31 Okt 2010

17 Ditahan Di Hotel PD Kerana Pesta Dadah

Pesta dadah’: 17 ditahan di sebuah bilik hotel di PD

PORT DICKSON, 31 Okt — Polis menahan sembilan wanita dan lapan lelaki yang sedang leka berpesta di sebuah bilik hotel di sini awal pagi ini selepas ujian mendapati semua mereka positif menggunakan dadah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh berkata semua mereka yang berumur dari belasan tahun hingga sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas polis menerima aduan daripada penghuni hotel yang lain mengenai bunyi bising di bilik itu.

“Siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki dan wanita itu masuk ke hotel berkenaan semalam dan kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata semua yang ditahan itu kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 15 (1) (a) kerana kesalahan mengambil dadah. — Bernama





1 ulasan:

rimau akaq berkata...

tak dak sapa ke yg boleh betulkan 'mind set' budak-budak muda tu?.........

kalau tengok gambaq sure punya budak-budak melayu.....

mana perkasa?........
masa nie laa nak perkasakan melayu.....jngn dok asyik bertempik tak ketahuan hala ujung pangkal............