Rakyat sedang menilai PAS, PR
Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?
Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.
Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.
Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.
Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?
Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.
Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR. - Seri Terengganu
Ulasan GB
Tulisan di atas menggambarkan satu sikap tradisional PAS yang masih ada di kalangan ahlinya.
GB telah mengulas mengenai keperluan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS menyedari bahawa perjuangan PAS di era baru adalah berbeza, perjuangan yang tidak boleh mengikut rentak hari semalam. Maka itu PAS perlukan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Jemaah.
Seperti yang GB pernah katakan di sambutan Maal Hijrah, PAS kini sedang melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik sehingga timbul fenomena yang dilihat seperti ianya digoncang sekuat-kuatnya bagi melihat keutuhannya untuk mengharungi cabaran di era baru.
Zaman transisi dari sebuah organisasi dakwah yang sifatnya begitu tradisional kepada sebuah organisasi yang progresif untuk berdepan dengan cabaran-cabaran baru seperti globalisasi, ledakan teknologi maklumat, diikuti dengan kehadiran golongan masyarakat yang berdasarkan pengetahuan (k-community) dan seumpamanya memerlukan perubahan kepimpinan dan struktural organisasi.
Ia sekaligus menyaksikan sudah berlalunya zaman "zon selesa" untuk pemimpin dan organisasi parti untuk sekadar mempertahankan status quo.
Kita perlu renungkan mengenai kepincangan yang sedang dialami oleh PAS kini, sebagai satu bahan penelitian untuk menerima seadanya apa yang berlaku kini sebagai satu "sunnatullah" untuk mentransformasikan PAS kepada sebuah organisasi dakwah dan politik yang lebih berjaya yang mampu menghadapi tantangan kontemporari.
Suka atau tidak suka, perubahan pasti berlaku. Tidak ada dua hari yang bernar-benar serupa pada manusia dan sekalian alam, begitulah kepada PAS. Kesemua faktor perubahan berlaku dengan mengakui adanya nilai konstans - iaitu dasar perjuangan yang tetap.
Hari ini tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi lagi. Kejayaan dan kegagalan, kekuatan dan kelemahan sesbuah organisasi dan kepimpinannya diteliti, dibedah, disiasat, dianalisa dan didokumentasikan di bilik-bilik kuliah universiti di dalam pelbagai matapelajaran di dalam bentuk "case study" dan PAS tidak terlepas darinya.
Malah dalam beberapa keadaan ia kini menjadi desertasi untuk seseorang bergelar sarjana dan pemegang PhD.
Zaman untuk merajuk, zaman untuk bersembunyi, zaman untuk mempertahankan sikap "futur" (lembab) telah tersangat semalam.
Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.
Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.
Mereka yang berdiam diri dan menjadi pak angguk terhadap kepincangan dan kesalahan serta berrahsia untuk menutup kelemahan sudah dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.
Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.
Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.
Sebagai entiti politik zaman baru juga PAS perlu sentiasa melakukan penyelidikan dan analisa SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Waknessess)nya sendiri. Perlu melakukan matriks pengurusan dan kajian "market share" yang diperolehi untuk mengetahui kedudukan dan status quo dirinya berbanding dengan parti-parti politik lain.
Pemimpin PAS yang secara sesuka hati cuba untuk memanipulasi dan mengubah haluan perjuangan untuk disesuaikan dengan pemikiran mereka semata-mata akan segera dihidu, didedahkan dan ditentang habis-habisan kerana itu adalah adalah perkara dasar yang tidak wajar dirombak sesuka hati, dasar perjuangan adalah nilai konstan sedangkan perubahan-perubahan tatacara berorganisasi itu tetap satu keperluan dimana jaya-gagal maju-mundur sesebuah organisasi ditentukan oleh angkubah-angkubah selain dari faktor konstan tersebut.
Faktor wala' pula bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Pemimpin perlu menzahirkan kredibiliti dan integriti kepimpinan bagi mendapatkan wala' pengikutnya.
Di dalam organisasi dan jemaah zaman kini, pemimpin yang kuat tidurnya, pemimpin yang hanya pandai berkata tapi tak rajin bekerja, pemimpin futur, wajib dan perlu dipaksa untuk turun demi untuk menyelamatkan jemaah dan ummah dari terus ketinggalan dan hanyut dialun gelombang zaman. Inilah diantara perkara-perkara yang perlu di re-tune oleh PAS untuk menjadi jemaah yang berkredibiliti dan progresif.
Dokongan kepemimpinan yang memberdayakan (empowerement) amat kritikal, ertinya memberikan contoh tauladan yang baik, mendelegasi dan melahirkan sebuah gerakan yang bermaklumat.
Al Marhum Prof Zulkifli Muhammad berkata:
".... ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. "

6 ulasan:
Bila seseorang mengharapkan Lembaga Disiplin membuat keputusan yang dapat memberikan PERSEPSI positif kepada PAS, maka mungkin dia akan kecewa.
Itulah sebabnya ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan keputusan ke atas Dr Hasan Ali dan Hj. Khalid Samad.
Tujuan Lembaga Disiplin adalah untuk mendisiplinkan ahli. Memberikan keinsafan dan keserikan. Serta untuk mengingatkan yang lain agar tidak buat kesilapan sama. Hukumannya lebih berbentuk mendidik dan mengingatkan. Methodnya- terima laporan, siasat, teliti, dengar pembelaan dan nilai secara objektif berdasarkan FAKTA KES. Lembaga Disiplin tidak disuruh meneliti KESAN keputusannya kelak dari sudut POLITIK. Itu keadilan perbicaraan.
Lembaga Disiplin sudah melaksanakan keputusan. Dah pun dihebahkan. Ahli wajar terima. Kecuali jika ada ketidakadilan ketara--suarakan kepada yang berkenaan. Jangan bantah terbuka seperti Abdullah Karim.
Memanglah. Sedikit sebanyak keputusan itu mungkin ada kesan sampingan ke atas sokongan politik. Hj Khalid ada peminat tersendiri. Dr Hasan pun ada yang meluat (sauh). Tak kurang juga penyokongnya. Namun itu di luar pertimbangan Lembaga Disiplin.
Kalau mahu bentuk persepsi, itu tugas unit lain contohnya JK Pusat, JK Politik atau Presiden sendiri. Contoh tindakan: tukar Pesuruhjaya. Contoh sahaja. Mmm
Aku tengok ada Exco wanita PAS yang memegang jawatan tinggi dalam parti peringkat Negeri lupa atau 'honeymoon' tak habis lagi kot..aku pun tak tau le..sehingga tak ada aktiviti untuk memperkemaskan kekuatan parti dr dalam.Semua dah jadi sejuk dan basi.
Moga-moga ada keajaiban berlaku,jgn sampai UBN kembali meraih kemenangan besar dlm PRU13 nanti.
Tulisan ini amat baik.
Ia perlu diberikan perhatian oleh parti. wajar diseminarkan untuk mewujudkan satu pelan transformasi.
saya cadangkan perluaskan skop dengan mencakupi dakwah. Ia perlu di reengineerkan semula.
Walau bagaimana baik pun analisis seperti di atas, ianya hanya akan memberi makna besar kepada mereka yang memahami realiti semasa. Kepada mereka yang masih tertutup minda serta akal tidak akan dapat melihat secara positif analisis tersebut.
Analisis tersebut hanya diketahui dan dipelajari oleh mereka yang terdedah kepada reliti kehidupan sebenar. Ianya tidak di ajar di masjid atau surau yang sepatutnya ulama atau ustaz memasukkan analisis tersebut sebagai salah satu modul di dalam pengajaran agama.
Saya sendiri mempelajarinya bukan di surau atau masjid. Di masjid saya hanya didedahkan dengan ilmu berkenaan yang mana perkara haram dan mana perkara halal. Setakat itu saja yang ustaz atau ulama boleh mengupas.
Di zaman yang serba mencabar ini, ulama yang konservatif perlu bertukar watak kepada ulama kontemporari kerana kami rakyat biasa yang dibesarkan di dalam acuan sekular serta tiada pendidikan agama secara formal perlu lebih mendalami ilmu agama seiring dengan cara kehidupan kami.
Lihat saja bagaimana mubaligh kristian berdakwah terhadap orang-orang yang tidak beragama seperti di afrika. Cara mereka berkesan. Adakah ulama kita sanggup berkampung duduk bersama orang asli di dalam hutan Malaysia untuk berdakwah? Saya masih belum nampak kesungguhan ulama Melayu ke arah itu.
Mungkin ada tetapi hanya sekadar mengislamkan oreng asli kemudian dibiarkan mereka tanpa diberi tunjuk ajar serta bimbingan bagaimana untuk memajukan ekonomi, serta lain-lain bidang moden yang berkaitan kerana mereka sendiri tidak pernah tau tentang ilme tersebut. Mereka cuma tau yang ini halal dan yang itu haram. Tidak lebih dari itu.
Analisis di atas juga mungkin di ketahui oleh Dr Hasan Ali keran beliau adalah bekas pakar motivasi di mana saya sendiri pernah mengikuti kursus beliau. Entah di mana silapnya (mungkin mengejar sesuatu jawatan) beliau kini tidak seperti apa yang diharapkan.
Mungkin benar kata-kata bagi seorang pakar motivasi iaitu "follow what I say but don't follow what I did".
Wallahhualam...
GB,
"Pelan Hala Tuju Program Transformasi Jemaah" - satu cadangan yang baik. cuma ianya sukar menjadi realiti oleh sebab2 yang terpampang di depan mata. mungkin muktamar khas boleh merintis ke arah cadangan tersebut. selagi yang mencengkam kuasa di jalan raja laut tidak berubah jangan haraplah pas boleh berubah. pilihlah di antara dua - "demi parti" atau "memelihara parti". tindakan "demi parti" amat berbeza dengan tindakan "memelihara parti". semuanya sudah jelas, tidak ada yang tidak jelas, kecuali amat jelas. pas kini dalam era "memlihara parti".
wallhu'alam
umno sedang giat mendaftar pengundi baru dan ahli2 baru dan menyemak daftar pemilih. PAS jauh ketinggalan dlm perkara ini. Kalau adapun.. PAS setakat menyeru orang ramai je supaya daftar..
Tak mencukupi usaha pak-pak lebai kopiah putih kita. PRU-13 nanti kempunan
lagi PAS..
Akibat kurang strategi...
Catat Ulasan