11 Jun 2010

"Luncai" - Hadiah Untukmu Blogger!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".

"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.

Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.

"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.

Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.

"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.

"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya. -mk


Ulasan GB

Terima kasih Datuk Seri Presiden untuk gelaran Luncai itu sekalipun ia mungkin bukan bertujuan untuk semua blogger.

Sebenarnya, blogger tidak pernah mengharapkan penghargaan dan balasan daripada parti sekalipun blogger selama ini telah bekerja keras untuk kemenangan parti sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya.

Ada blogger yang bersengkang mata dari pagi sampai ke malam, malam sampai ke pagi, untuk menyediakan dan menyebarkan berita alternatif kepada rakyat yang umum mengetahui bahawa berita-berita parti tidak disampaikan secara jujur oleh media massa arus perdana.

Dan tatkala blogger bekerja, tatkala itu sudah ramai pemimpin parti yang sudah tidur lena.

Dan apabila blogger menegur pemimpin, contohnya di dalam isu UG, satu gagasan yang telah menyebabkan parti kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar, tiba-tiba pemimpin melenting dan kemudian menuduh blogger tidak wala', tidak setia dan seumpamanya.

Kalau dulu blogger dituduh menerima habuan dari seseorang, dituduh penyebar "fitnah yang benar", kini dikatakan blogger dari golongan fasiq lalu dibacakan ayat supaya berhati-hati menerima berita dari orang fasiq.

Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.

Saya igin bertanya berapa nilai yang parti hargai dan pernah bayar terhadap peranan dan sumbangan blogger selama ini untuk kemenangan calon-calon parti?

Malah blogger ini terus bekerja sekalipun tidak dihargai, kerana masing-masing belajar untuk mengikhlaskan diri terhadap deen dengan harapan Allah s.w.t. akan membalas sekalipun manusia melupakan mereka setidak-tidaknya Allah mengampunkan dosa-dosa kefasikan jika ada dilakukan oleh para blogger terlibat.

Tetapi adalah menjadi tanggungjawab parti untuk menjaga mereka, memupuk dan menyuburkan mereka supaya mereka terus berada di persada siber berjuang, tetapi apa yang berlaku, mereka dihadiahkan dengan gelaran lapuk bernama Luncai.

Ada yang menempelak GB, mana keikhlasanmu jika mengharapkan balasan?

GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!

Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.

Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?

Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.

Beberapa orang blogger telah pun mengundurkan diri kerana hal yang GB nyatakan di atas - seperti TARAKNAMA keluhannya boleh dibaca di karpet hijau Blog GB, KetuaPerusuh dan lain-lain.

Dan jika parti terus-terusan tidak menghargai blogger sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka, kita sama berserah kepada Allah - alaisallahu biahkamil- hakimiin - bukankah Dia sebaik-baik Hakim?

Tidak semua blogger bebal seperti yang diucapkan oleh Tuan Presiden seperti yang diungkapkan melalui sepotong hadith yang dibacakan sewaktu ucapan perasmian pagi tadi, kerana mana tahu ada di kalangan blogger itu antara kekasih-kekasih Allah juga yang sentiasa beramal dan takut kepadaNya?

Greenboc
a.k.a. mahazalim

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah, bro GB

we are called "outsiders" and "luncai-luncai" but we still love what PAS has done to our political scene, and we all know we want PAS to be better and stronger...

it does not take to be a rocket scientist to know that it's better for the luncai-luncai to be on the outside of PAS than to be in the jamaah to detect something screwy is going on and to let it be known to the parties involved....kalau ada penyokong yang tak suka bila pemimpin mereka kena kritik, then too bad lahhh....since they are all too "wala" to see something's not right...

Tanpa Nama berkata...

Harap GB banyak bersabar. Perjalanan kita masih jauh. Mungkin TGHH tidak bermaksud begitu. Mungkin beliau tersentuh dengan Blogger Kicdegila.. Ahli PAS semua tahu sumbangan GB dalam memantapkan perjuangan suci. Biasalah lidah dan gigi sering tergigit inikan pula kita manusia biasa.. Jangan kita tewas di tengah jalan sedangkan kemenangan semakin hampir... Good Luck GB... Wa Caya Lu..

mahaza berkata...

Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.

"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.

"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya. -mk


Statement macam nak britau UG tu patut diteruskan jae? Ke aku salah faham?

Tanpa Nama berkata...

Ada dua perenggan yg saya amat tersentuh dgn ayat GB:

1) Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.

2) Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.

wa tabik lu GB!

Tanpa Nama berkata...

Sukar untuk tafsirkan maksud sebenar tuan guru terhadap para blogger,, mungkin selepas apa yang ditulis oleh syed azidi,,
tp saya menyokong penuh usaha para blogger,, saya mungutip setiap maklumat untuk memberi penerangan kpd org kampung saya yg disajikan maklumat media arus perdana sahaja.
Para blogger perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya dan diberi tempat dalam pakatan rakyat,,,
biarkan LUNCAI TERJUN DENGA LABU LABUNYA,,,
Para BLOGGER, TERUSKAN USAHA,, RAMAI LAGI YANG DAHAGAKAN MAKLUMAT WALAU PUN TUAN GURU TIDAK BACA BLOG,,!!!!!

Tanpa Nama berkata...

nak diharap apa dari haji hadi tu gb???

dia bukan reti nak sedar... dari elok-elok memerintah negeri dia tuh... tup-tup siap kalah kat parlimen, hilang negeri lagi...

masa menang duk kutuk orang tu, kutuk orang nih...

ni nampak ada sedikit sokongan... terus jadi sombong tak reti nak terima kasih bantuan orang...

kepada pemimpin pas... kalau betul korang ikhlas berjuang... jangan amek satu sen pun duit parti hasil derma orang ramai... nak duit... pegi buat kerja, meniaga ke... macam para blogger yang tak makan pun duit derma kat ceramah-ceramah untuk tampung kos blogging untuk membantu pas setiap masa, dan jugak untuk melakukan kerja-kerja pengawalan hasil kebinasaan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin tolol!!

dah banyaks kali blogger terpaksa memerah otak memikir untuk menjawab hasil dari kerja-kerja bodoh pemimpin atasan pas...

Tanpa Nama berkata...

Saya terkejut jugak..kalau pemimpin harakah Islamiah PAS..mengaku tak baca BLOG..kalau betoi lah..kurang kurang SU Sulit beliau tolong bagi tahu atau tolong bacakan..tunjuk macam mana BLOG tuh dioperasikan..

Sidiq Amanah Tabligh FOTONAH..Fatonah tuh bijaksana..pada saya sifat Fatonah nih bukan pandai berpidato bersyarah semata mata..

Fatonah nih..macam najintunya yang bengap..tapi berusaha cari bijakpandai hatta APCO sekalipun..TAPI bagi PAS tak perlulah APCO tuh..PAS boleh cari individu atau group kecil..khas untuk BLOG nih..TG Haji Hadi pun kena ingat..belajar tuh bukan Quran dan Hadis saja..Sains dan Teknologi pun termasuk maksud HADIS : belajar tuh mulai BUAIAN hingga LIANG LAHAD..dan belajarlah hatta ilmu mencuri sekali pun..walaupun tak ada niat nak mencuri..MOHON MAAF..hamba pun blogger kecil kecilan..

Nizam berkata...

Bahasa dah macam bahasa presiden umno je. Ke hulu ke hilir dengan laptop (kata hasan ali) tapi tak reti baca blog. Main game ke ape?

Sudah-sudah le tu tuan presiden. Orang muda macam kami ni memang tak layak jadi ahli pas sebab... kami nampak jahat tak pakai serban. Hanya orang muda yang berserban je yang layak jadi baik. Lagi pun nama kami tak ada al al al kat pangkal macam altantawi atau altantuya. Kami ni dibesarkan dalam suasana sekular. Jadi, kami ni jahat. Tak layak nak jadi baik macam kamu semua. Hanya yang berserban je yang layak masuk syurga dan jadi ahli pas.

Itu pandangan saya orang luar yang tak ada kena mengena dengan pemimpin atau blogger.

Pengkhianat pun boleh dapat syurga ke?

Tanpa Nama berkata...

GB.

Hadi Awang ni tak faham lunchai-lunchai ni adalah sebahagian dari pengundi dan lunchai-lunchai ni telah banyak menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk menyokong PAS.
Siapa sebenarnya lunchai?