4 Jul 2010

Najib Akui UMNO BN Boleh Tewas Dalam PRU13

Usah jadi primadona dalam Umno, kata Najib

PEKAN, 4 Julai — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur anggota dan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai “primadona”.

“Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?

“Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan di sini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin Umno perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Najib berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.

Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti Umno kini berada dalam keadaan lemah.

“Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.

“Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk Umno, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat,” katanya.

Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin Umno lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.

“Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu,” katanya. Ditanya berkenaan perjalanan mesyuarat bahagian Umno yang sedang berlangsung ketika ini,

Najib berkata perjalanan mesyuarat berkenaan kini dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan melalui laporan yang dibuat Badan-badan Perhubungan Negeri.

“Setakat ini, saya tidak dapat laporan negatif, semua berjalan baik walaupun satu bahagian di Kelantan timbulkan masalah yang agak rumit yang sedang ditangani Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Jawatankuasa Pengurusan,” katanya. — Bernama

Ulasan GB

Sebelum ini GB telah mengulas mengenai kekalahan negara-negara Amerika Latin di dalam Piala Dunia 2010.

Dan GB menyatakan jika negara-negara favourite berkenaan boleh tewas, apa tah lagi Barisan Nasional.


Sepertimana tajuk, GB meletakkannya jika Amerika Latin, gergasi bolasepak dunia boleh dibenamkan di Piala Dunia 2010, mengapa tidak Barisan Nasional di negara ini?

Firasat GB berdasarkan keputusan Piala Dunia setakat ini: tunggu saat dan ketika, Barisan Nasional pasti akan dibenamkan supaya mereka menyedari tinggi rendahnya langit dan agar keangkuhan mereka selama ini dipenggal hancur sampai ke bumi.


Tiba-tiba ada yang menempelak GB dengan nicknamenya Maradona menulis di dalam komennya, "kau ingat main bola?"

Kini PM sendiri mengakui kenyataan GB di atas:

“Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?

Najib dapat menciumi bukan sahaja Maradona yang tak jadi telanjang itu yang ada di dalam UMNO, tetapi ramai primadona yang merosakkan partinya.

“Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya

Ya, evolusi politik pasti berlaku, seperti TPM, Tan Sri Muhyiddin sendiri mengakui UMNO adalah ibarat sebagai sebuah kapal lama yang bergerak perlahan... GB menyatakan kapal lama itu usang dan pasti tenggelam di makan usia... ia akan digantikan dengan sebuah kapal baru.. Pakatan Rakyat namanya!

Kepada "Maradona" yang menulis komen di blog GB ini, berfikirlah seperti Presiden anda berfikir. Alhamdulillah, GB lebih depan setakat ini...

5 ulasan:

mtgbertam berkata...

bik mama antara faktor defection of voters dlm PRU 13

Tanpa Nama berkata...

Gerak kerja Pakatan Rakyat kena lebih kuat, tersusun dan lebih meluas dari sekarang..

Tanpa Nama berkata...

pilihanraya kecil digunakan UMNO untuk menunjukkan sokongan melayu meningkat, sebenarnya majoriti melayu menolak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

haa GB toksah duk angan2 kosong samakan PRU 13 dengan world cup!!angan sana angau sini,, tapi kerja parti tak jalankan kat bawah tak guna jugak..patutnya PAKATAN dan gear 5 dah buat kerja PRU dari sekarang!!kalu tak ble nak daftar pengundi baru sekaligus..pecahla depa sikit2 daftar ke pejabat pos!!spr tak leh nak halang kat situ..mana depa tau ni penyokong PR!!berapa percent dah kita dapat pengundi compare to UMNO??Dengar kata DAP dgn UMNO leading...apa cerita PAS dgn PKR??

Tanpa Nama berkata...

dia yang nak jadi primadona... tu la pasal cakap kat orang lain jgn jadi primadona.. kalau orang dah tak suka jgn lah buat muka tembok.. tak tahu malu langsong jib bingong ni ya.... tak pasal2 dia dah bodohkan diri sendiri... dia ingat boleh nak bodoh kan orang rupa2nye dia yg bahlol... dah orang tak suka tu jgn lah banyak songeh pulak....