17 Okt 2010

Ibrahim Ali Dibedah Esok

Ibrahim Ali akan dibedah esok pagi

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.

"Alhamdulillah keadaan stabil, (beliau) sedang rehat untuk pembedahan esok pagi," kata ketua Wira NGO Melayu itu Arman Azha Abu Hanifah.

Semalam, Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata selepas dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya stabil dan hospital hanya membenarkan anggota keluarga untuk melawat Ibrahim.

Beliau berkata selepas membuat pemeriksaan akibat tidak sihat sejak tiga minggu lalu, Ibrahim dinasihatkan supaya segera membuat pembedahan.

Sementara itu, menulis dalam laman Facebook, Arman Azha memberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin - yang pernah 'bertingkah' dengannya di media - turut mengambil peluang menziarahinya.

Dalam perkembangan berkaitan, PERKASA hari ini dijadual akan mengadakan solat hajat dan doa selamat di De Palma Hotel, Ampang pada jam 6.30 petang ini berhubung perkara itu.

Ulasan GB

Semuga selamat menjalani pembedahan. Dan semuga ujian yang sedikit itu dapat kiranya menyedarkan sdra kita terhadap apa juga tindakannya yang berlebih-lebihan yang lantarannya, ujian itu diturunkan.

Dikhuatiri, kegagalan menyedari kesilapan di dalam tindakan, ujian lebih besar menanti. Semuga tidak ke tahap itu.

Dunia ini dengan segala isinya, termasuk diri kita sendiri, bukan kita yang punya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersiap sedia kemungkinan akan ada pilihanraya di pasir Mas pula!....

Tanpa Nama berkata...

No problem.Arman boleh ganti.

Waris berkata...

Teringat aku masa sekolah dulu bedah katak dlm mata pelajaran biologi...

Tanpa Nama berkata...

Waris: kesian katak itu, mujur aku sekolah teknik tak ada subjek biologi...

Tanpa Nama berkata...

KALAU BEDAH KATAK YG SUKA MELOMPAT-LOMPAT LAGI SUSAH!!! BAYANGKAN KATAK PASIR MAS NIE MELOMPAT KETIKA DOKTOR NAK BEDAHNYA....KAN NYAYA DIBUATNYA???

Amuraria berkata...

AKU HINGAT KATAK KAT MAKMAL SAJA KENA BEDAH OLEH MAK BEDAH ! TAPI KATAK PEMBELOT BESAR & PERKAUMAN BESAR PUN KENA JUGA ? ASTAGA MOGA HATI YANG KARAT BIRU DITUKAR JADI HIJAU ! JADI KATAK HIJAU PULAK LEH PANGGIL HUJAN KAH KAH KAH !