12 Mei 2010

SUPP Hina Islam Untuk Raih Undi

Menteri Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah 'negara Islam' dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.

Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.

Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan 'negara Islam'. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.

Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.

"Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP," kata Nizar.

Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat diatas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.

"Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu," kata Nizar.

Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.

"Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu," kata Nizar.

"Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan," tegas Nizar.

Beliau juga menambah 'senjata' ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.

"Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk," kata Nizar.

Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa 'Negara Islam' dalam Perlembagaan Pas.

"Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana 'negara Islam' tidak disebut dalam Perlembagaan Pas," katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti.

Ulasan GB

Polis begitu cepat menghalang penggunaan isu kalimah Allah di dalam kempen PRK Sibu setelah dilihat masyarakat Kristian memberi sokongan kepada PR, tetapi membiarkan SUPP memainkan isu negara Islam malah sehingga ke takat mereka menghina agama Islam.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Biasalah gunakan segala kuasa yang ada untuk memenangi pilihanraya..itu la tugas kerajaan...

Tapi bak kata DSAI dlaam ceramah beliau...kita jangan takut...hak mengundi ada pada tangan pengundi...

oleh itu mari kita sama-sama mengundi untuk PR dan DSAI...

hidup PR! Hidup DSDAI!!

Kucing Parsi berkata...

orang yang menyokong pakatan rakyat di sarawak hanyalah golongan professional dan golongan muda

masalah nya berapa peratuskah golongan ini

visit

http://melodymockers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

ubn guna nasihat dari apco

Tanpa Nama berkata...

Pakatan wajar bawa Nik Aziz untuk berceramah di Sibu. Lebih baik ceramah itu buat dlm gereja dan bagi penjelasan mengenai pemerintahan PAS di Kelantan. Inilah masa untuk memecahkan tembok dan menerangkan Islam sebagai rahmat sekalian alam.

Dr Mahathir sudah isytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Tidak cukupkah dengan penjelasan berkenaan.