Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas Timbalan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong (gambar).
Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.
Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit.
Dalam wawancara dengan TV Selangor, Datuk Dr Tan menjelaskan latar belakang di sebalik keputusan Felda membina ibu pejabat baru di segi tiga emas Kuala Lumpur. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan adalah contoh terbaik campurtangan Umno dalam urusan Felda.
“Sebelum Najib ambil alih, Felda adalah merupakan satu organisasi yang sangat kuat. Selepas Najib ambil alih tanggungjawap Felda, itu mulanya hancur semua aspek Felda," tegas Dr Tan.
“Pada masa sekarang pun, pentadbiran di dalam Felda itu tiada masalah. Apa masalah besarnya ialah pemimpin kuat Umno campur tangan sebab itu Felda sudah jadi masalah besar lain," tambah beliau.
Bekas Menteri BN ini memberi contoh bagaimana campurtangan politik mempengaruhi projek pembinaan bangunan baru yang mencecah RM220 juta.
“Satu contoh lagi kita difahamkan pada 2006, Felda ada satu cadangan membina satu bangunan sendiri di atas tanah sendiri di kawasan jalan Semarak sebeleh Felda ada banyak rizab tanah di Jalan Felda. Pada masa itu, pelan asal sudah lulus untuk merobohkan satu bangunan lama untuk membina satu bangunan baru 21 tingkat guna wang RM220 juta dan juga pada masa itu sebelum Najib campur tangan sendiri itu kontrak untuk merobohkan bangunan lama sudah dipanggil. Itu makna bila awak dipanggil, pelan merancang sudah dipanggil DBKL," kata Tan.
"Dan juga pada masa itu, Perdana Menteri, Pak Lah sudah bagi satu tarik untuk sambut pada masa itu dan selepas itu, Najib buat satu menyuarat khas di pejabat beliau di Putrajaya. Pada masa itu, dia hanya panggil dua orang, Allahyarham Tan Sri, Pengerusi Naza TTDI dan Datuk Baki. Mesyuarat ini kalau betul-betul rasmi dan telus tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Felda dan kepada Ketua Pengarah Felda," jelas beliau.
"Bila pengerusi Felda pada pagi itu dengar berita, Pengerusi dan Ketua Pengarah Felda dengar berita, beliau dan empat pegawai dari Felda masuk kereta cepat-cepat pergi Putrajaya dengan harapan untuk kekalkan pelan lama dan ada menyelamatkan Felda, tapi itu sudah lewat. Sekarang sudah ada pelan baru dimasukkan ke kawasan KLCC di mana kos tanah termahal di seluruh Malaysia," tambahnya lagi. -TVS

7 ulasan:
wang FELDA, Tabung Haji, KWSP, Bank BUMI, PERWAJA, PETRONAS.. adakah juga di sapu oleh UMNO?
Greenboc....
Sekarang sudah kelihatan bahawa sebahagian peneroka felda generasi kedua sudah tidak menyokong UMNO lagi.
Ada kemungkinan UMNO akan kalah dalam pilihanraya yang ke13 nanti.
Felda adalah ciptaan parti UMNO. Kalau felda kaya maka pemimpin dan kroni UMNO berhak mendapatkan keuntungannya.
Apakah Mohd. Najib akan membiarkan kekayaan felda dikuasai oleh parti Pakatan Rakyat...?
Atau dia berserta dengan kuncu-kuncunya akan mengikis sehingga licin segala kekayaan felda sebelum PR memerintah...?
Hari ini UMNO masih berkuasa, selagi masih ada kuasa lebih baik menguasai apa jua yang boleh dikuasai...
Inilah logiknya mengapa UMNO bersikap dimasa kini dilihat seperti lanun dalam negara Malaysia.
Kebanyakan orang felda tidak pandai berfikir untuk masa depan mereka sendiri. Mereka mudah diperbodohkan oleh utasan dari YB
Orang mencuri hasil titik peluh mereka, mereka tidak mampu menghalangnya malah dengan sedikit rasuah mereka sanggup berdemo mengatakan akhbar keadilan yang bersalah ..?
Anda yang bukan peneroka felda boleh buat apa..?
seperti orang kena pukau serah semua barangan yang berharga kepada penyangak pukau.
siapa pula yang merosakkan PETRONAS?? adakah Pakatan Rakyat?
oleh itu... marilah sama2 kita memberi kesedaran kepada orang2 felda yang masih tak sedar2 lagi bagaimana busoknya sikap puak2 umno bee end ni... kerana masih ramai lagi yg tua2 ni tak berapa faham... sebab setiap tahun disogok dengan duit.. walhal duit tu milik dia orang yang disangak oleh najib dan konco2nya yang menjadi lanun darat. lanun darat ni lebih jahat dari lanun laut... sebab yang dilaut dia tak kacau hak orang di darat tapi lanun darat ni habis semua disonglapnya... dalam hutan, bandar, kampong, laut semua dia nak ....
Yang berdemo di Gua Musang tu majoriti ahli UMNO/BN
Kadang-kadang kita pun tak faham mengapa FELDA perlu membina sebuah lagi dewan yang menelan belanja RM622 juta,wal hal FELDA sudah pun punya 2 dewan yang besar diIbu Pejabat FELDA.2 dewan yang ada pun tak digunakan sepenuhnya cuma sekali-sekala disewa untuk jamuan perkahwinan.Tak lain tak bukan sekadar nak membaham duit FELDA yang boleh dikongsi antara orang-orang besar Ibu Pejabat FELDA dengan ahli politik.RM 622 juta bukanlah keseluruhannya akan digunakan untuk pembinaan sudah pasti kos pembinaan tak sampai 3/4 dan yang lebih cicir ditengah jalan.Inilah cara UMNO dan kroni kaya-raya - projek bukan kerana "keperluan" tapi sekadar nak dapat saham.Memang tidak ada jastifikasi yang boleh diterima untuk pembinaan dewan ni.
Catat Ulasan