13 Ogo 2010

Lebih Ramai Peneroka Akan Saman FELDA

Lebih ramai peneroka tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengemukakan saman terhadap agensi kerajaan itu kerana tidak puas hati dengan isu pemerahan hasil kelapa sawit.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak), Mazlan Aliman berkata, dalam tempoh terdekat, beberapa gugusan Felda di Pahang akan berbuat demikian dan dijangka selepas hari raya puasa ini.

"Ketika ini kami sedang mengumpul maklumat dan memandangkan Felda di Pahang, besar…… kita pecahkan kepada empat gugusan – Bera, Jengka, Keratong dan Lepar.

"Ia membabitkan ribuan peneroka dan kerana itu kami memecahkan pasukan guaman Anak kepada beberapa kumpulan," katanya.

Isnin lalu, 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Kadar perahan gred kelapa sawit

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB).

Mazlan berkata, selepas Pahang, peneroka di Terengganu pula akan menyaman Felda dalam isu pemerahan hasil.

Katanya, isu ini bukan setakat beberapa negeri tetapi membabitkan semua negeri di seluruh negara.

"Peneroka menyokong tindakan Anak kerana mereka tidak puas hati tindakan Felda yang tidak memberi rekod kepada mereka terhadap jumlah pengeluaran hasil sawit yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu.

"Felda memang memberi wang pendahuluan kutipan hasil kepada peneroka antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan tetapi jumlah sebenar pengeluaran hasil tidak dilaporkan kepada peneroka.

"Cuma yang Felda beri ialah jumlah hutang (peneroka kepada Felda)……ada RM30,000, RM40,000 dan RM50,000," katanya lagi. -FMT

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saman jgn tak saman jangan biarkan penyelewengan berlaku berluasa tak pa tindakan yang membawa kepada pencegahan nak harap sprm yg bias maka rakyatlah yang menjadi magsa.

iswara berkata...

Assalamu'alaikum 4 all.
Saya sebagai generasi ke dua felda menyokong penuh atas tindakan yang diambil utk menyaman felda.Ada benda yang disembunyikan dari pengetahuan peneroka2 hinggakan yang tiada hutang jadi berhutang bila ladang diamanahkan kpd felda utk diusahakan.52k dalam masa 48 bulan tanpa bukti(penyata hutang) mana butir2nya.

Matkeratong berkata...

FELDA zaman Tun Razak memang terbukti menghapuskan kemiskinan rakyat..tetapi zaman Najib Tun Razak melipatgandakan lagi peratus kemiskinan dengan penyelewengan, penipuan dan ugutan..Lepas ni Tabung Haji pula akan menjadi sasaran Najib untuk diselewengkan..kepada semua penyimpan tabung haji jangan kasi can malaun malaun UBN ni merompak duit rakyat sewenang wenangnya...

Tanpa Nama berkata...

Tun razak bela rakyat, najib tun razak tindas rakyat, jauh langit dengan bumi..

Unknown berkata...

lanun era millenium rompak harta rakyat pastu hidup dlm buangan kat st tropez, monte carlo...

eh, hri tu org besau Umno-APCO masa cuti ada dtg monaco... agaknya tu salah satu future planning derang?? hahaha...

Tanpa Nama berkata...

kita doakan semoga peneroka felda yang veteran2 tu mulai sedar yang mereka selama ini ditipu... supaya senang pilihanraya ke 13 nanti pakatan rakyat menang...ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR...
HANYA ALLAH SAHAJA AKAN MENGHANCURKAN PERJUANGAN KAKI2 PENIPU DAN PENDUSTA NI.....

will berkata...

salam....pemimpin zaman dulu len...mmg pk betul untuk rakyat,ikhlas....sekarang punya...auta ramai nampak duit jadi gigil...dah mmg salah pasal gelapkan duit pun dpt jawatan besar....lagi melingkup ler...sape kena ....melayu gak...

will berkata...

mmg dah lumrah g 2 ler...nmpk duit getor....mana de pemimpin yang ikhlas mcm dl.....habih kena sapu 2 felda dek org melayu gak....kita tengok sape yang.....