9 Sep 2015

PAS Dah Cukup Kuat... Tak Perlu Sertai Pakatan 2.0

Tidak mustahil PAS bergerak sendiri, kata presiden

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan parti Islam itu akan bergerak sendiri berdasarkan senario dalaman parti itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan PAS akan bersendirian lagi selepas ini susulan kedudukan parti itu dalam gabungan parti pembangkang baharu yang bakal terbentuk masih tidak pasti.

"Dalam politik tiada yang mustahil," beliau dipetik berkata pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Kuala Terengganu semalam.

Menurut Hadi, parti itu pernah bergerak sendiri sebelum ini tanpa bergantung dengan mana-mana parti komponen.

Katanya, pengalaman tersebut secara tidak langsung mematangkan PAS.

"PAS pernah berdikari. PAS juga pernah bersama dengan parti komunis sebelum merdeka. Kita pernah dengan sosialis. PAS pernah bersama kerajaan campuran pada 1970 dengan Umno-Perikatan dan menyertai koalisi pemerintah Barisan Nasional (BN) pada 1974.

"PAS juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua ahli Parlimen PAS dalam kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah," katanya.

Sementara itu, mengulas pendirian PAS berhubung kemasukan ahli parti tersebut menyertai Parti Pekerja Malaysia yang akan diambil alih dan ditukar menjadi Parti Amanah Negara (Amanah), beliau berkata, perkara sama pernah berlaku sebelum ini dan ia bukanlah fenomena baharu dalam parti Islam itu.

"PAS masih teruskan dengan apa yang kita perjuangkan pada hari ini dan kita ada kekuatan kita sendiri.

"Mengenai DAP dan PKR yang terima Parti Pekerja, PAS akan lihat dulu bagaimana penerimaan mereka," katanya sambil menambah pihaknya akan menunggu laporan penuh daripada badan perhubungan PAS negeri mengenai kemasukan ahli PAS ke dalam Parti Pekerja.

Hadi bagaimanapun dilaporkan berkata, sehingga kini pihaknya masih kurang jelas mengenai dakwaan yang Amanah akan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Sehingga hari ini tidak jelas sama ada mereka terima parti baharu atau tidak. PAS tak terima parti baharu dan PAS mempunyai sikap yang tegas. Kita jelas, kita ada syarat kerjasama dengan pihak lain," katanya.

Sementara itu, Hadi turut menjelaskan, sumber penyatuan orang Melayu ialah agama Islam dan bukannya semangat kebangsaan.

"Apabila berpecah, semua lemah. Cina dan India pun lemah. Yang pentingnya, bagi menyatukan Melayu adalah Islam, bukan semangat kemerdekaan. Orang Melayu juga perlu ambil kira kaum lain. Jangan abaikan kaum lain kerana kaum lain juga adalah mangsa penjajahan.

"Kita perlu sedar Perang Dunia Pertama dan Kedua, barangkali lebih 60% hamba jajahan menjadi mangsa perang dunia. Penjajah selamat. Yang matinya kita. Tak kira kaum apa.

"Oleh sebab itu, memang tidak dinafikan, majoriti rakyat adalah Melayu Islam. Pada masa yang sama, kaum lain sahabat kita, perlu kita hargai. Itu pendekatan yang perlu diambil," beliau dipetik berkata Sinar Harian. -TMI

Hadi: Pas cukup kuat, tak perlu parti lain

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN) atau kini dikenali dengan Parti Pekerja Malaysia (PPM).

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar Pas supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

"Sehingga ini Pas dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas setelah menyertai PPM, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan ahli Pas akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden Pas itu berkata, beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

"Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan, kita menghormati Hari Kebangsaan," katanya.
- Bernama


ULASAN GB

Walaupun PKR dan parti Amanah telah membuat kenyataan bahawa Pakatan 2.0 akan mempelawa PAS untuk bersama, namun dari kenyataan Presiden PAS di atas, ternyata PAS lebih suka untuk bersendirian.

Kita pun gembira jika PAS benar-benar ingin bersendirian dan gembira apabila Presiden PAS menyatakan PAS kini sudah cukup kuat untuk bergerak sendiri tanpa perlu sokongan parti-parti lain.

Dan parti-parti di dalam Pakatan 2.0 tidak perlu lagi memikirkan soal penyertaan PAS. Kerana kabilah Pakatan 2.0 perlu berjalan terus untuk menumbangkan BN, dengan atau tanpa PAS.

Kita berharap semua pihak "menghormati" keputusan presiden PAS itu dan kita berharap juga Presiden PAS tidak membuat "uturn" lagi terhadap kenyataannya itu.







IKLAN BERBAYAR




45 ulasan:

Sam Zai berkata...

Cakap janganlah selalu sombong jika pon kuat.kalau kuat pon kita kena bersyukur dan kekuatan kita patut digunakan sebaiknya jgn jadi kita lupa daratan.kekuatan kita setakat ini belum mrcapai hasrat dan impian yg dicita2kan.

Abdul Said berkata...

'Tidak mustahil PAS bergerak sendiri.' Kata Presiden. Betul. Bukan mustahil bahkan wajib!!. Perangai huduh memang elok jangan berkawan. Selamba je khianat dan hina rakan seperjuangan. Eloklah jadi parti kera sumbang. UMNo yang dikatakan kuat pun bergantung kat cheongsam MCA dan sari MIC, ini pulak PAS. Makin sehari semakin teruk statement, eloklah bawa berubat dan rehat!!!

Da Man berkata...

Ko orang ingat bleh dapat majority tanpa pas. Jangan mimpi lah, cium tangan dulu lah.. apa ingat kita orang koman sangat ke?, sapa yang perlukan sape?

Malaysiabaru berkata...

KERA SUMBANG

Ini adalah amalan tarekat dunia seperti

Syiah taliban isis qadiani

Hidup bersindirian sembunyi sembunyi mcm ada benda nak sorok

Bahaya PAS nih!

Tanpa Nama berkata...

pulau pinang akan tumbang kepada pas bila lihat keyakinan tghh

Timnajib Jomfikir berkata...

Kesian dengan ahli2 PAS bawahan. Bila datang masalah, kesusahan orang bawahan yang kena tanggung sendiri bebanan. Pemimpin atasan hanya pandai cakap sahaja..

Ahli bawahanlah ke hulu ke hilir penat lelah..bazir wang dan masa..alih, pemimpin atasan kata tak menang pun tak apa..janji Allah redha.

Yang telah menang pula, ambil gaji dan elaun tapi, Amanah yang sepatutnya mereka kena kerjakan hanya buat sekadar melepaskan batuk di tepi tangga masalah rakyat yang mengundi mereka. Allah redha ke macam tu?

Kesian ahli dan penyokong PAS..

Tanpa Nama berkata...

Kuat atau tidak bukan diukur atas tenaga kudrat tetapi diukur atas sokongan rakyat..kekuatan sesebuah parti bergantung kpd undi dan sokongan rakyat...umno jafi lrmah sbb rakyat dah tak sokong mcm dulu lagi..begitu juga pas,ramai lagi kah yg masih sokong dia..kalau yg dtg dgr ceramah pun dah jauh berkurang,nak mengaku kuat abenda? Kuat temberang adalah, hadi ooii.

Tanpa Nama berkata...

Pas perlu masa bertenang..biarkannya sendirian utk muhasabah.

sb dehlawi berkata...

pas dah kuat kononnya.maka xperlu la msuk pr 2.0.. klau masuk nnti buat onar pulak...tinggalkn pas sendirian

Unknown berkata...

Kuat Pusing UTURN ataw Kuat PutarBelit kot..

Tanpa Nama berkata...

Yes yes yesssss.mcmni lah bagus...hadi dah kata xnk join pr 2.0....So Azmin jgnla beria2 nk pas masuk pr 2.0...kalau nk jg,Azmin sila la masuk pas...Sbb kalau pas masuk dlm pr2.0 akan menggangu proses menuju putrajaya dgn sikap riak sombong ujub si hadi dan harun jin.biarkan mrk dgn kesombongan mrk.kita teruskan pjuangan

Tanpa Nama berkata...

Elok sgtlah pas tak join gabungan baru... kalau masuk pasti akan buat hal lagi... umno lempar jea isu hudud habis bercempera dan kucar lanar belaka jadinya...kalaulah pas nak masuk, buat satu ketetapan muktamad mengenai isu hudud dulu...sebab isu hududlah senjata utama umno bn utk memecah belahkan gabungan pakatan...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kekuatan Pas hanya pada persepsi Hadi Awang sahaja. Ramai penganalisis politik menyatakan Pas sekarang ini semakin lemah kerana memutuskan tahalus siyasi dengan Dap, dan kehadiran parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN). Isu baiah dan taklik talak tiga juga menjadi ramai orang menjadi pobia dengan Pas. Dalam situasi Pas mengahadapi krisis kepimpinan dan keyakinan, sekonyong-konyong Hadi Awang mendakwa partinya semakin kuat. Setiap hari ada sahaja pimpinan cawangan, kawasan dan negeri yang mengisytiharkan keluar parti, tetapi dengan sombongnya beliau menyatakan bahawa itu semua adalah proses penapisan ahli. Ahli yang keluar parti adalah di kalangan pemimpin. Sudah tentu mereka adalah ahli yang berkualiti. Jika "proses penapisan ahli" ini berterusan, maka yang tinggal dalam Pas adalah ahli-ahli yang kurang berkualiti. Ahli-ahli yang sebeginilah yang menjadi yang secara sedar dan suka rela "walaqun" kepada presiden.

Bayangan akan bersendirian dan tidak akan bersama Pakatan Rakyat 2.0 menghadapi PRU 14 menyerlahkan bahawa Pas sudah mempunyai kekuatan yang jitu. Pas boleh bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi dewan undangan negeri. Jika bersama Pakataan Rakyat 2.0 sudah pasti Pas tidak boleh bertanding semua kerusi tersebut kerana terpaksa memberi laluan kepada parti komponen yang lain bertanding. Dengan bersendirian Pas berpeluang memerintah Putrajaya dan semua negeri di Malaysia secara bersendirian, dan tidak perlu berkongsi kuasa dengan parti-parti lain. Begitulah hebatnya kekuatan Pas berdasarkan persepsi presiden mereka. Begitulah hebat angan-angan Pas. Angan-angan yang boleh mengalahkan angan-angan Mat Jenin.

Sejarah telah membuktikan bahawa Pas akan mengalami kekalahan teruk jika bersendirian. Pas hanya mempunyai sedikit kekuatan dan mencapai sedikit kemenangan bila bersama Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Umah dan Pakatan Rakyat. Pas tidak pernah belajar dari sejarah. Pas hanya belajar dari persepsi, sentimen, emosi dan keegoan. Apa pun, jika bersendirian, Pas hanya menang sorak tetapi kawasan parlimen dan dun tergadai. Renung-renungkan.

Tanpa Nama berkata...

La ni Pas adalah milik Adi dan Arun.Ore bawahan adalah WAK YIT WAK YIT yang tak laku gadai.Wajib wala.kalu tak wala kena supah maki.Kalu tak wala {murtad} lebih kure begitulah.JADI AMBO NAK OYAT PKR TAK SOH LAH WAT KIRO DENGE ORE MACE ADI NI.DIA BERASA DIA HEBAT.BAGI DIA NUAR KO WAN ZIZAH KO DOK UJUNG KUKU DIA JAH.LAGIPUN ORE BERAHI BELAWOK BELIT MACE DIA NI TAK LEH WAT SAING MAKE GU.KALU NAK TUBUH PAKATE 2,0 CUKUP LAH AMANAH DAP PKR.IKAT BIAR KEMAH KEMING BUKAS TU SENE NAK PIKUL KE PRU 14 UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA.TAPI DALE BUKAS KALU ADA PAS TAKUT BURRUK PULA TEROMBAK BUKAS.SAJA BELAKO.MAAHLAH AMBO KECEK KELATE.AMBO SEK KELATE DOK TUNGGU MASO NAK PEREBAH NIAMAR DAN MAYAKOB.

Tanpa Nama berkata...

DA MAN 12;40PM.ORE MACE MU ADI AWE SUKA JENIS WALA DAN NGOOR.

omar daud berkata...

Salam:

Bagi saya dengar bolehlah apa yg hadi cakap,percaya mungkin tidak.Sebabnya jika ia YAKIN ,dasar yg dibawa oleh PAS betul,kenapa nak tunggu-tunggu lagi
jebon,parasit,yahudi,agen DAP dah tak ada lagi dlm PAS dah suci bersih pun kenapa tanguh-tanguh???satu sebab kenapa ia tangguh!!sebab sistem pas sendiri "BERCELARU"dia tak tahu apa yg dia kata,dan apa yg dia buat.contoh terlalu banyak,Dulu kata umno nak tolongkan bentang hudud sekarang kena kencin dgn umno bila umno kata tak ada apa pun tentang hudud,kata dlm muktamar DAP diputuskan...tapi tangguh berbulan lamanya,kata boleh join bersih lepastu tak boleh,lepastu lagi hantar wakil jeer,ada persepakatan dgn pkr,hari ini kata boleh bersendirian pula,So bagaimana nak AMAL KAN dasar islam ini perkara-perkara BASIC pun tak boleh lakukan,Apa yg dapat saya simpulkan PAS mengamalkan "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" hanya (yg untung kat aku sahaja): betul,(yg rugi kat aku): tak betul.HAK (hang/mu/demo) HAK Aku.HAK aku HAK aku.islam lah yg jadi mangsanya.
wassalam.

mohd shahran berkata...

"PAS juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua ahli Parlimen PAS dalam kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah," katanya

hujah seorang ulamak dunia .... Dap baru satu penggal saja menjajah

Tanpa Nama berkata...



Dalam politik tiada yang mustahil. Patutlah apa yang di larang oleh Islam dia main bedal. Dalam Malaysia je politik tiada yang mustahil sebab sesiapa jadi pemimpin yang berkuasa akan buat perkara yang tidak masuk akal termasuk yang membela dan berkawan secara sulit dengan pemimpin yang berkuasa tersebut.

Sekiranya PAScai bergerak secara bersendirian, parti tersebut mustahil dapat menawan Putrajaya. Jika PR 2 susah nak dapat majoriti tanpa PAScai maka jangan mimpi lah PAScai boleh lebih kuat dari PR 2 dan BN.

Dan mustahil untuk sama kan PAS semasa TGNA dengan PAScai yang di pimpin Hj Hadi. TGNA dari bawah perlahan-lahan membawa PAS ke satu tahap yang di sukai ramai dimana ahli dan penyokong nya bertambah dan apabila bersama PR, PAS adalah pilihan untuk menganti UMNO.

Sebaliknya PAScai yang di kemudi oleh Hj Hadi tidak menentu arahnya kerana jika di teliti kenyataan Hj Hadi dengan orang kanan nya banyak yang bercanggah. PAScai Hj Hadi ahli dan penyokongnya sudah ramai yang meninggalkan parti.

Bukan PAS sahaja yang bersendirian. Parti lain pun bergerak sendirian. Bergerak sendiri tidak ada masalah tapi apa matlamat PAScai sebagai sebuah parti Islam?

Kita kena bermain dengan firasat mengapa Anwar mahu PAS bersama pakatan dan mengapa Hj Hadi beriya-iya mahu PAS bergerak bersendirian ??

tanya sama itu hud hud berkata...

Hari ni hadi awang keluar kenyataan dan bg amaran kpd ahli parlimen pas jgn sokong undi tak percaya pada najib pulak.
Padahal baru ni hadi ada keluar kenyataan proses undi tak percaya adalah cabang demokrasi.
Bercakap berbelit2..
Aku harap jika pakatan 2.0 nak jemput hadi awang dan pas join,sila bg syarat kat dia,
Syaratnya suruh hadi awang sumpah ceraikan kesemua bini2 dia kalau dia khianat..

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ka cakap haji hadi ni.
Nanti dia buat pusingan lagi.
Sebab kepala dia dah pusing.
Dia pusing ayat ayat quran pengikut bodoh dia pakat takbir habis.
Ayat quran pun dia berani pusing.
Sebab kepala dia dah pusing.
Purapuranya
Gumbira gumbira
Ruparupanya
Kuciwa kuciwa
Lalu
Kamu ini bagaimana.

Tanpa Nama berkata...



Menurut Hadi penyatuan melayu ialah agama Islam dan apabila berpecah semuanya lemah. Cina dan India pun lemah.

Tapi bila PAS berpecah jadi PAScai, Hadi kata PAScai ada kekuatan pulak.

Bekas ahli PAS yang telah banyak berjasa sedikit pun tidak dapat perhatian dari Hadi tapi kini tiba-tiba Hadi sudah boleh menganggap kaum lain sebagai sahabat yang satu ketika dulu Hadi tuduh sebagai anti Islam. Hadi kena ingat dalam soal ini semua kaum di wakili oleh parti masing-masing.

PAScai akan kembali menjadi PAS dan akan bergabung dengan pakatan apabila orang macam Hadi ini ... kiok !

Wan Rosli berkata...

Mohd shahran.. sbb tu kau x layak masuk PAS sbb kurang cerdik.. menjajah di sini maksudnya satu penggal menang satu penggal lagi menjajah.. manakala di ktan satu penggal menang 4 penggal menjajah..

Wan Rosli berkata...

GHB kuar PAS sbb tunduk pd LGE bkn pd TGHH.. jd yg ni x kira berpecah.. paham..

lelaki dicermin berkata...

Aku rasa nak email je yusuf qardawi...suruh buang je hadi awang dr naib ulamak dunia.. aku tgk ucapan2 setiap hari melalut2... takkan naib ulamak dunia mcm ini...aku malu sebagai rakyat malaysia mempunyai ulamak begini rupa dtg dr malaysia.. aku rasa betul lah ckp belakang tabir... tuan presiden jadi naib ulamak dunia atas perkenan anuar ibrahim pada yusuff qardawi... kalau mcm ini memang malulah anuar ibrahim..

Tanpa Nama berkata...

banggang sotong ni , apa cerita dgn Hudud yg heboh besar besaran oleh Hadi sotong . bagi saya parti PAS memang rakyat respect tetapi oleh kerana seekor ketua ini selalu kong kali kong akhir sekali semua ahli kena cucuk hidong . Kalau dah yakin sangat boleh bertanding SOLO go ahead jangan dok koner depan belakang .

air gunung berkata...

So what?kalo dah kuat sgt kluar laa.
X pyh dok nyendeng2 kat PKR.ni dok main belit2 mcm tok sawa bila wat statement.

Tanpa Nama berkata...

Pas dh xda value. Biar je dia melalut sorg2...elok ghb jgn layan mrk dh....org bodo kalau dlayan nt kita jd bodo

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah si macai wan rosli ni buat kelakar. haji hadi perintah terengganu sepenggal... ooops menjajah...
kahkahkah..

dalam pas lah yg ramai tak cerdik aka bangan mmcm wan rosli... kahkah

Tanpa Nama berkata...

tunduk kpd lge? Sekurang-kurangnya lge tak khianat. tak macam ko punya presiden tu. khianat dengan pakatan rakyat. mesyuarat x datang, ponteng parlimen, makan gaji dan elaun haram...

Tanpa Nama berkata...

HELLO. Islam bukan menyatukan org melayu shj mr hadi, but menyatukan semua org. Lu Mr. Hadi Islam lu ingat islam utk org melayu shjkah.

MELAYU IS NOTHING TAPI KERANA ORG MELAYU KEBANYAKAN BERAGAMA ISLAM BARULAH HAVE SOMETHING. LU MR. HADI SAMPAI SKG MASIH LAGI DENYING HAK SAUDARA BARU KITA YG BUKAN MELAYU TAPI BERAGAMA ISLAM. TAT WHY I SAID RACE HAVE NOTHING BUT ISLAM ALWAYS HAVE SOMETHING. I DON CARE WHAT RACE OUR NEXT GENERATION LDR AS LONG AS AGAMA ISLAM IS OK KERANA IA AKN MENYATUKAN SEMUA ORG NOT ONLY MELAYU SHJ. I NASIHAT TO EVERY ONE IF U C SAUDARA BARU PERLUKAN BANTUAN PLEASELAH BANTULAH MEREKA KRN MEREKA ADALAH SAUDARA KITA SAMA AGAMA IAITU AGAMA ISLAM. IF U C SAUDARA BARU KITA BERNIAGA, MAKA SOKONGAN PERNIAGAAN SEPERIMANA WE SOKONG PERNIAGAAN ORG MELAYU SEMEMANGNYA BERAGAMA ISLAM. LETS START BREAK THE MINDSET ISLAM IS FOR MALAY ONLY. SET OUR MINDSET FRM NOW ON ISLAM FOR EVERYONE DAN TUNJUKKAN SERTA BANTU SAUDARA BARU DENGAN SIFAT AMALAN YG BAIK. BARULAH KITA DPT MENINGKATKAN KEYAKINAN ORG BUKAN ISLAM UTK MSK AGAMA ISLAM. INSYAALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Pas = umno = penerima derma billion

Memang kuat

Tanpa Nama berkata...

HJ HADI SEDANG DAN TELAH MERUNTUHKAN PAS. Inilah kenyataan yg perlu disedari oleh semua pendokong PAS. Bagaimana sikap Hj Hadi blh berubah 360° sejak kematian Nik Aziz. Sikap berpura-pura Hj Hadi terserlah bila Nik Aziz tiada lagi. Hj Hadi sedang menerapkan agenda peribadi dalam tarbiah perjuangan PAS. Percayalah atas nasihat Harun Din, Ustaz Nasha akan dibawa kembali dalam Saf kepimpinan PAS dan UG bersama UMNO akan menjadi kenyataan menjelang 2018. Itulah hala tuju Hj Hadi. Kenyataan yg tidak selari dr Hj Hadi, Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS sengaja dilakukan bg mengelirukan PKR. Tetapi politik kampung seperti ini mudah dibaca. Politik ugut Hj Hadi sudah ketinggalan zaman. Realitinya Hj Hadi adalah manusia yg sudah kehilangan daya utk memimpin dan tidak kertelaluan menyatakan Hj Hadi diantara pemimpin yg paling dibenci oleh rakyat Malaysia. Lantas ramai yg memandangkan sepi apabila gambar beliau dipijak malah ada yg menyatakan "padan muka". Penyokong PAS Perlu memilih antara masa depan PAS atau pemimpin yg akan menggelongsorkan PAS ke tahap yg mereka tidak pernah bayangkan.

Tanpa Nama berkata...

kuat ke pas masa sendirian dulu? satu hapa pun takde... hahaha...

tergelak tengok gelagat ahli pas duk tulis dengan sOmbong lam fb pasal pkr tetap gak nak ajak pas join pr dua. hahaha... patut la masih nak bersama situa ni, malas nak pikir.

mai nak bagitau, orang ajak bukan pasal ko kuat, bukan pasal ko hebat. tak payah la nak canang konon ramai petugas pru, pasang poster la... orang ajak pasal taknal bagi wujud TIGA PENJURU la bahalol!! klau dah jadi tiga penjuru, baik bagi amnu menang peri je laaa... dasar malas baca.
lain la kalau pas dah join bn. itu okey la. senang nak pelingkup.

Tanpa Nama berkata...

jika hadi sertai himpunan merah mmg wajib disingkirkan drpd jawatan naib apakanama krn perjuangkan asobiyah, bukan islam

Tanpa Nama berkata...



Berpecah tak semesti nya keluar parti baru di katakan telah berpecah. UMNO sekarang berpecah dua, satu si Najib dan satu si Muhyiddin.

PAS telah mula berpecah sebelum Kumpulan 18 keluar parti dan PAS telah bertukar jadi PAScai.

Bermula Presiden tidak mengikut keputusan AJK yang bersetuju Khalid di pecat dan di ganti kan dengan Wan Azizah.

Satu tidak semestinya membawa erti penyatuan.

Tanpa Nama berkata...

Wang rosling menang bodoh sombong macam tuang presideng pas is pus. Sekarang ni yg bodoh saja sokong Pas macam Wang rosling kaw kaw kaw.

Tanpa Nama berkata...

bkn koman tp memang tak relevan dahhh.

org pas tk mengundi dh sebb hanya nj redha allah....so pembangkang pun tk dpt untung pilihanraya dpd org pas

Tanpa Nama berkata...

Betul PAS memang kuat. Kenapa tak percaya ?

Kuat U-turn. Kuat memonteng. Kuat cai. Kuat mengencing. Kuat kelentong.

Sebenarnya Hj Hadi suka bersendirian supaya ahli-ahli PAScai tidak nampak kelemahan Hj Hadi.

Sebaliknya jika Hj Hadi berada di kalangan pemimpin dalam pakatan, Hj Hadi ketara nampak kurang berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Tu jealah modal macai mcm wan rosli tu... bila geng dia yg buat onar dan bangang...cepat2 dia cari dap utk jadikan kambing hitam...sikit2 dap...geng sendiri punya bangang x nampak...

Tanpa Nama berkata...

Dapat share share duit derma billion mesti kuat. Mesti kena kuat buat kerja cai kalau tidak siapa bagi derma billion?

Ni parti beragama?

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan parti islam lagi. Tapi parti perkauman. Asobiyah. Macam haji hadi kata dulu.

jenazah sepi berkata...

Kambing yang sendirian akan semudahnya diratah serigala kuasa

Tanpa Nama berkata...

wan rosli dok jaja kebodohan kt byk blog...malu la sikit.

blhkah sebuah perjuangan islam berasaskn sombong bongkak ego hj hadi?

sifat siapakah itu?

Tanpa Nama berkata...

PAscai boleh bergerak sendirian kerana ada 'tongkat' jenama billion yang telah di derma oleh se orang penyangak Malaysia !

Simpati kepada Wakli Rakyat PAScai yang terpaksa ikut kemana sahaja arah kapal yang kadang-kala belayar ke arah yang berpatah-balik.

Mana pergi nya kepatuhan mereka kepada Allah swt semasa mula-mula bersama PAS??

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli ni taatnya pada peminpin dia seolah ikut aje apa yang dikatankan peminpinya tanpa mnggunakan akal yang Allah beri pada dia.Contoh Wan Rosli ni begini,: kalau ada najis kuning pada jubahnya (terkincit) jenis Wan Rosli ni menafikan itu najis dan di katakan itu pewangi padahal dia sendiri itu najis.jenis manusia ni memang susuah berubah ,oatak di kepal lutut dan akal menggunakan nafsu.