Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dianggap telah melanggar janji untuk tidak terlibat dalam politik dan mencampuri hal ehwal dalaman parti apabila mengumumkan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu 28 Mac ini.
Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon berkata, Ka Ting tidak mempunyai alasan munasabah untuk bertanding kerana telah berjanji untuk tidak lagi terlibat dengan parti sebelum ini.
“Tindakan ini menyebabkan implikasi dan contoh kepada veteran pemimpin parti komponen Barisan Nasional lain untuk membuat perkara sama seperti beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, Ka Ting tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin veteran dengan menasihati dan berbincang bersama kepimpinan parti sekarang untuk mencari jalan penyelesaian masalah parti.
Dalam pada itu, seorang ahli CC MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, kehadiran Ka Ting tidak sesuai dalam keruncingan parti sekarang.
“Ini menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap MCA kerana permasalahan dalaman yang masih lagi belum selesai.
“Permasalahan sekarang juga berpunca daripada rejimen lama MCA yang berlarutan dan semakin meruncing.
Beliau berkata, kemunculan Ka Ting tidak akan diterima sepenuhnya kerana masyarakat umum sekarang lebih bijaksana untuk menilainya. -SH

2 ulasan:
MCA tu hak dia? Dulu Ling Liong Sik punya. Dia balik ke dunia politik, kes PKFZ tu boleh selesai?
Ka Ting diterima, bermakna peluang Mahathir juga cerah utk pimpin semula umno
Catat Ulasan