24 Apr 2010

Populariti Zaid Melonjak Dengan Kehadiran TGNA

Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu.

Penyelamatnya itu hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat.

"(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

"Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya.

Wan Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

"(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan.

"Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.


Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh. -mk

3 ulasan:

Awanama berkata...

Orang terbaik zaman jahiliah juga terbaik zaman Islam. Jika dia faham.

Zaid Ibrahim ialah individu yang mempunyai prinsip dan mempertahankan prinsipnya. Begitulah individu spt Khalid Ibni Walid dan Umar Al-Khattab. Dua individu besar ini berjuang diatas prinsip samada diwaktu jahiliah atau Islam. Sesudah bersama Islam, individu ini telah memberi sumbangan besar diatas kemampuan mereka. Semoga Zaid Ibrahim akan seperti itu juga sesudah meningalkan cara hidup gelap ala pemimpin UMNO/BN.

Selamat berjuang dan semoga berjaya.

Awanama berkata...

zaid dah taubat alhamdulillah, UMNO tak taubat lagi menindas rakyat.

Awanama berkata...

Tahniah,PAS berada pada landasan yang betul untuk memerintah malaysia bersama pakatan rakyat.Insyallah