13 Jun 2010

Parti Hendaklah Bergerak Dengan Kehendak Ahli, Bukan Kuasa "Orang-orang Presiden"

Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno.

Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.

Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.

Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.

"Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam.

Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

"Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.

"Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya.
-MSTAR

5 ulasan:

lord reid berkata...

AMENO (geli aku nk tulis) sudah lama menipu org melayu.

1. Org SPM dpt 3 atau tak pas di ambil jadi cikgu diberi tanggungjawab nk didik anak bangsa hasilnya jadi anak bangsat.

2. Budak2 dengan keputusan macam haram diambil masuk Universiti dan IPT menyebabkann Malaysia kurang tenaga kerja mahir sbb keluar pakat2 nak kerja gomen.

3. umngok suka membazir, jawatan tak penting diwujudkan untuk membazir duit bayar org datang makan gaji buta, mcM juruteknik komputer smpi 1 sek 1 apa gunanya?

bAWAH AMENO MSIA TAKKAN MAJU...

Jebon berkata...

Dah tak minat dengan pas dah. Dulu aku orang umno tapi kena walak dgn presiden. Sejak masuk pas tahun 98 skrg tetap kena walak dgn presideng. Malaslah aku...

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu bagi semua kuasa besar kecil hanya pada Presiden. Mudah nak dipertanggungjawabkan kalau tersilap mengemudi perahu ke lubuk tak halal.

Serahkanlah segalanya kepada tukang ngail apa umpan dia nak pasang. Kalau ramai yang pegang batang joran, nanti tergail biawak, labi, katak, ular sawa dijadikan makanan macam dalam PKR.

Tanpa Nama berkata...

Perwakilan dari Temerloh ni keluarkan komen macam ni sebab bosan dengan sikap Presiden PAS yang tak mau dengar pandangan orang bawah.Hadi Awang hanya dengar cakap Stopa Ali,Bakar Chik,Nasha dan Tantawi.Ramai sangat perwakilan menolak UG,dalam ucapan pengulungan Presiden,dia pun kata kes UG sudah tutup rapat.Biar betul!!!sebulan-dua lagi,buka balik.Ini yang membosankan.Satu cara Hadi Awang boleh buktikan isu UG ni tutup,pecat Stopa Ali dari jawatan S/U Agong PAS.Ada berani?

hussin berkata...

anon 8:43,

"ada berani"? atau tidak bukan persoalannya. persoalannya "yes" or "no"! ia peluang terbaik bagi presiden untuk menzahirkan serta dilihat sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar. ada lebih baik lagi bagi mereka2 yang memalitkan presiden dengan pertemuan dalam gelap berundur sebagai menyatakan mereka adalah pemimpin berjiwa besar. itu blangkah pertama.

langkah kedua, menyedari akan keadaan yang berlaku, mereka2 yang dibawa ke jalan raja laut apa sebab sekali pun oleh mereka2 yang 'berjiwa besar' ini perlu juga dibersarakan oleh presiden. adalah lebih baik lagi jika mereka secara sukarela berundur. masa untuk membetulkan kedudukan, mengatur perancangan dan melakukan serangan terakhir terahadap umno/bn pada pru13. jalan ke putrajaya, sebaqgaimana kata tgna, ia bersama pakatan rakyat. buktikan.

jangan cari alasan untuk tidak bertindak, jangan jadikan alasan pru13 sudah dekat, untuk mengelak dari membuat "penyucian" yang sangat diperlukan ini. pada saya, jika pru13 diadakan dalam masa terdekat, ia adalah usaha umno untuk mengelak dari "penyucian" ini berlaku demi meraikan 'sahabat2' di dalam pas. yang pasti, tindakan "penyucian" itu perlu dibuat "now or never"!

pas diyakini akan lebih gah menghadapi pru13 apabila tiada lagi 'sahabat2' umno menduduki hieraki kepimpinan, insya' Allah.

wallahu'aqlam.