14 Apr 2010

Memang Pelik, Mahkamah Syariah Tolak Qazaf

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Malaysiakini


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pun hairan apala punya menteri jaga agama ni....aku yang jahil ni sedih tengok orang pandai agama tapi jadi macam orang bodoh agama...

Tanpa Nama berkata...

inilah yg dinamakan pak turut, demi periok nasi dan nak membuncitkan perut, sanggup menolak ketetapan Allah. KAU TERIMAHLAH NANTI LAKNAT DARI ALLAH... WAHAI JAMIL...

Tanpa Nama berkata...

Senyum lebar lah Jamil Khir..Serupa macam Boss dia..Ingat..Hang tu pikul amanah ALLAH bukan amanah orang..sendiro mahu ingat lah..

Tanpa Nama berkata...

jamil khir ?...sapa tu...yg aku tau dulu dia pndai cakap kat TV je... ha ha ha.... cmner dia boleh naik jadi menteri... ?? jamil khir jamil khir.. apa punya turrr jamil khir ni... Ok, sekarang ni org pandai agama akan turut berani menipu utk kesenangan...tau tau je la... ok wa chau.... tunggu kt YAN.