17 Okt 2010

Memilih Penentu Masa Depan PKR

Timbalan: Pertandingan 3 penjuru - Azmin, Zaid, Mus

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Azmin yang juga adalah ketua perhubungan negeri Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan.

"Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.



"Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya.

Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden.

Zaid yang sejak awal pagi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya dan kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebuat akan bertanding, bagaiamanapun tidak berbuat demikian.

Nurul Izzah yang juga anak ketua umum PKR dan presiden parti itu kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden.

Puteri reformasi itu berkata, beliau menolak pencalonan bagi timbalan presiden dan memilih bertanding jawatan nombor tiga itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada.

"Saya mahu membudayakan politik harapan dan pembebasan dan memperkukuhkan asas-asas demokrasi parti dalam usaha memperkasakan suara dan semangat generasi muda,"katanya dalam satu sidang media selepas menghantar borang pencalonannya.

Ditanya mengapa beliau tidak betanding untuk jawatan timbalan, sedangkan beliau layak berbuat demikian, Nurul Izzah berkata:

"Semua calon yang bertanding layak akan membuat sedaya mungkin untuk memmbantu memperkukuhkan parti.

"Dalam ruang dan keterbatasan yang saya, ada, saya fikir inilah (bertanding naib presiden) jalan terbaik untuk saya buat masa ini. Yang penting adalah kesetiaan dan perjuangan parti dan terus mempromosi politik harapan dan pembebasan demi memastikan Malaysia dijauhkan daripada politik kebencian dan perkauman".

Perjuangan reformasi

Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub yang berulang kali berkata tidak akan menarik diri mengotakan janjinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti.

"Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.

Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.

Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.

"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.

Ganyang BN

"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.

Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.

Beliau juga seperti Nurul Izzah, akan merebut jawatan naib presiden.

Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang tadi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.

Suasana sejak pagi dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.

“Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan,” kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.
AMK: Shamsul nafi 'u-turn'

Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin juga akan mempertahankan jawatannya.

Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.
"Ada banyak media kata saya u-turn, tapi saya bukan u-turn, ini tafsiran media.

"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.

Menurutnya, semua calon bertanding atas semangat setia kawan dan keputusannya itu dibuat demi kepentingan parti dan bukannya peribadi.

Ditanya sama ada tindakannya itu dilihat tidak adil kepada Chegubard, Shamsul berkata: “kita semua mempunyai peluang yang sama.”

Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi jawatan penting itu, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim dilaporkan menarik diri.

Setakat ini, mereka belum membaut penjelasan tetapi dipercayai kerana 'arahan' daripada pemimpin atasan PKR.

Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub

Naib presiden (17 calon untuk 4 jawatan)
Abdullah Sani Abdul Hamid
Ansari Abdullah
Baru Bian
Dominique Ng
Fuziah Salleh
N Gobalakrishnan
Jimmy Donald
Jonson Chong
S Manikasavagam
Mansor Othman
Mohd Yahya Sahri
Nurul Izzah Anwar
R Sivarasa
Suresh Kumar Ramachandran
Tian Chua
Dr Xavier Jayakumar
Yusmadi Yusoff

Ketua AMK

Shamsul Iskandar Md Akin
Badrul Hisham Shaharin

Ketua Wanita

Animah Ferrar
Suraya Sudin
Zuraida Kamaruddin

Majlis tertinggi (111 calon untuk 20 jawatan)

Abang Zulkifli Abang Engkeh
Abbas Awang
Abdul Rahman Yusof
Abdul Halim Hussain
Abdul Latif A Tambi
Abdul Malik Abdul Kassim
Abdul Manan Othman
Abdul Razak Mohamed Jalil
Abdul Wahab Ibrahim
Ahmad Jufliz Faiza
Alinah Dompong
Aminuddin Harun
Amran Abd Ghani
Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandia
Animah Ferrar
Azan Ismail
Azizan Jamaludin
Azman Abidin
Badrul Zaman PS Md Zakariah
Baharuddin Arif Siri
Beti @ Mohd Said Gapor
Chai Tong Chai
Cheah Kah Peng
Christina Liew
Christopher Kyu
Dominique Ng
Dr Mahendran V Markandoo
Dr Noraini @ Ahmad Faidhi Saidi
Dr R Krishnamoorthy
Dr Tan Kee Kwong
Elizabeth Wong
Fariz Musa
Francis Sebastian
George Chen Nyuk Fa
Felicia Ling
Gurmit Singh Hullon
Haniza Talha
Harbajan Kaur
Hasnah Hashim
Hassan Karim
Hee Loy Sian
Ismail Yusop Ahli
Jalumin Bayagoh
Johari Abdul
John Antau Anak Linggang
Josephy Wilfred
Juliana Jusit
Kalakau Untol
Kamal Badri Tak M Zainudin
Khalid Jaafar
Khew Kim Poo
Ko Chu Liang
Krishnasamy Punusamy
Kotappan Suppiah
Latheefa Koya
Low Chee Chong
MS Arjunan
M Mathialagan
Manikumar Subramaniam
Mat Shuhaimi SMd Yusof Saad
Md Shah Amin
Mohd Nazar Mohd Yakain
Mohd Annuar Mohd Salleh
Mohd Izwan Hafiz Othman
Mohd Roslan Puteh Ahli
Mohd Yatim Ismail
Muhamad Kamel Yassin
Murali Subramaniam
Mustapha Kamal Mohd Yusoff
Muzaffar Shah Khairuddin
Nik Mahmood Nik Hassan
Nicholas Bawin
Nordin Ismail
Ong Khan Lee
Onn Abu Bakar
Pajudin Nordin
Ponnusamy Nagamuthu
Pui Aen Du
Punusamy Govindasamy
Radzali Mokhtar
Ravi Munusamy
Rohani Bakar
Roland Chia
Rozaini Mohd Rosli
S Kesavan
Salma Ismail
Selvarajan Rathinam
Shanmugam Rengasamy
Sharifuddin Budin
Sivam Veeramuthu
Siti Aishah Shaik Ismail
Suhaimi Mohd Nor
Sulaiman @ Suhaimi Said
Suraya Sudin
Syed Hamid Ali
Syed Shahir Syed Mohamud
Tai Sing Ng
Thuraiyah Abd Aziz
Tuan Zamri Ariff
Vasantha Kumar Krishnan
Wan Salleh Wan Isa
Wan Zainal Abidin Wan Senusi
Yaakob Sapari
Yusmadi Yusoff
Zabadi Abbas
Zahari Mamat
Zainon Jaafar
Zakaria Abd Hamid
Zakaria Abdul Rahim
Zamri Yusuf

Ulasan GB

Berpada-pada berkempen.

Di hari penentuan pencalonan hari ini sahaja sudah dilihat ada calon beriya-iya hendak menjadi pemimpin. Ada yang relax dan cool.

Nasihat GB pilih yang kedua itu. Tinggalkan yang beriya-iya nakkan jawatan tersebut. Ini berpandukan kepada hadith-hadith sahih berikut:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Tiada ulasan: