1 Feb 2010

Tindakan UMNO BN Cuba Rampas Selangor Dikecam

Tindakan UMNO BN memperalatkan agensi-agensi kerajaan pusat disamping memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat menerima kecaman hebat dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini.

AMK menuntut agar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan menghormati mandat rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 lepas.

“Justeru, AMK Selangor menggesa agar kerajaan persekutuan menghormati konsep federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, AMK Selangor mengulangi desakan agar kerajaan persekutuan bersikap profesional mengenai peruntukan dan geran pembangunan yang telah termaktub.“AMK Selangor juga berharap kerajaan persekutuan tidak mensabotaj sebarang usaha untuk membawa pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor,” jelas beliau.

“Kita berharap usaha giat membawa FDI ke Selangor dapat memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang kini masih memerlukan pemulihan dan suatu usaha bersepadu kerajaan persekutuan dan negeri,” tambahnya.

Kata Mohd Ezli, “suara pilihan rakyat dalam PRU-12 perlu dihormati. Justeru kerajaan persekutuan di bawah Umno-BN tidak harus menganaktirikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jika pimpinan persekutuan mempunyai jiwa besar memajukan negara.”

“Kita tidak mahu ada usaha-usaha mana-mana menteri persekutuan menghalang mana-mana agensi kerajaan persekutuan untuk berbincang dan bertukar-tukar kepakaran bersama agensi di bawak kerajaan negeri Selangor,” tambahnya.

AMK Selangor juga menggesa agar tiada kekangan dan sekatan peruntukan geran pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan Selangor dilencongkan menggunakan apa jua alasan yang tidak profesional dan terkongkong dalam persepsi politik sempit.

“Kita menggesa agar kerajaan persekutuan menghentikan sebarang usaha yang cuba mengganggu-gugat kerajaan Selangor disebabkan perbezaan dan pandangan politik,” ujar beliau.

Sementara itu pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan UMNO BN yang memperlatakan agensi kerajaan pusat, SPRM dan Polis untuk menekan bagi menjayakan missi rampas Selangor tanpa menunggu pilihanraya umum sebagai keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan rakyat.

"Mereka telah berjaya melaksanakan kudeta di Perak, kini mereka cuba di Selangor dan di Pulau Pinang dibantu pula oleh media-media arus perdana untuk memburuk-burukkan pemerintahan PR di negeri-negeri tersebut," tegas seorang pensyarah IPTA.


2 ulasan:

Martoiriat berkata...

UMNO tidak boleh menerima hakikat
yg mereka telah pun ditolak oleh rakyat. UMNO akan sentiasa mengunakan undang2 jakun atau pun
law of the jungle utk merampas
Selangor.

Jika UMNO tidak boleh terima kekalahan itu, buat apa diadakan
pilihanraya? Lebeh baik jadikan
negara ini sebuah negara diktator.
Habis cerita..
Kesimpulannya.. Umno sudah tidak ada cara lain utk rampas Selangor
kecuali dgn mengunakan SPRM,POLIS
dan agensi2 kerajaan yg ada. Jika
cara pilihanraya, UMNO pun tahu
yg mereka akan ditolak oleh rakyat.
Jadi secara jahat atau secara baik
(by hook or by crook) UMNO pasti
berusaha utk rampas Selangor.
Andainya benar diharapkan, rakyat
mesti tentang habis-habisan..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya UMNO sangat takut kepada pengaruh dan sokongan kepada DSAI yang pernah jadi TPM dan mengetahui banyak kepincangannya itu!!