Hujan ribut melanda Hulu Selangor sehingga khemah pentas untuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan orang kenamaan (VIP) yang menghadiri upacara pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Tangga, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung di sini, hampir tumbang petang tadi, lapor Berita Harian.
Ia berlaku kira-kira jam 3 petang ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun, hendak berucap pada majlis berkenaan.
Muhyiddin dan semua orang kenamaan termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung MCA, Datuk Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, terpaksa bangun meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Petunjuk apakah itu?
Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional, demikian lapor Suara Keadilan..
Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.
"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.
"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.
"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.
Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan