9 Sep 2010

Hishamuddin Hussein Takut Jumpa Keluarga Ditembak Polis

Keluarga enam kes ditembak polis gesa KDN ambil tindakan

Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta tindakan diambil ke atas anggota polis yang menyalah guna kuasa.

Kes yang dimaksudkan termasuklah kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu, Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Okt tahun lalu, Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A. Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari lalu.

Memorandum itu dihantar bersama oleh beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan Lawyers For Liberty dan diserahkan kepada wakil kementerian di sini.

Jurucakap Lawyers For Liberty N. Surendran berkata, keluarga mangsa mahu tindakan diambil ke atas semua pegawai polis yang menyalah gunakan kuasa, termasuk pendakwaan atau tindakan disiplin.

“Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pesalah supaya kejadian penyalahgunaan kuasa polis seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan,” katanya. – Bernama


Layanan dingin ke atas keluarga kes ditembak polis

Wakil keluarga yang mendakwa pihak polis bertindak kejam ke atas ahli keluarga mereka sekali lagi diberi layanan dingin dan terpaksa berdepan dengan karenah birokrasi apabila cuba menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Mereka yang ditemani sepuluh peguam dari kumpulan NGO, Lawyers for Liberty berharap dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau sekurang-kurangnya, ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam.

Mereka sebaliknya dihalang daripada memasuki bangunan kementerian itu di Putrajaya dan terpaksa menuggu 40 minit sebelum seorang pegawai datang dan menerima memorandum itu bagi pihak Hishamuddin.

Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan itu termasuk kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat ditembak polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd. Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu; Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu; Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari tahun lalu.


Ulasan GB

Menteri yang tidak bertanggungjawab. Sehinggakan nak berjumpa rakyat yang telah dizalimi pun rasa takut.

Dan pepatah menyatakan: "Berani kerana benar, takut kerana salah."

Tiada ulasan: