jangkamasa berapa tahun? Kesetiaan adalah nisbi, yang tidak boleh tentu seseorng itu benar-benar setia. Tiada ada pekakasan di atas dunia walau canggih macamana teknologinya boleh mengukur kesetiaan. Ia hanya helah Azmin untuk memfitnah calon lawannya, Zaid Ibrahim yang kononnya dikatakan belum setia kepada PKR. Yang ada ialah alat untuk mengesan seseorang itu berkata benar atau dusta bernama fMRI.

Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.

Kita pernah lihat di dalam PAS sendiri pernah berlaku hal yang serupa. Misalnya TG Nik Aziz sendiri pernah ditipu. Ditipu oleh Ibrahim Ali. Walaupun Ibrahim bukan ahli PAS, tetapi Ibrahim dibenarkan bertanding di atas tiket PAS. Menang. Kemudian apa jadi? Ibrahim kencingkan PAS. Tetapi untuk orang sebegini sedikit pun TG Nik Aziz tidak pedulikan. Kerana TG Nik Aziz tahu bahawa Ibrahim telah menipu dan Ibrhaim akan terima balasannya nanti akibat penipuan yang dilakukan.

Malah Ibrahim hanya dapat menikmati "kemenangan"nya dalam waktu yang sementara. Beliau sendiri berhempas pulas dengan "Perkasa"nya untuk melonjakkan namanya memperkudakan UMNO pula. Tetapi jika disuruh bertanding semula di Pasir Mas sekarang ini, Ibrahim belum pasti mahu melakukannya atau jika bertanding pun di pilihanraya akan datang, Ibrahim belum pasti menang.

Hukum kebenaran pun mengambil tempatnya. Selepas ini jangan harap PAS akan mempercayai Ibrahim.

Jika Zaid dikatakan malah dituduh sebagai Trojan Horse yang masuk untuk merosakkan PKR, itu sudah keterlaluan. Kerana perlu ada bukti kukuh. Sekadar diwawancara oleh Utusan dan mengkritik pemimpin parti belum boleh dijadikan ukuran bahawa Zaid khianat. Tinggi mana makam anda untuk melakukan firasat sedemikian, berbanding TG Nik Aziz sendiri yang belum boleh menerka niat si durjana yang bernama Ibrahim Ali itu?

Kes Zulkifli Nordin umpamanya, sekalipun pernah bersama Anwar, pernah menjadi peguam Anwar, lebih dua tahun mengenali Anwar, tetapi pengkhianatan tetap juga berlaku. Beliau meninggalkan PKR dan mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar kepada Najib. Jika diuji dengan alat fMRI seperti yang GB tulis di atas sekalipun, pada waktu pengujian itu, Zulkifli belum lagi berdusta.

Ada banyak lagi PKR perlu lakukan untuk meningkatkan kesetiaan ahli. Jika di dalam PAS ada program "tarbiah", maka PKR perlu turut mempunyai program ala sedemikian bagi mewujudkan ahli-ahli yang yang tetap hatinya bersama PKR walau apa pun terjadi.

Setelah dua tahun di pentas politik tanahair, apa aktiviti dan program yang dilakukan oleh PKR sebenarnya?

Malah pemilihan PKR pada kali ini juga memperlihatkan kekecohan. Bagaimana menanganinya? Mengapa tiada pelan bertindak lebih awal untuk mengawal? Mengapa tidak menubuhkan skuad seperti Unit Amal yang dilakukan PAS?

Di dalam setiap kali pilihanraya umum atau kecil, jentera berkempen dan bekerja dari kalangan PKR juga kurang. Biar GB berterus terang, di dalam kempen-kempen, PKR terlalu bergantung dan mengharapkan petugas daripada PAS. Tanpa mereka, PKR telah lama kecundang. Bagusnya PAS, mereka amat jujur dan ikhlas di dalam setiakawan. Bukan saja PKR, DAP bertanding pun, PAS turun padang walaupun dituduh oleh musuh politiknya, UMNO, PAS bersekongkol dengan mereka yang makan babi. Sedangkan puluhan tahun mereka bersekongkol dengan MCA dan MIC tak pernah pula mereka teringatkan hal itu.

Justeru bagi GB, PKR perlu perkukuhkan parti, bukan dengan cara menyekat demokrasi. Maaf cakap, PKR terlalu banyak politiking, sama macam UMNO. PKR perlu menyusun aktiviti-aktiviti parti. GB tersangat ingin membantu, tetapi dari luar parti kerana GB dah menjadi ahli parti komponen PR.

Ketua de fakto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dibebankan dengan hal-hal parti dengan berlebihan. Beri beliau peluang sepenuhnya menguruskan hal peribadinya di mahkamah.

Jika nak pakai juga idea Azmin, silakan. Selamat melembukan ahli-ahli baru parti dua tahun yang menyertai PKR.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assallammualaikum,

Bagus juga kalau dikenakan syarat, tetapi syarat ini perlu dibuat masa nak masuk jadi ahli. Perlu ingat, kalau berat sangat syaratnya siapa pula yang ingin nak masuk daftar ?. Takut pulak kamu tak ada sokongan. Macam mana nak lawan UMNO yang ahlinya berjuta dan dah berpuluh tahun itu.

Nak salahkan orang yang bertanding juga?. Mengapa tak tanya orang yang mencalunkan mereka. Mungkin ada sesuatu yang tak kena.

Kat mana pun kita gelagat kebanyakan pemimpin politik masih serupa. Alim-alim kucing. Alim sebelum mendapat apa yang diidam. Wasallam.

Tanpa Nama berkata...

tak salah bertanding peringkat cabang sahaja tetapi mungkin peringkat pusat itu sy rasa perlu di sekat pada ahli baru selama 2 tahun, ikhlaskah jika nk masuk parti semata mata untuk bertanding jawatan tertinggi?, klu ikhlas tentu tidak merasa apa apa, apa pun itu baru cadangan belum pun di persetujui, klu nk bising dulu pun takpe

Tanpa Nama berkata...

Azmin dah melalut. Dimintanya tindakan tegas diambil ke atas mereka yang mengkritik pimpinan parti. Walhal dulu dia juga yang kritik Ketua PKR Selangor, Tan Sri Khalid. Dihentamnya teruk MB tu.

Azmin tu yang perlu dipecat dulu. Cakapnya tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Pada pemilihan akan datang, agaknya semua ahli baru akan diberikan Pelekat "L" untuk digantung semasa menghadiri mesyuarat. "L" ertinya baru. "L" bermaksud "masih lembu" (pinjam jap istilah GB... heheh).

Tanpa Nama berkata...

Maaf GB, jangan fikir hanya pendapat kita jea yg cerdik dlm ilmu politik, org lain pun ada juga pendapatnya...

Ada rasionalnya cadangan Azmin tu...bayangkan kalau baru jea jadi ahli pastu boleh terus bertanding...

Trojan Horse drp umngok bila2 jea boleh byr RM2 utk jadi ahli PKR pastu istihar diri utk jadi calon...

Aku setuju dengan apa yang ditulis oleh Hisyam di Tukartiub.blogspot.com iaitu demokrasi PKR menjemput hantu dan jembalang...saling mengingat utk kebaikan PR bersama...

GB berkata...

sdra anon 8.35 di atas menulis:

jangan fikir hanya pendapat kita jea yg cerdik dlm ilmu politik, org lain pun ada juga pendapatnya...

Saya tidak kata demikian, tetapi apabila ia disuarakan oleh seorang calon Timbalan presiden yang kebetulan ditandingi pula oleh seorang ahli baru, ini jelas merupakan satu taktik untuk mengenepikan lawannya.

Anda menulis lagi "Trojan Horse drp umngok bila2 jea boleh byr RM2 utk jadi ahli PKR pastu istihar diri utk jadi calon..."

tak kisah nak bertanding pun, nak takut apa? kalau byk dpt sokongan ahli, menanglah. Ingat senang2 byr dua ringgit kemudian masuk bertanding dan menang... hanya yg takut dengan byg2 sajer yg gentar untuk bertanding secara sihat. Azmin kalau boleh mahu menang percuma. Itu yg saya nampak.

"Aku setuju dengan apa yang ditulis oleh Hisyam di Tukartiub.blogspot.com iaitu demokrasi PKR menjemput hantu dan jembalang"

Jgn disalahfaham tulisan hishamuddin rais. Hisham mengkritik pimpinan yang telah menyatakan bahawa pemilihan PKR kali ini adalah untuk "meraikan demokrasi". Maka terimalah bahananya.

Hisham menyatakan:

"Sistem baru yang sedang dicuba oleh PKR ini amat jelas bukan mengembangkan demokrasi malah menguncupkan demokrasi. Kalau sebelum ini ahli-ahli PKR memilih pimpinan mereka melalui perwakilan - kali ini pengundian di seluruh negara – disetiap cabang. Seharusnya dilihat berkembang. Hakikatnya mengempis.

Saya berani berkata sedemikian kerana dari apa yang saya perhatikan ketika ini besar kemungkinan PKR ini akan menjadi parti towkay – parti orang-orang kaya. PKR akan menjadi parti untuk mereka yang memiliki dana dan modal. Rintik rintik dan awan hitam ini telah mula kelihatan dimana PKR berkemungkinan akan dibajak."


Beliau berkata lagi:

"Bakal calon wajib menonjol diri dengan berkempen. Berkempen di seluruh Malaysia belanjanya bukan kecik anak. Malah untuk dipilih menjadi ketua cabang juga memerlukan dana."

"Bagaimana pula untuk mereka yang memiliki ciri dan watak pemimpin yang unggul , telah terduga dalam pejuangan tetapi tidak memiliki modal untuk berkempen (seperti Mustaffa -tambahan GB). Sosok dan watak sebagini yang amat diperlukan oleh PKR. Tetapi tanpa modal dan dana sosok ini akan terpinggir dan tersisih. "

Tanpa Nama berkata...

Salam hormat,
Jika berhati manja, tak tahan tukul elok jangan berpolitik. Lebih-lebih join PKR/PR yang memperjuangkan sebuah reformasi keadilan bernegara. Nak jawatan JKK pun ada yang berlengan. Betapa pula diperingkat pusat yang impaknya tentu lebih besar dan berat.
Goodby si manja.
Aku adalah aku. Engkau aku tak tau jika tak beri tahu.
Ampun maaf
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya GB puak2 Trojan Horse yg dtg dari umngok nilah yang akan buat kacau dan memperlihatkan suasana yg negatif kepada umum jika prosedur keahlian dan pencalonan PKR terlalu longgar...

Sedangkan sehebat Ezam pun boleh blah...inikan pula baru setahun jagung...

Ada pro & con dlm isu ini...apapun berhujahlah demi kebaikan bersama...

Martoiriat berkata...

PKR harus menolak cadangan Azmin, "selepas dua tahun baru boleh bertanding jawatan dalam parti". Usul ini untuk parti atau untuk kepentingan politik beliau.

Contoh yang paling nyata dilihat dalam pemilihan agung Umno dimana Mahathir telah memperkenalkan sistem kuota yang menyebabkan pemimpin2 yang mempunyai karisma dan intelek untuk merajui parti musnah sama sekali akibat tidak mencukupi pra syarat kuota. Sistem ini bukan untuk kekuatan parti tapi untuk mengelakkan beliau dari dicabar dalam pemilihan.

Amat jelas pemilihan dalam Umno secara demokratik telah hilang hingga kini dan selama2nya. Semuanya diciptakan Mahathir untuk kepentingan politik beliau yang takut dengan bayang-bayang sendiri.
Begitu juga tidak rasionalnya cadangan Azmin yang ingin mengikut rentak Mahathir

Pada pandangan saya sistem ini bukan untuk mengembangkan demokrasi sebagaimana yang di war-warkan malah menyekat calun yang berwibawa untuk merajui PKR hanya untuk kepentingan Azmin sendiri dan towkay-towkay di atas. Justeru itu jadilah PKR spesis Umno yang penting diri dari membela rakyat.

Tanpa Nama berkata...

wa tengok lembu tu sebijik cam azmin jer... huhu.... sorry...