16 Apr 2010

Tindakan Najib Boleh Keruhkan Hubungan Malaysia-Iran

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tercemar imejnya kerana dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat begitu terdesak untuk menagih simpati Presiden Barack Obama sehingga tergamak membelakangkan pendirian negara-negara Islam yang mendahulukan pendekatan dialog dalam isu nuklear Iran.

Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini meminta ketegasan kerajaan berhubung isu itu.

"Tetapi apa yang berlaku ialah Iran membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas.

"Saya harap kerajaan Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki, sikap yang konsisten tidak 'double standard', yang berani serta tegas untuk memberi hak kepada negara Iran," kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempertikai sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah tunduk kepada kuasa besar itu.

"Amerika Syarikat menentang pembangunan sektor nuklear oleh Iran, tetapi Malaysia seolah-olah setuju pendirian itu. Ini adalah satu pendirian yang berat sebelah dan sekali lagi kita telah berkompromi dalam pendirian tegas kita menentang kuasa besar dalam menekan negara Islam dan dunia ketiga.

"Amerika Syarikat tidak percaya dan berterusan menekan Iran tanpa menghormati kedaulatan Iran. Melebihi isu keamanan dunia. Seperti alasan 'weapon of mass destruction', kita mempercepatkan undang-undang untuk memuaskan hati Amerika Syarikat. Amerika pernah menggunakan alasan ini untuk mencerobohi Afghanistan dan Iraq.

"Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini," tegas Tian.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyatakan Perdana Menteri bersetuju dengan usaha Amerika mengecam Iran berhubung projek tenaga nuklear negara itu.

"Presiden dan Perdana Menteri bersetuju pentingnya Iran akur dengan kewajipannya di bawah rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa," ujar satu kenyataan Rumah Putih.

Usaha Amerika itu dibantah keras oleh kuasa besar seperti China, Russian Amerika Latin dan Turki.

Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Brazil, Turki dan Lebanon dijangka menentang langkah seterusnya ke atas Iran.

Kenyataan itu juga menyatakan Najib bersetuju supaya Iran dihantar satu mesej yang jelas serta menyatakan kerajaan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika di Afghanistan melalui latihan polis, ketenteraan dan pengurusan sivil. -Sk


Malaysia Says Suspends Gasoline Supplies To Iran
April 16, 2010

Malaysia's Prime Minister Najib Razak says Malaysia's state-run oil company has suspended gasoline supplies to Iran due to that country's continuing standoff with the international community over its nuclear program.

Najib spoke about the suspension following talks in Washington on April 15 with U.S. President Barack Obama.

The Malaysian leader called on Tehran to comply with decisions of the United Nations Security Council. He said Malaysia believes Iran has the right to peaceful nuclear energy but said Iran must also earn the trust of the international community by being fully transparent on its atomic development.

Iran is one of the world's biggest crude-oil exporters but must reportedly import around 40 percent of its gasoline supplies, such as from the Malaysian state firm Petronas, because of a lack of functioning refineries.

The Malaysian leader spoke as envoys from six world powers held another closed-door meeting in New York on April 15 on a possible fourth round of UN sanctions against Iran for failing to halt nuclear activities that could be diverted toward production of a nuclear weapon.

It was the second straight day of talks on the Iran sanctions issue among ambassadors from the five veto-wielding members of the UN Security Council -- Britain, China, France, Russia and the United States -- plus Germany.

Malaysia recalled its envoy to the UN's nuclear watchdog, the International Atomic Energy Agency (IAEA), after Kuala Lumpur said he disregarded orders by voting against an IAEA resolution to censure Iran for its covert construction of a nuclear enrichment plant.

compiled from agency reports


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perbuatan Najib ini umpama menjual roh kepada syaitan demi mengekalkan tahkta dan harta

sekarang kita faham mengapa ramai pemimpin2 Arab dan Islam tunduk kepada zionis

inilah realitinya, inilah permainannya

tak sangka dapat lihat sendiri depan mata kepala sendiri, dilakukan oleh pemimpin melayu islam dalam negaraku yang tercinta ini

selepas ini Malaysia pun akan ditimbang kati

Tanpa Nama berkata...

ada kaitan dengan APCO????

Tanpa Nama berkata...

apa beza denga israel?

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Malaysia wajar belajar drpd kisah yang terjadi kepada Presiden Iran - Reza Shah Pahlavi & Presiden Iraq-Saddam Hussain. Keduanya pernah menjadi rakan sekutu Amerika. Trajedi yang diakhir kehidupan mereka wajar menjadi teladan kepada pemimpin Malaysia.