13 Jun 2010

Muktamar Berakhir Dengan 6 Usul

Para perwakilan hari ini meluluskan enam usul pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini.

Enam usul berkenaan ialah pindaan perlembagaan; usul kedaulatan negara; usul memansuhkan judi sukan; usul pemerkasaan parti; usul Palestin dan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Jawatankuasa Kerja PAS pusat membentangkan dua usul iaitu usul pindaan perlembagaan dan usul kedaulatan negara, Pemuda PAS pusat (usul memansulkan judi sukan), dewan muslimat PAS (usul Palestin), PAS kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam (usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13).


Usul jawatankuasa PAS Pusat ialah:

* Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan.
* Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion.
* Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura.
* Mendesak perkara penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.
* Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.

Usul dewan Pemuda PAS pula ialah:

* Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
* Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai depan. Usul dewan Ulamak ialah:
* Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Usul dewan Muslimat PAS pusat:

* Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan Gaza.
* Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.
* Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa.
* Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang berkaitan isu keganasan Israel.
* Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.
* Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel.

Usul PAS Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam:

PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik dengan membongkar kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman.

PAS melalui jabatan pilihanraya PAS pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

PAS pusat mencadangkan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekaligus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi. -FMT

1 ulasan:

hussin berkata...

mendengar pembentangan usul oleh sdr athirah dan ucapan sokongan oleh khalid samad dan ust risduan mohd nor membuat mata saya dilinangi air mata. gambaran bagaimana sdr2 kita di gaza yang hidup dan dilayan sebagai "tahanan perang" oleh pihak israel begitu menyentuh hati kecil saya.

saya kagum apabila timbalan pengerusi tetap memberitahu pula pengelibatan presiden bersama yusoff qardhawi sebagai penggerak muasassah al quds. sungguh menakjubkan.

keterlibatan umno dengan israel memualkan. dalam keadaan sdr2 kita dilayan sebegitu rupa (tak terdaya ust ridhuan nak meluahkannya), ditahan dalam kawasan runtuhan bangunan yang dipagari kawat razor (lebih tajam dan lebih berkesan dari kawat duri) dengan serba kekurangan dan kebuluruan (sehingga merebus rumput untuk hilangkan pahit sebelum dimakan) umno menjalin silaturrahim dengan israel.

apa yang membingungkan saya, apakah maklumat berkaitan layanan israel terhadap sdr2 kita di gaza tidak langsung dalam pengetahuan pemimimpin pas? apakah hubungan intim umno-israel juga tidak sampai ke pengetahuan pemimpin pas? apakah sebagai penggerak muasassah al-quds, presiden tidak tahu menahu akan kebejatan israel terhadap sdr2 kita di gaza serta hubungan yang terjalin di antara umno dengan israel?

bingung kerana wujudnya cita2 serta usaha2 di kalangan segelintir pemimpin pas untuk bergabung dengan umno. dalam keadaan presiden terlibat secara langsung dengan penubuhan muasassah al-quds, dalam israel mengianayai sdr2 kita di gaza, dalam umno menjalinkan hubungan dengan israel, boleh pas timbulkan idea kerajaan perpaduan dengan umno?

keadaan ini mendedahkan bagaimana pemimpin2 ini telah berjaya mempengaruhi presiden, penggerak muasassah al-quds. jika tgna dkatakan menerima nasihat dari 'penasihat sesat', penasihat presiden ini penasihat kategori apa pula agaknya?

muktamar telah berakhir. dengan wakil kubang pasu menyeru supaya pas terus dengan "memperkasakan pakatan rakyat" serta mengingatkan agar pas tidak lagi terperangkap dengan propaganda umno. saya percaya peringatan itu bukan ditujukan kepada kepimpinan semata2 tetapi juga kepada perwakilan. peringatan beliau dibuat semasa menyokong usul kubang kerian, pokok sena, kubang pasu, jerantut, bandar tun razak dan shah alam.

mampukah pas dalam keadaan "blogger di diluncaikan, wala' didahulukan, teguran mesti ikut saluran, ampu jadi amalan"?

ucapan dasar presiden dilihat sebagai hambar. wala' masih diberi penekanan. apakah yang dibimbangi? ia langsung tidak menepati tajuk harakah keluaran isnin di muka hadapan "muktamar hadapi pru13". jika tidak ada usul dari kubang kerian, pokok sena, kubang pasu, jerantut, bandar tun razak dan shah alam, sudah tentu tajuk harakah jauh tersasar. usul tersebut menyelamatkan keadaan serta airmuka harakah(?). malah usul tersebut telah mampu memberi nafas lega kepada pas.

wallahu'alam.