Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Yong membuat pengumuman itu di Kota Kinabalu pagi ini.
Beliau berkata, partinya tetap dengan keputusannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Ia ditarik balik pada 2006.
Pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua parti pembangkang - SAPP dan PKR - serta PBS yang mewakili BN.
PKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.
Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi.
PKR mungkin memilih seorang calon Muslim untuk bertanding di situ bagi menarik sokongan pengundi yang kebiasannya menyokong calon BN.
Penamaan calon akan diadakan Selasa ini. -mk

3 ulasan:
PKR yang degil dan banggang. Dulu dapat kerusi tapi tak jadi bertanding. Sekarang hantar wakil saja untuk berunding dengan Parti Maju Sabah (SAPP).
Mana pergi presiden PKR ?
SAPP patut tarik diri, biar pakatan menentukan calon
nuar berahim ni bangang tak leh control parti... apa kejadah nak masuk lagi... ni la yang sebabkan orang sebelah borneo tak berapa nak suka parti semenanjung nih... derang nak kontrol sabah sarawak... tapi tak nak bantu rakyat.
dah sah-sah sapp tu parti sana, bagi je le dekat derang tuh... ni nak masuk jugak...
dasar gila kuasa ke hapa???
Catat Ulasan