16 Sep 2010

Khalid Abu Bakar Sepatutnya Sudah Lama Dipecat

Shamsul Sedia Beri Keterangan Jika Dipanggil Berbuat Demikian

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.

Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsul untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.

"Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.

"Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis," tegas beliau.

Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau 'bercakap ikut sedap mulut' dan ia merupakan kenyataan paling 'merepek' yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.

"Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya," tegas beliau.

Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu 'menjaga tepi kain' ahli politik.

"Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?," tanya beliau.

Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.

Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.

"Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.

"Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul lagi. -TVS

Ulasan GB

Ketua Polis Selangor yang bernama Khalid Abu Bakara ini memang seorang lansung tidak ada integriti menjadi ketua polis negeri. Di dalam tindakan-tindakannya yang lalu beliau dikenali sebagai sangat berat sebelah, pilih kasih, diskriminasi dan lebih dilihat sebagai bonse UMNO daripada sebagai seorang anggota polis.

Setiap demo aman Pakatan rakyat, manusia bernama Khalid inilah yang akan menyibuk mengeluarkan arahan tangkapan dan seumpamanya tetapi di dalam demo-demo haram UMNO, Khalid akan bersembunyi.

Senang-senang dia cakap nak ambil dan merakam keterangan orang untuk menakut-nakutkan rakyat.

Dia tidak sedar bahawa beliau juga boleh dipanggil rakyat dan diambil serta dirakam keterangannya di hadapan rakyat. Beliau sepatutnya telah lama dipanggil oleh SELCAT kerana melakukan kerja secara tidak professional.

Jenayah begitu berleluasa di Selangor malah kes Sosilawati ini adalah kerana wujudnya pembunuh-pembunuh bedebah itu yang telah sekian lama memain peranan di negeri Selangor. Siapa Ketua Polis Selangor kalau bukan Khalid Abu Bakar? Beliau sepatutnya sudah lama disiasat dan dipecat daripada menjadi anggota polis.

4 ulasan:

Awanama berkata...

naik pangkat pun mungkin kerana kuat bodek umnoapco kalau tak sampai ketualalu.

blogenstarz berkata...

Namun mengapa KARPAL SINGH langsung tidak bersuara didalam kes ini.Adakah ia tidak melibatkan SPRM......
Ataukah beliau sedang mengkaji akan membela kesemua suspek tersebut........

admin berkata...

blogenstarz

komen anda bersifat spekulatif yang berniat jahat terutama ayat "Ataukah beliau sedang mengkaji akan membela kesemua suspek tersebut.....".

saya tak sepatutnya meluluskan, tetapi sepertimana biasa. awak akan bersikap tidak rasional bila komen awak tidak diluluskan dengan menuduh admin bermacam-macam tuduhan.

mahaza berkata...

kalaupun Karpal membela yang dituduh kenapa? apa salahnya? peguam pembela tugasnya membela walaupun penjenayah tegar bagi memastikan dia mendapat keadilan, pendakwa membentangkan fakta pendakwa bagi memastikan penjenayah mendapat hukuman setimpal. Jika penjenayah ini memilih Shafie Abdullah, salah seorang lagi peguam tersohor bagaimana pula? walau bagaimana spekulasi yang dibuat, hak penjenayah mendapat pembelaan tetap ada - biar dilepaskan 10 orang penjenayah dari menghukum 1 prang yang tidak bersalah - au qama qal.