PAS mula letak calon bukan Islam
Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.
"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.
Ditanya kemungkinan tindakan PAS itu bakal menyebabkan pertindihan dengan calon PKR dan DAP, Abdul Hadi yakin akan adanya persefahaman dalam antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusannya itu.
"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding," katanya dalam sidang media selepas merasmikan muktamar PAS ke-65 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa, di Kelantan hari ini.
Dalam pilihan raya umum dua tahun lalu, seorang penganut Hindu Kumutha Raman bertanding 'mewakili' PAS di Johor. Penyokong PAS itu bagaimanapun bergerak sebagai calon bebas.
Tak gopoh tonjol dalam Pakatan
Ditanya tentang mekanisme PAS bagi mengelakkan calon bukan Islam mereka melompat parti, Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan iqrar atau perjanjian dengan parti.
"Lagi pun, orang yang bermoral tidak akan melanggar perjanjian," katanya.
PAS sebelum ini berjaya mengekang fenomena lompat parti dalam partinya melalui "baiah" (sumpah taat setia) sesama Islam.
Bagaimanapun, mekanisme tersebut tidak boleh dilakukan terhadap penyokongnya yang berbeza agama.
Sementara itu, Abdul Hadi juga menolak tanggapan bahawa PAS cuba mendominasi Pakatan melalui strategi barunya dalam pilihan raya umum itu.
"Kita tidak gopoh untuk menonjolkan diri," katanya yang juga ahli parlimen Marang.
"Bagi kita, mempertahankan Islam itu lebih penting daripada strategi." -mk
Ulasan GB
Drastik, kata seorang teman GB di atas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS sekalipun sebelum ini Setiuasaha Agung PAS menyatakan penubuhan Dewan sukar dilaksanakan sebelum pindaan perlembagaan dilakukan.
Malah di dalam ucapan perasmian Muktamar Ke 55 tahun lepas, Presiden sendiri mengungkapkan:
"Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini (Kelab Penyokong PAS) diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS."
Tup tup tanpa pindaan perlembagaan pun, Dewan sudah boleh ditubuhkan.
Kita menunggu pula bilakah PAS akan memperakui peranan blogger dan menginstitusikannya. Mungkin tuntutan ini berlebih-lebihan tetapi yang berfikiran jauh akan melihat PAS akan lebih mantap dan utuh dengan mengambil inisiatif dan terkedepan di dalam memperkasakan parti melalui penginstitusian blogger.
Malangnya setakat ini blogger PAS tidak diiktirafkan sebagai memainkan peranan penting untuk parti, malah Presiden sendiri mengecap ada blogger sebagai si Luncai, tk diketahui sasaran yang dimaksudkan, mungkin juga semata-mata ada blogger menentang idea UG yang dipeloporinya.
Di dalam muktamar kali ini, tiada sepatah ucapan terima kasih pun diungkapkan untuk blogger-blogger, yang bersusah payah menolong parti. Malah dilaporkan oleh beberapa orang blogger, sukarnya blogger PAS sendiri hendak mendapat pas masuk ke dalam muktamar.
Nasib kaulah blogger PAS....
GB dah ulas sebelum ini. Dipetik kembali:
Komen-komen pengunjung terhadap ulasan GB di atas boleh dibaca di SINI

Terima kasih Datuk Seri Presiden untuk gelaran Luncai itu sekalipun ia mungkin bukan bertujuan untuk semua blogger.
Sebenarnya, blogger tidak pernah mengharapkan penghargaan dan balasan daripada parti sekalipun blogger selama ini telah bekerja keras untuk kemenangan parti sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya.
Ada blogger yang bersengkang mata dari pagi sampai ke malam, malam sampai ke pagi, untuk menyediakan dan menyebarkan berita alternatif kepada rakyat yang umum mengetahui bahawa berita-berita parti tidak disampaikan secara jujur oleh media massa arus perdana.
Dan tatkala blogger bekerja, tatkala itu sudah ramai pemimpin parti yang sudah tidur lena.
Dan apabila blogger menegur pemimpin, contohnya di dalam isu UG, satu gagasan yang telah menyebabkan parti kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar, tiba-tiba pemimpin melenting dan kemudian menuduh blogger tidak wala', tidak setia dan seumpamanya.
Kalau dulu blogger dituduh menerima habuan dari seseorang, dituduh penyebar "fitnah yang benar", kini dikatakan blogger dari golongan fasiq lalu dibacakan ayat supaya berhati-hati menerima berita dari orang fasiq.
Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.
Saya igin bertanya berapa nilai yang parti hargai dan pernah bayar terhadap peranan dan sumbangan blogger selama ini untuk kemenangan calon-calon parti?
Malah blogger ini terus bekerja sekalipun tidak dihargai, kerana masing-masing belajar untuk mengikhlaskan diri terhadap deen dengan harapan Allah s.w.t. akan membalas sekalipun manusia melupakan mereka setidak-tidaknya Allah mengampunkan dosa-dosa kefasikan jika ada dilakukan oleh para blogger terlibat.
Tetapi adalah menjadi tanggungjawab parti untuk menjaga mereka, memupuk dan menyuburkan mereka supaya mereka terus berada di persada siber berjuang, tetapi apa yang berlaku, mereka dihadiahkan dengan gelaran lapuk bernama Luncai.
Ada yang menempelak GB, mana keikhlasanmu jika mengharapkan balasan?
GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!
Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.
Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.
Beberapa orang blogger telah pun mengundurkan diri kerana hal yang GB nyatakan di atas - seperti TARAKNAMA keluhannya boleh dibaca di karpet hijau Blog GB, KetuaPerusuh dan lain-lain.
Dan jika parti terus-terusan tidak menghargai blogger sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka, kita sama berserah kepada Allah - alaisallahu biahkamil- hakimiin - bukankah Dia sebaik-baik Hakim?
Tidak semua blogger bebal seperti yang diucapkan oleh Tuan Presiden seperti yang diungkapkan melalui sepotong hadith yang dibacakan sewaktu ucapan perasmian pagi tadi, kerana mana tahu ada di kalangan blogger itu antara kekasih-kekasih Allah juga yang sentiasa beramal dan takut kepadaNya?
Greenboc
a.k.a. mahazalim
Komen-komen pengunjung terhadap ulasan GB di atas boleh dibaca di SINI
8 ulasan:
Terima kasih GB kerana memperjuangkan nasib blogger PAS.
dari sang blogger kecil...
Saya setuju dengan GB.
Kalau "ikhlas" semata-mata, nak tanya semua, ada tak yang boleh ikhlas 100%.
Tanya Tuan Presiden PAS, apa kata serahkan semua gaji dan elaun YB beliau kepada PAS. Tu baru ikhlas 100%.
Ni nak suruh blogger ikhlas, yang suruh blogger ikhlas tu belum tentu boleh lakukan sesuatu tanpa imbuhan, belum tentu dia pun boleh ikhlas.
Aku nak mencarut jer... Macam orang cina cakap ..lan---
ustadz hadi -
depan pas dan pr cakap lain
depan pemimpin UMNO BN cakap lain
GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!
Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.
Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.
- macamana lagi nak lawan hujah di atas. mantap dan solid.
bila pandang bintang di langit jangan lupa rumput di bumi wahai pimpinan pas.
GB,
Presiden PAS memang tak suka baca blog sebab tak ramai para blogger mengampu beliau.Manusia jenis ini tak suka dikritik kerana dia fikir dia ulamak besar dan tak wajar dikritik.Dia lupa bahawa yang dikritik tu bukan dirinya sebagai ulamak tapi sebagai pemimpin sebuah parti politik.Ulamak besar ni tak faham tu.
"Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog".
ia bukan sekadar mendukacitakan. ia sesuatu yang amat malang kepada pas. dunia blog penuh dengan warna warni maklumat yang boleh mewarnai politik pas.
jawapan sedemikian memperlihatkan sikap ego seseorang. seolah2 dia tahu semua. seolah2 dunia blog ni karut wa marut belaka. hampas. tidak ada sekelumit maklumat pun yang berguna kepadanya. sungguh malang. lebih malang lagi majoriti kepimpinan pas juga turut tidak membaca blog.
sindrom 'syok sendiri' ini amat merbahaya kepada jemaah.
kepada para blogger pas, janganlah berkecil hati kerana di'luncaikan'. sumbangan kalian banyak menyumbang maklumat berguna kepada yang memerlukan. hanya mutu mengenal manikam.
wallahu'alam.
Telah diduga dari awal lagi,PAS mengamalkan dasar DOUBLE STANDART dalam menghalalkan cara.
Akhbar UM debenarkan membuat liputan , BLOGGER PAS Dipinggirkan.....
Sakit jiwa...
terima kasih semua bloggers yang menegakkan kebenaran dan keadilan
Catat Ulasan