31 Okt 2010

Isu RM250 : Hanya Saguhati Untuk Pulang Mengundi

PAS Pertahan Habuan RM250

GUA MUSANG: PAS mempertahankan tindakan menawar habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan menyifatkan perbuatan itu sebagai amalan biasa bagi mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN).

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, tawaran habuan berkenaan bukan sesuatu yang pelik malah tidak kisah jika pengundi mahu mendapatkan habuan berkenaan daripada PAS dan juga BN.

"Perkara ini bukan baru kerana ia sudah menjadi amalan PAS sepanjang pilihan raya kecil dan pilihan raya umum dan ia juga tidak menjadi satu perkara pelik.

"Dan tidak ada sebarang sekatan kepada pengundi yang datang untuk mendapatkan daripada pihak kami, malah tidak menjadi syarat kami untuk sekat mereka untuk pergi kepada Umno dan MCA, kalau mereka pandai boleh dapat daripada tiga pihak iaitu PAS, Umno dan MCA," katanya di sini, Ahad.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Namun tegasnya pemberian wang berkenaan sekadar saguhati bagi memudahkan perjalanan pengundi untuk pulang ke Galas bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berdaftar.

Ditanya sama ada PAS mengharapkan sokongan pengundi luar bagi memastikan kemenangan, Wan Abdul Rahim berkata: "Sudah menjadi tradisi PAS memang memberi tumpuan kepada pengundi luar kerana kebiasaannya pengundi luar adalah orang muda.

"Mereka ini faham dan mendapat banyak maklumat mengenai isu-isu semasa... jadi ciri-ciri ini lebih banyak memihak kepada PAS berbanding BN."

Ulasan GB

Laju jer Timbalan Pengerusi SPR menuduh ia sebagai sogokan politik bila PAS umumkan untuk membayar RM250 sebagai tambang untuk warga Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab mengundi.

Sepatutnya SPR gembira dan berterima kasih kerana ini akan meramaikan mereka yang pulang mengundi.

Dan PAS pula tidak memaksa yang menerima wang itu supaya memangkah PAS.

Sikap Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar dan SPR seluruhnya amat meragukan di dalam PRK Galas ini kerana ia seolah-olah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Hari mengundi ditetapkan di hari bekerja, kemudian kini resah bila Kelantan umumkan cuti pada hari mengundi dan lebih resah bila PAS umumkan akan berikan wang saguhati RM250 bagi warga luar yang balik mengundi.

Kita mahu tahu juga apa pasal SPR resah gelisah? Kalau tak ada apa-apa takkan tempua bersarang rendah.

Kita berharap ada sesuatu yang terbongkar nanti.



3 ulasan:

zaid kuantan berkata...

Sikap Wan Ahmad menggambarkan bahawa beliau adalah bakal pengerusi SPR< seterusnya....

Tanpa Nama berkata...

yang mamat ni dok bagitau satu malaya apa ke halnya..... diam2 udah ler... bila dah jadi isu, langsung xleh nak bagi kat pengundi... mcm x nak bagi jer.... ada unsur2 sabotaj ke....? bkn org xtau, umno lagi byk dia kasi tapi x bising pun...

Tanpa Nama berkata...

Katakanlah PAS menang pilihan raya ni, sudah pasti BN akan dibawa ke mahkamah atas isu rasuah. Tahu-tahu sajalah bila di mahkamah nanti dan boleh agak siapa menang dan kalah.