Senator Ezam Mohd Nor mengakui beliau pernah membangkitkan isu nota - bukti misteri - yang didakwa ditinggalkan Teoh Beng Hock ketika ditemui mati semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.
Perkara itu dibangkitkan oleh Ezam semasa sidang Dewan Negara yang berakhir baru-baru ini.
“Ya, saya pernah buat kenyataan di (semasa sidang) Dewan Negara minta penjelasan pihak berkuasa tentang nota Teoh,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Dalam jawapan menerusi SMS hari ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, kenyataan beliau tersebut merujuk kepada spekulasi yangg banyak dibuat tentang nota itu dalam blog dan media.
“Dan, (ketika itu) saya percaya pihak berkuasa harus jawab untuk menghapuskan kesangsian,” katanya.
Sehubungan itu Ezam mengalu-alukan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung hal tersebut semalam.
“Kita mesti terus berpegang kepada fakta dan bukti dalam kes Teoh dan jangan membuat andaian yang prejudis terhadap pihak berkuasa,” katanya.
Ketika dihubungi kemudian Ezam menjelaskan, beliau hanya membuat kenyataan berkenaan nota itu, yang kini diakui Jabatan Peguam Negara sebagai bukti baru, yang dipercayai boleh menjadi persimpangan baru dalam inkues kematian Teoh, berdasarkan laporan media dan blog.
“Sebab itu pada sidang media ketika persidangan Dewan Negara, saya telah meminta kerajaan membuat penjelasan,” katanya.
Pendedahan dalam koroner inkues semalam dilihat secara kebetulan dengan pendirian dibuat oleh Ezam dua minggu lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang semalam, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang Teoh, yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu.
Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.
Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -TMI
Ulasan GB
Dusta di atas dusta. Itu yang rakyat kesani.
Bangkitan Ezam dua minggu lalu berkenaan "nota terakhir" Teoh hanyalah petikan dari skrip sandiwara yang disediakan oleh Peguam Negara, supaya kemudiannya mudah untuk peguam Negara bernama Gani Patail itu untuk menyebutkan ada bahan bukti baru untuk dikemukakan kini.
Hanya dua minggu lalu. Bukan tahun lalu. Malah bukan pun 2 bulan lalu.
Sesiapa pun boleh menulis dan kemudiannya menyatakan ia ditemui pada si mangsa.
"Nota terakhir" itu perlukan siasatan terperinci. Perlu dilakukan siasatan forensik untuk dikesani bila ia ditulis, tangan siapa yang menulisnya, pena dan kertas apa dan mana yang digunakan, cap-cap jari siapa ada di atasnya dan keadaan yang bagaimana ianya ditemui.
KERANA tidak semudah itu rakyat boleh mempercayai ia ditulis oleh Teoh, sekalipun kemungkinan bentuk tulisan itu mungkin menyamai hasil tulisan Teoh sendiri. Kerana sesiapa pun pun meniru gaya tulisan seseorang, apabila ianya dilakukan berulang kali. Alangkan tantatangan cek bank dan kad kredit mampu ditiru oleh orang lain. Justeru itu wujud kes-kes pengeluaran tunai yang tidak sah.
Konspirasi sudah masuk ke peringat dan darjat yang tertinggi.

7 ulasan:
cakap dia ni memang bohong walaupun betul
kearajaan dah terdesak. nak tipu rakyat dgn isu ni? kerja budak sekolah!
Kelakar bodoh menjelang Ramadhan. Dia ingat semudah kata-kata orang nak percaya?
Kalau betul nota tu ditulis oleh mangsa, sudah tentu awal2 lagi pihak pendakwa kemukakan sebagai bukti. Langsung tak logik jika baru jumpa, kecuali baru dibuat oleh para konspirator, tambah2 pula Ezam lebih awal tahu dari orang lain. Bukankah Ezam juga terlibat dalam konspirasi liwat 2, dari menguruskan kemasukan Saifool bekerja dengan Anwar lagi.
esok plak akan ada nota altantuya menembak diri sendiri sehingga mati.. kemudian bila altantuya sudah mati.. altantuya sendiri mengebom diri sendiri dgn C4.. hahahaa
Ada nota bunuh diri pulak dah..oleh kerana inkues nampaknya menyebelahi simati..maka Gani Pat Tahil terpaksa mengarang skrip baru yang luar dari kebiasaan..luar dari etika kehakiman..dan mungkin juga skrip ni datangnya dari PM di luar negara..kah kah kah..satu lagi cerita lawak dari Gani Pat Tahil
PRU13 ... kita tukaq depa semua ni, hidup nyusahkan orang...
Yg depa tau, buat skrip buat skrip... Mai kampung aku siap hangpa.. mai nek kreta, balik jalan kaki...
Catat Ulasan