7 Feb 2010

Tidak Ada Istilah 'Wang Ihsan'

Parti Keadilan Rakyat bersetuju bahawa tidak ada terma 'wang ihsan' dalam soal pembayaran wang hasil petroleum kepada rakyat Kelantan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff berkata terma dan jenis pembayaran yang diterima-pakai oleh undang-undang negara hanya royalti minyak seperti yang ditetapkan oleh akta-akta berkenaan dan bukan 'wang sedekah' dari Kuala Lumpur kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

"Dalam hal ini ada dua benda yang kita dapat lihat. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Yang tersirat itu memang ada tetapi yang pasti tersurat itu tidak ada perkataan wang ihsan. Perkataan wang ihsan ini hanya wujud selepas pilihan raya iaitu mula-mula sekali ketika di Terengganu, dan sekarang wujud di Kelantan" ujarnya kepada Tv Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang menolak pembayaran wang ehsan kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, secara tersuratnya, tidak ada perkataan wang ihsan di dalam perjanjian yang turut disaksikan bapa perdana menteri, Tun Abdul Razak pada waktu itu.

"Saya yakin dengan pandangan Tengku Razaleigh atas dua sebab. Satu beliau adalah orang yang terlibat secara langsung. Yang kedua ialah, dalam mentafsirkan apa-apa kontrak terutama yang berlaku sekian lama, orang yang terlibat secara langsung atau dalam bahasa undang-undangnya The Maker of the document is the best person. Jadi dalam hal ini saya tidak nampak kerajaan punya orang selain Tengku Razaleigh untuk mengatakan sebaliknya" katanya. -TVS



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat hanya patut dapat ikhsan sebab UMNO adalah pemerintah yang zalim

Tanpa Nama berkata...

rakyat sepatutnya tidak beri ihsan undi kepada UMNO perintah malaysia lagi

Tanpa Nama berkata...

Wang ihsan tu cuma diberi kepada pengemis saja. Kelantan pengemiskah? Jelas ia adalah negeri yang dimiskinkan oleh anak Kelantan sendiri yang berada dalam UBN. Ciss!!