7 Apr 2010

Itu Tandanya Pengecut!

Zambry: Tiada pilihan raya walaupun kajian positif

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri berkenaan.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita di Selama, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

"Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka," katanya.

- Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembangunan utk mengikis harta rakyat adalah... itu yg saya tahu. itulah sbbnya tak nak buat pilihanraya. nak kumpul duit dulu, bila dah cukup.. dan rasa rakyat dah boleh dibeli dengan wang ringgit rakyat barulah nak buat pilihanraya. ITULAH NAMANYA PENGECUT... KAT MEDIA MILIK UMNO BEE END BOLEH LAH NAK JADI HERO... TAK TAKUT DENGAN AZAB ALLAH LAH DIA ORANG NI... PG TADI ADA KAWAN2 BAGI TAU ADA RASA GEGARAN DIRUMAH DIA ORANG

matkambing berkata...

pemimpin umno tak mengjangka mereka akan mati ddalam waktu terdekat!

Martoiriat berkata...

Memang rakyat pun tahu kerajaan Zambri adalah kerajaan haram. Tak usah berdolak dalih. Jika rasa UMNO disokongi rakyat, cuba adakan pilihanraya, bubarkan kerajaan haram anda, jika Umno menang boleh lah katakan Umno disokongi rakyat.
Sedarlah Zambri, rakyat dah beri mandat kpd PR, Cuma anda mengambilnya dgn cara haram.. itu adalah realitinya..

Tanpa Nama berkata...

Piraahhh!!cakap saja tak berani. kita tengok PRU 13 nanti.