PKR harus hargai dan hormati anggota baru
PETALING JAYA: Seorang pemimpin peringkat cabang PKR di Sabah melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin tertinggi parti kerana memperkecil-kecilkan anggota-anggota baru.
"Saya kecewa dengan beberapa pemimpin PKR berulang kali memperkecilkan anggota-anggota baru dalam parti, sama ada melabel mereka sebagai tidak boleh dipercayai atau masih mentah dalam politik," kata Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simoi (gambar).
Beliau berkata, "hari ini, saya terbaca kenyataan akhbar Naib Presiden Azmin Ali, yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, meremehkan pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim, hanya kerana beliau adalah anggota baru dalam PKR.
Ujar beliau, "nada suara para pemimpin ini bercanggah dengan aspirasi parti apabila inisiatif diambil untuk meminda perlembagaan. Pucuk pimpinan mengalu-alukan anggota-anggota baru dengan tangan terbuka selepas pilihan raya umum 2008.
"Parti sanggup memendekkan tempuh masa menjadi ahli kepada hanya setahun untuk membolehkan mereka menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan media hari ini.
"Namun kini, anggota-anggota baru dipandang dengan perasaan curiga dan seolah-olah tidak diperlukan. Adakah kita menyatakan mana-mana anggota baru yang ingin menawarkan diri untuk komited dengan perjuangan parti secara otomatik digantung kerana disyaki sebagai pengacau?
"Adakah mereka tidak diperlukan kerana mereka tidak condong kepada mana-mana kumpulan yang dipilih oleh beberapa pemimpin parti," soal beliau.
Beliau berkata, peristiwa ini mengingatkan kita kepada kes seorang yang dilantik sebagai Bendahari Agung selepas pemilihan parti tahun 2007 merupakan anggota baru dan hampir tidak dikenali dalam parti. Namun demikian, pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bantahan.
"Jika inilah halnya, maka demokrasi tidak akan berkembang dalam parti, seperti mana yang dikehendaki oleh sistem mengundi secara terus. Demokrasi hendaklah berasaskan kepada kuasa anggota dan bukan ditentukan oleh segelintir," katanya. -FMT

4 ulasan:
sekali pikiq PKR ni menang Parti nak Mampus , kemasukan ahli pun nak diragui,macam mana nak berkembang.
kena jadi lembu dulu dua tahun, baru boleh bertanding... apa raaa....
semua ahli baru masuk pkr akan diragukan selepas ini. mereka semua trojan horse. ... gila punya pike...
perangai UMNO dalam PKR masih menebal di kalangan ahli PKR terutama bekas bekas ketua/ pemimpin UMNO dimasa dahulu setelah mereka disingkirkan oleh UMNO dahulu..Parut luka lama masih nampak terang dan jelas..
harap janganlah nak jadi pemimpin yang cuba nak tipu melayu..
dahtahu UMNO penipu Melayu..
PKR harap jangan jadi macam itu..
MELAYU tidakakan jadi Bodoh selamanya..
masaalahnya ahli baru masuk segera masa pemilihan dan buat kacau pula, UMNO tiada kepentingan???
Catat Ulasan