11 Jun 2010

Projek MRT Bakal Kenyangkan Kroni Umno-BN

Projek sistem pengangkutan gerak cepat (MRT) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dibina lebih awal lagi dan bukannya menunggu pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata projek itu sepatutnya diumumkan lebih awal kerana ia akan menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang dialami warga kota terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang.

"Kita khuatir dengan cadangan kerajaan untuk menyumber luar pengangkutan awam kepada pihak swasta menunjukkan ada perancangan pihak tertentu memberikan projek itu kepada kroni mereka.

"Sepatutnya kerajaan harus bertanggungjawab dan bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada pihak swasta untuk menguruskannya yang mungkin akan membebankan rakyat selepas itu.

Katanya lagi, jika penswastaan ini diteruskan, perbelanjaan kerajaan akan meningkat dan akhirnya rakyat akan menderita menanggung kos tersebut.

"Kerajaan sepatutnya mempertahankan tanggungjawab sosial yang diberikan kepada rakyat dan bukannya menyerahkan kepada pihak swasta untuk menguruskannya," kata Loy Sian.

Tambah Loy Sian, banyak projek yang diswastakan sebelum ini menemui kegagalan dan sepatutnya dijadikan iktibar sebelum kerajaan bertindak menswastakan apa-apa projek yang mempunyai kepentingan rakyat. -SK

1 ulasan:

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...

Salam saudara,

Saya ingin memberikan fakta-fakta yang betul dari sudut kejuruteraan bahawa projek MRT bukanlah seprti yang saudara katakan yg ia akan mengenyangkan kroni Umno.

Minta sdr bacalah dan izinkan ianya diterbitkan dlm komen sdr.

Saya telah menulis dalam blog saya bertajuk, "MRT : selesaikah masalah pengangkutan awam di Lembah Kelang ?"
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/mrt-selesaikah-masalah-pengangkutan.html

Hisemudin Kasim