14 Apr 2010

Calon PRK Hulu Selangor : PR Tenang, BN Borgolak Bagai Nak Rak

UMNO diramalkan akan tunduk kepada tekanan dan kehendak MIC supaya memilih Palanivel sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Hal ini dikesani apabila Timbalan Presiden UMNO dan juga BN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, apabila beliau menolak dakwaan bahawa beliau menyokong timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon BN pada pilihan raya Hulu Selangor yang akan datang.

"Tiada perkara seumpama itu, Maksud saya tiada kenyataan yang dibuat dan saya rasa tiada apa yang telah didedahkan berhubung perkara itu,” katanya.

BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

UMNO dikatakan lebih selesa untuk menonjolkan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor berbanding calon yang diketengahkan oleh MIC iaitu Timbalan Presidennya G Palanivel.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata satu sumber.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam kelmarin di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,”

Calon BN itu hanya akan diumumkan oleh Muhyiddin pada hari esok, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu, kini dan selamanya... bee end ni penuh dengan sandiwara.. tak habis2 lah nampak gayanya episod drama bersiri depa ni...

Tanpa Nama berkata...

Adakah UMNO akan jadi alat Samy Vellu. Sama2 kita tunggu pengumumanya nanti. Harap BN akan pilih calon yg mewakili pengundi, bukan calon yang mewakili presiden MIC yang tak mahu berhenti walaupun dah kalah pilihanraya.