Kamu orang Cina, sini tempat Melayu," herdik seorang lelaki di bilik gerakan Barisan Nasional terhadap dua orang wartawan perempuan di Kampung Sungai Buaya, pagi ini. Malah, lelaki tersebut menuduh wartawan yang sedang bekerja di bilik gerakan itu sebagai "pengintip dari pihak musuh".
Kejadian ini berlaku apabila wartawan MerdekaReview membuat liputan di Kampung Sungai Buaya bersama seorang lagi wartawan dari Laksou (satu media internet bahasa Cina). Kedua-dua orang wartawan perempuan keturunan Cina ini singgah di bilik gerakan BN untuk menyiapkan kerja, selepas mendapat kebenaran daripada petugas bilik gerakan BN.
Pada mulanya, beberapa orang petugas yang peramah menyediakan meja untuk wartawan, setelah mengenalpasti identiti mereka. Namun, pada masa kedua-dua orang wartawan mulakan kerja mereka, seorang lelaki berketurunan Melayu memasuki bilik gerakan itu secara tiba-tiba.
Beliau dan pengikutnya bertanya kepada wartawan, siapakah dan dari manakah mereka datang? Wartawan tersebut telah memaklumkan secara lisan identiti mereka, malah wartawan Laksou telah menunjukkan kadnya, di samping menyatakan tujuan mereka berada di situ.
Namun, lelaki yang disyaki sebagai ketua bilik gerakan tersebut memarahi wartawan kerana tidak menyatakan identiti dan mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu untuk masuk ke bilik gerakan. Bagaimanapun, lelaki tersebut juga tidak menyatakan identitinya.
Wartawan Laksou cuba menemukan lelaki tersebut dengan petugas yang membenarkan mereka masuk ke bilik gerakan, tetapi gagal menemui petugas itu. Wartawan ingin meninggalkan bilik gerakan tersebut, tetapi dihalang seorang lelaki yang lain, kerana menurutnya, keadaan akan menjadi reda selepas identiti wartawan dinyatakan.
Lelaki berpatah balik
Namun demikian, lelaki yang memarahi wartawan tadi berpatah balik dalam masa seminit, terus mengherdik kedua-dua orang wartawan. Nadanya semakin tinggi, malah menuduh wartawan sebagai pengintip musuh. Sambil menghentam pada mejanya, beliau mengherdik, "Kamu orang Cina, sini tempat Melayu!"
Beliau bergegas keluar, sambil diredakan kemarahannya oleh petugas lain. Sementara itu, dua orang petugas bilik gerakan cuba menenangkan emosi dua orang wartawan.
Kedua-dua orang wartawan ini cuba mendapatkan identiti lelaki yang mengherdik mereka, tetapi enggan dimaklumkan petugas di situ. Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua orang wartawan perempuan ini telah meninggalkan bilik gerakan tersebut.
"Jangan sentuh isu perkauman"
Wartawan tadi telah mengadu kepada pegawai kanan Perdana Menteri, berhubung kejadian tersebut, ketika PM Najib Razak bersembahyang di masjid kawasan itu pada tengah hari. Pegawai kanan PM ini meminta maaf kepada wartawan, malah menjelaskan bahawa konsep "1Malaysia" bertujuan untuk mengubah minda sebahagian orang Melayu yang berfikiran sedemikian.
Malah, beliau berkata, keadaan akan menjadi lebih sensitif semasa tempoh kempen PRK, dan beliau berharap agar wartawan tidak menyentuh soal perkauman.
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. -MR
Ulasan GB
UMNO parti rasis dulu, kini dan selamanya.

2 ulasan:
1 malaysia maksudnya 1 UMNO sajakah?
UMNO memang perkauman sempit termasuk PM dan TPM
Catat Ulasan